Saturday, February 25, 2017

[Tutorial] Cara untuk membuat backup gambar & video menggunakan aplikasi Google Photos (Android)

[Tutorial] Cara untuk membuat backup gambar & video menggunakan aplikasi Google Photos (Android)


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Anda pernah tak mengalami di mana telefon pintar anda tiba-tiba rosak, dan anda tak sempat membuat backup atau kata lain tak sempat transfer ke dalam komputer? Mesti rasa sangat sedih kan sebab gambar-gambar tu semua hilang macam tu je?

Tahukah anda yang telefon pintar anda biasanya mempunyai aplikasi yang mampu membuat proses backup ini secara automatik dengan menguploadkan gambar-gambar kita ke dalam internet atau cloud storage?

Terdapat banyak perkhidmatan storan atau cloud storage di internet yang percuma, antaranya Google Drive/Photos, Dropbox, OneDrive, dan lain-lain lagi. Anda boleh rujuk salah satu artikel di SINI.

Dalam entry blog ini saya akan memberi tutorial mudah cara-cara untuk anda menggunakan aplikasi Google Photos yang biasanya sudah tersedia atau built-in dalam telefon anda sebagai penyelamat kenangan-kenangan atau memori indah anda.

Tutorial (Tutorial ini dibuat menggunakan telefon jenis Android (Sony Xperia Z3)

Pertama sekali, cari dan buka aplikasi ini di dalam telefon pintar (Android) anda. 


Sebaik dibuka, aplikasi ini akan membawa kita kepada halaman utama. Anda perlu pergi ke bahagian menu yang bertanda garis-garis dalam kotak merah di atas.

Ini adalah bahagian menu utama aplikasi Google Photos. Pertama sekali anda perlu pergi pada "Device folders".

"Device folders" ini akan menunjukkan pada anda folder-folder gambar yang dikenalpasti terdapat di dalam telefon pintar anda. Untuk mengaktifkan fungsi auto backup folder yang dikehendaki, sila tekan pada logo kecil di penjuru bawah kanan setiap folder.

Ini adalah folder yang dipilih tadi. Sila ON kan fungsi auto back up dan sync untuk folder ini. Simbol bulat warna biru itu maknanya dah ON. Seterusnya sila kembali ke menu utama.

Sekarang, pergi ke "Settings".

Di bahagian "Settings" ini, terdapat beberapa option yang anda perlu tahu. Nombor 1 adalah fungsi paling penting. Pastikan anda ON fungsi "Backup & sync" ini dan meletakkan account email Google anda. 

Nombor 2 pula memberi pilihan sama ada anda ingin menunjukkan gambar-gambar dalam Google Drive (cloud storage) di dalam telefon pintar anda atau tidak. Saranan saya, tak perlu ON kan fungsi ini, kerana kalau dah terdelete gambar dari folder Google Drive ini di telefon pintar anda, gambar yang berada di internet (cloud storage) juga akan hilang.

Masih dengan option yang terdapat di "Settings". Untuk Nombor 1, biasanya telefon pintar hari ini dilengkapi dengan fungsi GPS, yang mana ada sesetengah gambar yang diambil akan turut dilengkapi dengan maklumat GPS di mana tempat gambar tersebut diambil. Jadi kalau anda nak gambar yang dibackup masih dilengkapi dengan maklumat tersebut, sila jangan ON fungsi ini. 

Untuk Nombor 2, ianya cuma pilihan sama ada ingin ON notifikasi atau tidak semasa menggunakan aplikasi Google Photos.

Kembali ke bahagian atas "Settings" tadi. Masuk ke bahagian "Backup & sync".

Pastikan anda ON fungsi "Back up & sync" seperti dalam Nombor 1. Nombor 2 menunjukkan berapa saiz cloud storage anda yang masih ada. Secara default, saiz storan yang diberikan secara percuma kepada pengguna berdaftar Google adalah sebanyak 15GB. Jika 15GB tak cukup, sila pergi pada "BUY MORE STORAGE" di Nombor 3 untuk beli saiz tambahan. Untuk Nombor 4, sini adalah untuk anda menyemak folder dalam telefon pintar anda yang telah di set untuk fungsi auto backup ini.

Setelah menekan Nombor 4 tadi, ini adalah option yang keluar. Seperti yang dapat dibaca dalam ayat dalam kotak di atas, folder kamera telefon pintar anda sudah pun dipilih untuk back up secara automatik.

Kalau nak set untuk back up folder lain, ON kan sahaja folder yang dikehendaki.

*
Seterusnya, kembali ke Nombor 5. 

Di sini anda boleh membuat pilihan sama ada ingin gambar anda dibackup mengikut saiz Original atau pun High quality. Pilihan untuk High quality ini sebenarnya gambar anda akan dicompressed atau dikecilkan sebelum disimpan di dalam cloud storage. Jadi kalau nak gambar yang dibackup sebiji sama dengan yang dalam telefon pintar anda, pastikan pilih option Original.

Di bawah pilihan "Upload size", Nombor 1, anda akan jumpa option untuk "Mobile data backup". Di sini anda boleh pilih sama ada nak auto backup gambar atau video, atau kedua-duanya sekali. Nombor 2, anda boleh pilih sama ada ingin gambar anda dibackup sepanjang masa atau pun hanya ketika sedang charging atau roaming

Akhir sekali, tunggu sahaja gambar anda dibackup secara automatik setiap kali anda mengambil gambar baharu. Tamat!

Perkhidmatan ini tak digalakkan untuk anda yang nak jimat data. Tapi untuk memastikan tiada gambar yang hilang dari pandangan, tak salah gunakan data yang anda ada kan? Sekarang pun rasanya data untuk internet tak lagi semahal dulu.

Selamat mencuba!


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan