Thursday 29 September 2011

[Review K-Drama] Dream High (2011)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Buat kali pertamanya dalam sejarah blog nie, entry kali nie aku akan membuat review mengenai sebuah K-Drama yang aku baru tengok. Tajuknye 'Dream High'.


[Review K-Drama]  


Dream High (2011)

Dream High (2011)

Sinopsis :

Drama 16 episod ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dan suka-duka 6 pelajar Kirin Art High School yang cuba mencapai impian mereka untuk menjadi bintang di dalam industri muzik di Korea.

6 watak utama 'Dream High'

Go Hye Mi (Suzy Miss-A) merupakan watak utama, seorang pelajar muzikal klasik yang terpaksa berhenti belajar dan terpaksa memasuki Kirin Art High School demi melangsaikan hutang along ayahnya. Jin Gook (Taecyeon 2PM) pula merupakan anak kepada seorang calon pilihanraya yang cuba membuktikan bakatnya dalam bidang seni di Korea, walaupun ditekan kuat oleh ayahnya supaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Song Sam Dong (Kim Soo Hyun) pula merupakan seorang entah sape-sape yang tinggal di pedalaman Korea, namun memiliki bakat yang luar biasa dalam bidang muzik.


Walaupun 3 orang pelajar di atas nie tak lepas dan tak pergi audition untuk masuk ke sekolah tersebut, namun mereka telah dipilih khas oleh Presiden sekolah, lakonan Bae Yong Joon, dan tanggungjawab untuk merekrut dan melatih mereka telah diserahkan kepada guru paling loser di sekolah tersebut, Kang Oh Hyuk (Uhm Ki Joon).

Hye Mi & Jin Gook

Go Hye Mi yang terdesak untuk memasuki Kirin Art High School demi melangsaikan hutangnya terpaksa membantu guru Kang Oh Hyuk mencari Song Sam Dong yang tinggal di kawasan pedalaman. Akhirnya Sam Dong setuju untuk mengikut Hye Mi ke Seoul, kerana telah jatuh cinta dengan Hye Mi. Namun dalam masa yang sama, Hye Mi menaruh hati pada Jin Gook yang tanpa disedari sudah saling mengenali sejak kecil, dan begitu juga sebaliknya.

Demi cinta ! erkkk

3 watak utama yang lain adalah Yoon Baek Hee (Eunjung T-ara), seorang kawan yang rapat kepada Hye Mi, namun akhirnya menjadi musuh, Kim Pil Suk (IU), seorang gadis yang tak berperwatakan menarik namun memiliki bakat nyanyian yang luar biasa, dan akhir sekali Jason (Wooyoung 2PM), seorang bakat yang datang dari Amerika Syarikat.

Pil Suk & Jason

Komen :
Dah lama aku tak tengok dan layan drama Korea dari awal sampai habis, last skali seingat aku drama My Love Pattzi, hampir 8 tahun yang lalu. Jadi ape yang membuatkan aku berminat nak tengok drama nie mulanya adelah sebab nak tengok lakonan IU (Kim Pil Suk). Tapi rupanya IU bukan watak utama dalam drama nie, tapi walau camne pun aku still tengok dan marathon drama nie sbb jalan ceritanya yang menarik.

Lagu-lagu yang dinyanyikan dalam drama nie jugak best (walaupun tak paham, kene tengok subtitle) dan kena dengan scenes yang terdapat dalam drama nie. Lakonan pun tak menghampakan walaupun mostly pelakon dalam drama nie adelah bintang k-pop (2PM, Miss-A, T-ara), yang terkenal dengan tarian yang mantap dan nyanyian live yang tak seberapa.

Kesimpulan :
Jadi dengan ini adelah dimaklumkan bahawa drama ini telah termasuk di dalam senarai k-drama wajib tonton.


RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 4.5/5
Tahap Logik : 4.5/5
Tahap Kawaii : 5/5 (IU + Suzy)
Tahap Lawak : 2.5/5
Tahap G-Wunk : 4.5/5 (Love Triangle - Hye Mi, Jin Gook, Sam Dong)
Tahap Sedih : 4.5/5 (camne aku boleh tachink tgk cite nie?)
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4/5
Tahap Lagu Tema/OST : 5/5

Keseluruhan : 9/10


Info :

p/s : Dreaming for Someday


3 comments :

Ain Zulaikha said...

huhuhu tak minat korea tapi layan gak lah hehehhe...

areev19 said...

Ain Zulaikha : haha...takpe, bleh start layan dgn cite nie.. :D

Ain Zulaikha said...

hehehe tau takpe, hero dia hemsem..... kih kih kih girl dia pun comel2..

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile