Saturday, 22 August 2020

SINGAPORE 2019 Travelogue (Day 3) : Kampung Glam - Woodlands CIQ - JB Sentral - Senai International Airport - Penang International Airport

Hari Ketiga (22 Disember 2019) : Kampung Glam - Woodlands CIQ - JB Sentral - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai - Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang


Hari ketiga di Kota Singa.

9.48am - Hari ini kami dah nak balik Malaysia. Seberang laut je pun. Hehe.

9.49am - Check-out hotel dan gunakan perkhidmatan Grab untuk hari ketiga.

11.02am - Kami singgah di Kampung Glam dulu untuk sarapan dan kemudian singgah beli cenderamata.

Kami hadapi masalah sikit hari ni apabila pemandu Grab tak jumpa lokasi kami di Kampung Glam. Mungkin kerana lokasi GPS yang diberikan tak tepat. Akhirnya saya buat keputusan untuk ke lokasi yang agak popular atau yang pasti pemandu Grab dan GPS boleh jumpa, iaitu berhampiran Restoran Zam-Zam dan Restoran Victory, tempat kami sarapan tadi.

Patah balik ke sini. Kami sarapan di Restoran Victory hari ini, bersebelahan dengan Restoran Zam-Zam yang kami kunjungi pada hari pertama. Untuk murtabak, kami pilih Restoran Zam-Zam, tapi kalau nasi biryani, kami pilih Restoran Victory ni.

11.31pm - Menaiki Grab menuju ke Woodlands Train Checkpoint.

11.56pm - Sampai dah!

11.57pm - Dari hari pertama berharap dapat naik Grab yang menggunakan kereta ni, akhirnya hari terakhir dapat juga naik sebelum balik ke Malaysia. 

12.01pm - Beginilah keadaannya di Woodlands Train Checkpoint ni. Beratur untuk menaiki keretapi KTM untuk menyeberang sempadan Singapura (Tambak Johor) ke Johor Bharu, Malaysia.

Terdapat urusan kastam dan sebagainya seperti biasa. Jadi lebih baik datang sekurang-kurangnya 45 minit awal untuk elakkan dari terlepas keretapi. Tiket kami adalah pada jam 12.30pm, jadi agak risau juga la takut kena tinggal keretapi.

Tips :
Oleh kerana terdapat ribuan orang yang menggunakan perkhidmatan KTM untuk menyeberang tambak/sempadan Malaysia-Singapura ni, jadi lebih baik anda tempah dahulu tiket keretapi anda sekurang-kurangnya dua minggu atau sebulan awal sebelum tarikh perjalanan. Tiket boleh dibeli secara online sebulan awal dari tarikh perjalanan yang dipilih. Anda boleh beli tiket di laman web rasmi di https://ticket.ktmb.com.my/

12.32pm - Lega sempat juga masuk dalam keretapi.

Laluan keretapi ni bersebelahan je dengan laluan kereta dan motosikal di jambatan.

12.42pm - Selamat dah sampai ke Tanah Airku, Malaysia. Perjalanan merentas sempadan dari Woodlands CIQ ke JB Sentral ni sebenarnya 5 minit je! Atas tiket KTM pun ada tulis masa berlepas 12.30 dan masa sampai 12.35. 

Lepak kejap kat JB Sentral tunggu kawan baik Mama datang nak jumpa.

Terima kasih Cik Ara datang luangkan masa jumpa kami kejap.

Next time kami datang lagi JB, boleh luangkan masa lama sikit.

3.47pm - Dalam kereta menaiki Grab dari JB Sentral menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Kepenatan dah dua beranak ni.

3.55pm - Tiba di Senai.

Kami menaiki penerbangan AK 6422 untuk pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Merasmikan baju Elmo sedondon tiga beranak pada hari ini. Baju ni dibeli di USS semalam.

6.24pm - Dah masuk ke dalam kapal terbang.

Wefie!

Penerbangan domestik ni menggunakan kapal terbang jenis Airbus A320.

6.32pm - Bergerak dari gate, siap sedia untuk berlepas.

Cantik kan nampak alur sungai menuju ke laut?

Sekali sekala merasa teh susu boba ketika di atas penerbangan.

RM8. Rasanya? Mungkin tak sesedap yang 'fresh' di atas darat. 

7.25pm - Matahari dah nak terbenam.

7.28pm - Dah nampak dah daratan Pulau Pinang.

7.35pm - Alhamdulillah, selamat dah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Harga tiket parking yang perlu dibayar adalah RM72, iaitu RM24 sehari. Boleh lah kan?


Sekian sahaja catatan perjalanan saya untuk kali ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan sepanjang perjalanan pergi dan balik kami ke Singapura pada tahun lalu. 

Kalau anda berminat, boleh muat turun itinerary yang saya sediakan sebelum memulakan perjalanan ke Singapura ini. Sila muat turun melalui link di SINI.

Terima kasih juga kepada anda yang sudi membaca catatan perjalanan ini, semoga ianya bermanfaat kepada anda. Semoga bertemu lagi di catatan perjalanan yang seterusnya, insyaAllah.

Sekian.

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile