Saturday, 31 March 2012

ChinaTrip Travelogue (DAY 7) : Shanghai Pudong Airport

ChinaTrip Travelogue (DAY 7) : Shanghai Pudong Airport

Hari Ketujuh - Khamis (27 Oktober 2011)


Hari ketujuh di China.

Kami diberitahu malam semalam yang kami perlu berkumpul di lobi hotel pada jam 8.30am sebelum bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong. Namun, secara tiba-tiba, kami diberitahu oleh Encik Zul, Tour Leader kami bahawa waktu flight kami telah dipercepatkan.

Kerana kebanyakan dari peserta rombongan kami telah turun dan berkumpul di lobi lebih awal, maka dapat juga kami bertolak ke lapangan terbang lebih awal dari waktu yang diberitahu semalam.

Peserta rombongan terus memasukkan bagasi ke dalam bas sebaik turun ke lobi hotel.

Friday, 30 March 2012

Susun Silang Kata


Susun Silang Kata

Perjalanan hidup ini ibarat susun silang kata. 
Semuanya telah tertulis sejak azali. 
Kita cuma perlu mencari jawapan yang tersembunyi.
Petanda sudah lama ada di sekeliling kita.

Hari demi hari, 
Minggu demi minggu,
Bulan demi bulan,
Tahun demi tahun.

Kita sibuk mencari jawapan di tempat lain.
Sedangkan kita sendiri mencipta pembayang.
Kita sibuk mencari jawapan yang salah.
Sedangkan kita sendiri ada jawapannya.

Satu demi satu,
Jawapan kian melengkapi.
Susun silang kata yang terakhir,
Telah aku temui jawapannya.


p/s : #LnMnWnNuLCr246

Tuesday, 27 March 2012

ChinaTrip Travelogue (DAY 6) : Shanghai City - Nanjing & Fuyou Road

ChinaTrip Travelogue (DAY 6) : Shanghai City - Nanjing & Fuyou Road

Hari Keenam - Rabu (26 Oktober 2011)


Hari keenam di China, kedua di Shanghai.


7.55am - Seperti biasa, kami turun awal untuk bersarapan di hotel.

Anda perasan sesuatu pada senarai tingkat bangunan hotel/apartment yang kami tinggal ini? 
Yer, tiada angkat '4' langsung. Anda tahu kenapa bukan?
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile