Friday 21 August 2020

SINGAPORE 2019 Travelogue (Day 2) : Universal Studios Singapore (USS)

Hari Kedua (21 Disember 2019) : Universal Studios Singapore (USS)


Hari kedua di Kota Singa.

Selepas sarapan pagi roti di hotel, seperti semalam, kami menggunakan perkhidmatan Grab untuk menuju ke tempat yang ingin kami pergi pada hari ini, iaitu Universal Studios Singapore (USS)

Tahun 2018 yang lalu, kami telah ke Disneyland ketika berkunjung ke Hong Kong. Rasanya destinasi kami selepas ini pun mesti dimasukkan dalam itinerary sekurang-kurangnya satu taman tema kot? Semoga Covid-19 ni berlalu tak lama lagi dan pelancongan di luar negara dapat diteruskan seperti biasa, insyaAllah.

10.10am - Sekejap je perjalanan ke USS ni. Pemandu Grab menurunkan kami di kawasan menurunkan penumpang yang berada di bahagian basement.

Pintu masuk utama yang akan membawa pengunjung ke beberapa kawasan tarikan yang terdapat di Pulau Sentosa ini.

Seperti yang dapat anda lihat, di sini terdapat beberapa tempat tarikan lain selain daripada USS, antaranya S.E.A. Aquarium. Mungkin lain kali kami datang ke Singapura, kami akan ke sana pula.

Menaiki escalator menuju ke USS.

Sebelum masuk mestilah ambil gambar dulu.

Mika dan topi arnabnya.

Wefie background wajib kalau datang ke USS. Lol.

10.22am - Kami masuk ke USS menggunakan tiket yang telah dibeli awal menggunakan aplikasi KLOOK. Rujuk blog entry sebelum ini.

Datang musim Krismas, memang ada dekorasi Krismas lah dalam USS ni.

Boleh tahan ramai juga orang kat dataran utama ni.

Walaupun Singapura ni ramai rakyatnya Muslim, tapi harus diketahui yang tak semua restoran dalam USS ini yang halal. Jadi kalau anda Muslim, carilah restoran-restoran ini yang disahkan halal dan boleh dimakan makanannya tanpa was-was.

Tips :
Senarai restoran halal yang ada di dalam USS :
1. Mel's Drive-In (Kawasan Hollywood)
2. Oasis Spice Cafe (Kawasan Ancient Egypt)
3. Goldilocks Fried Chicken & Friar's (Kawasan Far Far Away)
4. Casa Del Wild (Kawasan Madagascar)


Di sebelah kanan ni adalah kawasan tema yang pertama, iaitu Hollywood.

Kami sempat tengok show Elmo's TV Time ni. Memang best! Kalau anda ada anak kecil, memang wajib beratur masuk tengok yang ini dulu, lagi pun dekat dengan pintu masuk utama USS.

Di tengah kesibukan.

Kat sini ada struktur-struktur bangunan kedai lama yang pastinya akan menjadi pilihan untuk orang berIG. IG-worthy gitu.



Kawasan jeti berhampiran tasik buatan. Tapi macam tak boleh naik bot pun.

Beratur untuk masuk show yang pertama pagi itu, iaitu Steven Spielberg punya show, tajuk dia Lights! Camera! Action!

Poster-poster filem yang diarahkan/diterbitkan oleh Steven Spielberg dapat di lihat di kawasan beratur.

Awal lagi, jadi tak ada lah ramai sangat orang.


Klik gambar untuk besarkan. Show ini ada unsur terkejut dan bunyi yang agak bising, jadi mungkin tak sesuai untuk ibu mengandung dan orang yang ada masalah jantung. Kanak-kanak kecil macam Mika yang baru berumur 2 tahun walau bagaimanapun dibenarkan, tapi mestilah ditemani penjaga. 

Durasi show tadi hanya dalam sekitar 10 minit je. Tapi kira okay lah, menarik juga.

Pentas yang terdapat di sini untuk acara malam nanti.

11.13am - Berjalan menuju ke kawasan seterusnya. Tak semua rides yang boleh dimasuki oleh kanak-kanak kecil seperti Mika, jadi kami skipped banyak juga rides yang ada di USS ni. Kebanyakannya meletakkan had ketinggian untuk masuk ke sesebuah ride.

Papa tak masuk pun Transformers The Ride ni sebab tak sampai hati tinggal Mika dengan Mama kat luar sedangkan Papa beratur lama dan enjoy sesorang kat dalam. Jadi Papa beli air minuman berkepala Bumblebee je. Hahahah!


Chevrolet Camaro aka Bumblebee lagi. 

11.49am - Sempat mencuba salah satu ride yang terdapat berdekatan dengan Bumblebee tadi. Naik ride yang bentuk cawan tu. Sesuailah dengan kanak-kanak. Orang pun tak ramai beratur. Isk isk isk.

11.55am - Bumblebee punya cosplayer memunculkan diri di khalayak ramai.

Demi seketul kepala Bumblebee. Dalamnya air Iced Lemon Tea je.

12.07pm - Kawasan tema seterusnya selepas Hollywood tadi adalah Ancient Egypt.


12.07pm - Kami tiba di Oasis Spice Cafe yang terletak di dalam kawasan tema Ancient Egypt ini. Masa untuk makan tengahari!

Makan nasi biryani. Konsep kafe ni adalah seperti food court yang biasa terdapat di shopping mall. Beratur, beli, dan bayar di kaunter.

Biryani dan ayam tandoori.

Biryani dan ayam masala kalau tak silap.

Ni harganya, SGD16 untuk sepinggan. Rasanya standard lah harga macam tu kalau dah tempat macam ni kan.

1.01pm - Selesai makan tengahari, kami teruskan penerokaan kami di USS! 

Cinta-cinta hati Papa.

1.05pm - Beratur di salah satu ride yang boleh dinaiki Mika di kawasan Ancient Egypt ni. 

1.29pm - Dalam 25 minit juga beratur baru dapat naik 'jip' ni. Mika sebenarnya dah mengantuk, jenuh Papa dan Mama cuba taknak bagi Mika tidur. Lawak juga.

Mula-mula duduk depan dengan Papa, tapi lepas terkejut nampak ada replika ular yang keluar masa ride ni, terus Mika lari nak duduk belakang dengan Mama.

Kalau kawasan Ancient Egypt tak ada arca ni, memang tak sah la kan?

1.43pm - Tiba di pintu masuk kawasan Jurassic Park.

Besarnya T-Rex! Kami tak naik pun apa-apa ride kat sini, sebab banyak yang tak sesuai untuk Mika, jadi cuma beli mainan dinosaur je untuk Mika.

2.02pm - Kawasan tema seterusnya adalah Far Far Away, yang boleh didapati dalam filem animasi Shrek.


Rehat kejap kat kerusi yang disediakan.

2.28pm - Sempat bawa Mika naik mini ferris wheel yang terdapat dalam salah satu kedai cenderamata kat kawasan Far Far Away ni. Bukan main kuat Mika menangis. Sebab Papa tak boleh naik sekali kot? Ride ni cuma boleh dinaiki seorang dewasa, seorang kanak-kanak je dalam satu gondola.

3.00pm - Family picture! Dah habis pusing dah pun USS ni, dah sampai ke kawasan Hollywood semula..


Mama dan karakter-karakter dari Sesame Street.


3.16pm - Ada persembahan nyanyian lagu-lagu Krismas kat pentas kecil berhadapan dengan restoran Mel's Drive-In ni.


3.52pm - Kami masuk tengok show Elmo's TV Time. Memang best!









Show ni durasinya lebih kurang 25 minit. Jadi memang berbaloi!

4.25pm - Mika belum nak balik lagi!

Ada pulak karakter yang keluar berjalan-jalan.


Bergambar dengan cosplayer fairy yang ada kat dataran utama kat Hollywood ni.

Sebenarnya banyak juga kawasan tema yang ada kat USS ni. Tapi saya cuma sempat ambil gambar yang mana rasa unik je.

Cak!


Mika dah penat tu sebenarnya.

5.10pm - Singgah makan ringan-ringan kat restoran Mel's Drive-In.

Beli kids meal, dapat lunch box warna merah tu percuma, ada logo USS kat luarnya.

6.01pm - Singgah surau untuk solat. Surau ni terletak tak jauh dari kawasan Bumblebee tadi. 

Tips :
Surau terletak di dalam kawasan tema Sci-Fi, iaitu di sebelah kawasan lokar Battestar Galactica.

Prayer room at Universal Studios Singapore
Rujuk info dari blog rasmi di SINI.

Surau ni terletak bersebelahan je dengan roller coaster tu.

6.41pm - Sebaik habis menunaikan solat, hujan lebat pula, kami terpaksa menunggu di kawasan berbumbung berdekatan dengan surau. Yang saya pelik roller coaster tadi masih beroperasi walaupun hujan lebat. Mungkin sebab pengunjung gigih nak minta teruskan kot, sebab dah lama beratur? Kalau ikutkan hujan mesti kena berhentikan ride macam roller coaster ni kan? Sebab bahaya dan berisiko. Akhirnya roller coaster ni berhenti juga selepas beberapa round dalam hujan lebat.

7.20pm - Kami dah ready kat kawasan berhadapan pentas yang kami tengok awal pagi tadi. Katanya akan ada persembahan penutup di sini.



8.03pm - Persembahan bermula jam 8.00pm.

Shrek dan buah hatinya, Princess Fiona.

Karekter filem animasi lain seperti Puss in Boots dan Minions pun ada.

8.18pm - Persembahannya cuma lebih kurang 15 minit je, selepas tu ada sesi bergambar dengan karekter di atas pentas. Kalau nak bergambar kena beratur. Kami tak beratur pun. Tak berminat sangat nak bersesak, lagi pun dah penat.


Merry Christmas buat yang menyambutnya.

Papa dan Mika.

Sempat ambil gambar Bumblebee ni ketika sedang mencari cenderamata untuk dibeli sebelum pulang ke hotel.

Minta tolong orang ambilkan gambar kami sekeluarga.

Lagi sekali minta orang ambilkan gambar kami.

9.14pm - Selepas keluar dari USS, kami menuju ke kawasan food court yang terletak tak jauh dari pintu masuk USS. Di sini juga terdapat gerai yang menjual makanan halal.

Kami ordered set roti telur je. Satu set ada 2 keping roti telur, harganya SGD5.50.

Isi perut sikit sebelum balik hotel untuk berehat.

Kat depan pintu masuk USS ni juga ada macam-macam kedai, antaranya kedai coklat ni. Macam-macam jenis coklat ada dijual.

9.51pm - Jom balik!

10.01pm - Kami menaiki Grab menuju balik ke hotel penginapan kami. Kami tiba di hotel kira-kira 20 minit kemudian. Masa untuk berehat!



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile