Friday, 21 August 2020

SINGAPORE 2019 Travelogue (Day 2) : Universal Studios Singapore (USS)

Hari Kedua (21 Disember 2019) : Universal Studios Singapore (USS)


Hari kedua di Kota Singa.

Selepas sarapan pagi roti di hotel, seperti semalam, kami menggunakan perkhidmatan Grab untuk menuju ke tempat yang ingin kami pergi pada hari ini, iaitu Universal Studios Singapore (USS)! 

Tahun 2018 yang lalu, kami telah ke Disneyland ketika berkunjung ke Hong Kong. Rasanya destinasi kami selepas ini pun mesti dimasukkan dalam itinerary sekurang-kurangnya satu taman tema kot? Semoga Covid-19 ni berlalu tak lama lagi dan pelancongan di luar negara dapat diteruskan seperti biasa, insyaAllah.

10.10am - Sekejap je perjalanan ke USS ni. Pemandu Grab menurunkan kami di kawasan menurunkan penumpang yang berada di bahagian basement.

Pintu masuk utama yang akan membawa pengunjung ke beberapa kawasan tarikan yang terdapat di Pulau Sentosa ini.

Seperti yang dapat anda lihat, di sini terdapat beberapa tempat tarikan lain selain daripada USS, antaranya S.E.A. Aquarium. Mungkin lain kali kami datang ke Singapura, kami akan ke sana pula.

Menaiki escalator menuju ke USS.

Thursday, 6 August 2020

SINGAPORE 2019 Travelogue (Day 1) : Penang International Airport - Changi Airport - Jewel Changi - Joo Chiat Road - Kampung Glam - Gardens by the Bay


*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

------------------------------------------------

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Selepas hampir 8 bulan, baru akhirnya saya mempunyai masa dan mood untuk menulis dan menerbitkan travelogue perjalanan saya, isteri, dan anak perempuan kami ke Singapura pada 20-22 Disember 2019 yang lalu. Ianya sebelum heboh dan tercetus fenomena atau wabak COVID-19 di China, Singapura, dan seluruh dunia seperti yang sedang berlaku pada hari ini.

Kalau tahun sebelumnya, kami telah pergi bercuti ke Hong Kong dengan membawa anak kami, Mika Aafiyah yang ketika itu baru berusia 8 bulan, kali ini anak kami sudah pun berusia 2 tahun 4 bulan ketika kami membawanya ke Singapura.


Dalam travelogue saya sebelum ini, saya kerap menggunakan perkhidmatan awam tren/subway sebagai medium pengangkutan utama. Tapi lain pula untuk perjalanan kami kali ini ke Singapura, yang mana kami menggunakan khidmat aplikasi Grab sepenuhnya untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain di Kota Singa ini. 

                            

Sebabnya? Selepas membuat sedikit kajian ringkas mengenai pengangkutan awam di Singapura, saya mendapati yang perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain memerlukan kita menukar beberapa kali pengangkutan awam, yang mana ia akan mengambil masa lama untuk sampai ke satu-satu tempat. 

Walaupun harganya jauh lebih murah daripada menggunakan perkhidmatan Grab, namun bagi saya masa dan tenaga yang ada adalah lebih berharga. Oleh kerana kami cuma akan bercuti di Singapura selama 3 hari 2 malam sahaja, jadi amat penting untuk kami gunakan masa yang ada sebaiknya.

Saturday, 16 November 2019

Antara toleransi, bertimbang rasa, dan menyampaikan


Kuliah subuh yang disampaikan menggunakan loudspeaker ni bagi aku tak sesuai dan tak wajar. Apatah lagi kekadang di tempat yang didiami masyarakat pelbagai kaum.

Tak salah nak menyampaikan ajaran atau ceramah agama, tapi yang salah adalah apabila secara tak langsung ‘memaksa’ orang untuk dengar.

Pagi hujung minggu ni la orang yang bekerja makan gaji nak berehat lebih sikit, dan juga anak kecil nak tidur.

Kekadang ceramah yang disampaikan menyentuh isu-isu sensitif dan kekadang juga penceramah terlalu bersungguh dan emosi sampai macam nak marah, sampai bingit orang yang dengar kat loudspeaker.

Bukanlah nak kata tak boleh langsung atau tak sesuai langsung buat loudpeaker kat masjid. Tapi biarlah kena pada tempat dan waktunya, contohnya loudspeaker semasa khutbah Jumaat dan khutbah raya.

Aku rasa ramai je yang sedar perkara ni, tapi tak berani nak tegur pengurusan masjid atau golongan agamawan ni, sebab takut nanti kena pulau dan kena label liberal pula.

Janganlah kita berlaku zalim atas nama agama.

p/s : Zalim - Meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.


 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile