Sunday 6 December 2009

Review Atashinchi no Danshi & Buzzer Beat

Salamx..

utk kali ini, aku nk wat sdikit review ttg 2 J-Dorama yg aku baru habis tgk sepanjang cuti 2 minggu kat rumah nie.

Atashinchi no Danshi

Sinopsis
Dorama mengisahkan ttg Chisato, seorang gadis yg terpaksa hidup tanpa rumah (homeless) dan sering dikejar oleh pemiutang2 (along) yg memintanya membayar 100, 000, 000 yen (= rm 1 juta/RM3,741,011.1991), iaitu hutang perjudian bapanya kerana bapanya telah menamakan Chisato sebagai pembayar hutang tersebut.
Namun pada suatu hari ketika Chisato sedang melarikan diri dari dikejar along, seorang lelaki telah muncul dan tolong membayar semua hutang Chisato dengan sekeping cek. Sebagai balasan, Chisato mesti menandatangani sebuah kontrak dan berkahwin dengannya. Bagaimanapun tidak lama kemudian selepas berkahwin, lelaki tersebut atau namanya Ohkura Shinzo telah meninggal dunia. Dan mengikut kontrak yang telah Chisato tandatangan, beliau perlu menjadi 'ibu' kepada 6 org anak angkat Ohkura Shinzo selama 2 bulan disamping perlu menyelesaikan 'Mother's Goals' bagi melangsaikan hutang Chisato kepada Ohkura Shinzo.

Apakah nasib Chisato? Dapatkah beliau menjadi seorang 'ibu' kepada 6 orang anak angkat Ohkura Shinzo yang masing-masing berlainan personaliti? Apa kata anda tonton sendiri dorama ini untuk mengetahui kesudahannya.

Komen :
Dorama ni menarik, seperti beberapa dorama Jepun yang lain, tema yang diketengahkan dalam dorama ni ialah hubungan kekeluargaan. Adegan komedi mengiringi sepanjang dorama ini, dan yang paling penting pelakon utama yang membawa watak 'ibu' atau Chisato ialah Horikita Maki (superrr kawaiiii!). Tentu tak bosan melihat kecomelan Chisato dalam dorama ni (bg lelaki) dan kejambuan watak 6 org anak lelaki Ohkura Shinzo (bg prempuan). Hehehehe.

RATING :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 3/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3/5
Tahap Nak Marathon : 3/5
Tahap Logik : 3/5
Tahap Kawaii : 5/5
Tahap G-Wunk : 3/5
Tahap Sedih : 3.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 3.5/5
Keseluruhan : 7.5/10

Sumber :






Buzzer Beat

Sinopsis :
Dorama ni mengisahkan tentang Kamiya Naoki (Yamapi), seorang pemain basketball yang mengejar impiannya untuk mencapai kejayaan di dalam bidang basketball. Walaubagaimana pun impiannya itu tampak jauh sekali untuk dicapai malah dikritik teman wanita nya sendiri kerana terlalu mementingkan maruah sendiri dalam ingin mencapai impian yang belum tentu dapat dicapai. Walaubagaimanapun, pertemuannya dengan Riko Shirakawa (Kitagawa Keiko), seorang pemain violin yang turut mengejar cita-cita dan impiannya untuk menjadi violinist telah mengubah segalanya. Mereka berdua seolah saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain dalam usaha untuk mencapai impian masing-masing. Namun, Riko diminati oleh Kawasaki Tomoya (Ito Hideaki) iaitu jurulatih kepada kelab basketball yang diwakili Naoki iaitu ARCS, manakala Naoki sendiri telah mempunyai teman wanita yang dianggapnya 'sempurna' iaitu Natsuki (Aibu Saki). Apakah kesudahannya? Dapatkah Naoki dan Riko mencapai impian mereka? Dapatkah Naoki dan Riko bersama akhirnya? Tontonlah dorama ini untuk mengetahuinya.

Komen :
Dorama ni telah pun mendapat pelbagai anugerah, antaranya Drama Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Jadi anda tentu sudah dapat gambaran mengenai dorama ini kan? Lagu tema dorama ini ialah Ichibu to Zenbu yang dinyanyikan oleh kumpulan B'z. Kumpulan ini pernah mempopularkan lagu tema dorama Beautiful Life suatu ketika dahulu.





RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 5/5 (aku habiskan dalam masa 2 hari = 1ep + 10ep)
Tahap Logik : 4.5/5
Tahap Kawaii : 4.5/5
Tahap G-Wunk : 4.5/5
Tahap Sedih : 4.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 5/5 (tetiap ari asyik layan lagu ni berulang kali)
Keseluruhan : 8.5/10

Sumber :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile