utk post kli nie aku nk wat sdikit review n rating utk 3 dorama yg aku dah tgk..
1. 14-sai no Haha (Mother at Fourteen)
Pertama skali, yg membuatkan aku berminat nk tgk dorama ni dlu ialah sbb rating yg agak tinggi di DramaWiki. Kedua, sebab pelakon utamanya SHIDA MIRAI! Ketiga, sbb aku dah xde bende nk buat waktu cuti kat rumah ni..(hehee).
Seperti tertera pada tajuk, tentu semua dah dapat agak dorama ni tentang ape. Ok la, biar aku cite sikit sipnosis ringkas. Dorama ni mengisahkan tentang Ichinose Miki (Shida Mirai), seorang pelajar berusia 13 tahun yang agak periang dan petah berkata2 malah menjadi 'deejay' di sekolahnya. Pada suatu hari, suatu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku, dan akhirnya Miki dan seorang 'sahabat'nya, Kirino-kun (Haruma Miura) yang sering menjadi teman berbual telah melakukan sesuatu yg tak patut dilakukan oleh remaja belasan tahun.
Cerita mula berkembang 2 bulan selepas 'kejadian' tersebut, apabila Miki mula menyedari yang dia telah mengandung! Apakah reaksi Miki dan Kirino-kun? Bagaimana pula dengan Ibu dan Bapa Miki? Adakah mereka dapat menerima keadaan tersebut? Adakah Miki akan menggugurkan kandungan tersebut? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, maka anda disarankan utk menonton dorama ni!
Komen :
Walaupun tajuk nampak ringkas, tetapi dorama ni memaparkan dengan baik bagaimana kehidupan seorang remaja berusia 13 tahun yg mengandung dan menjadi ibu ketika berusia 14 tahun. Pelbagai halangan, rintangan, dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh Miki dan keluarganya akibat perbuatan yg xsepatutnya ditonjolkan dengan baik dalam dorama ni. Selepas selesai menonton episod 1 dan 2 dorama ni, aku trasa seperti 'feelink' menonton 1 Litre of Tears. Yeah, penyampaian yg berkesan sekali, ditambah pula dengan lagu tema (Shirushi-Mr. Children) yg cukup kena dengan dorama. Kesimpulan : dorama wajib tonton!
RATING :
Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 5/5 (aku habiskan dalam masa 2 hari : 1ep+10ep)
Tahap Logik : 5/5
Tahap Kawaii : 5/5
Tahap G-Wunk : 3/5
Tahap Sedih : 4.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 5/5
Keseluruhan : 8.5/10
Sumber :
2. Konkatsu! (Marriage Hunting!)
Dorama ini mengisahkan tentang Amamiya Kuniyuki (Nakai Masahiro) yang terpaksa menipu bahawa dia akan berkahwin dengan pasangannya (padahal takde gf pun) demi mendapatkan kerja di pejabat daerah. Kerja tersebut memerlukan seorang yang telah berkahwin untuk menjadi pekerjanya. Namun penipuan Kuniyuki menjadi besar-besaran apabila pejabat daerah tersebut telah menyiarkan rakaman melalui televisyen yang mengatakan Kuniyuki akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Akibatnya, Kuniyuki terpaksa memulakan 'marriage hunt' nya utk mencari seorang calon isteri. Hida Haruno (Aya Ueto) merupakan seorang sahabat Kuniyuki sejak kecil yg memendam perasaan secara senyap2 terhadap Kuniyuki. Namun Kuniyuki hanyalah menganggap Haruno sebagai 'adik kecil'nya. Dapatkah Kuniyuki mencari calon isterinya? Adakah rahsia tersebut akan terbongkar? Adakah cinta Haruno akan terbalas? Tontonlah dorama ni utk mendapat jawapannya! (promo btul aku nieh)
Sebab utama aku suka dorama nie? Mestilah sebab ade Aya-chan!! Yahoooo!
Komen :
Dorama yang menarik utk ditonton, tak rugi utk ditonton, dan lakonan yang menarik oleh pelakon2 tambahan seperti Sato Ryuta dan Shaku Yumiko.
RATING :
Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 3/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3/5
Tahap Nak Marathon : 3/5
Tahap Logik : 5/5
Tahap Kawaii : 5/5
Tahap G-Wunk : 4/5
Tahap Sedih : 3/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4/5
Keseluruhan : 8/10
Sumber :
3. Mei-chan no Shitsuji (Mei-chan's Butler)
Dorama mengisahkan tentang Shinonome Mei (Eikura Nana) yang hidup sederhana dan aman damai di sebuah pekan kecil. Namun semuanya berubah apabila Ibu dan Bapa kandung Mei-chan meninggal dunia dalam suatu kejadian yg tidak diduga. Hidup Mei mula berubah apabila dia didatangi Shibata Rihito (Mizushima Hiro) yang mengakui bahawa dia adalah Butler bagi Mei-chan yg sebenarnya merupakan waris bagi seorang ternama (kaya) iaitu atuk nya. Namun, bagi mewarisi harta tersebut, Mei perlu menamatkan pengajian di sekolah elit yg menempatkan pelajar2 khas yg semuanya merupakan calon2 pewaris harta seperti Mei. Semuanya merupakan pelajar perempuan yg masing2 ditemani oleh Butler masing2. Maka disinilah bermulanya cabaran baru Mei bersama Butler nya!
Komen :
Dorama yg menarik, dipenuhi pelakon2 lelaki yg jambu sebagai butler dan pelakon2 wanita yg kawaii sebagai pelajar2. Lagu tema nya mmg best, My Sunshine oleh ROCKATRENCH (ada disediakan link utk download dlm post sebelum ini).
RATING :
Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 3/5
Tahap Jalan Cerita : 3.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 2/5
Tahap Nak Marathon : 3/5
Tahap Logik : 1/5
Tahap Kawaii : 4/5
Tahap G-Wunk : 4/5
Tahap Sedih : 3/5
Tahap Lagu Tema/OST : 5/5
Keseluruhan : 7.5/10
Sumber :
1 comment :
hmm~~ kau mmg kipas susah mati Ueto Aya... hehehe
p/s: Cik kaseh kipas susah mati Ryo Nishikido... kikiki~~
Post a Comment