Wednesday 11 January 2017

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 6) : Kiyomizudera Temple - Kyoto Mosque - Kyoto

Hari Keenam : Khamis (1 September 2016) : Kiyomizudera Temple - Kyoto Mosque - Kyoto


Hari keenam di bumi Jepun.

Pada pagi ini, kami akan menuju ke salah satu tempat wajib pergi di Kyoto, iaitu Kiyomizudera Temple.

9.51am - Selepas bersarapan di bilik hotel, saya bersama ibu dan isteri tercinta memulakan perjalanan kami.

9.54am - Berjalan kaki di sekitar kawasan berdekatan hotel menuju ke stesen train/subway terdekat.

9.57am - Selepas berjalan selama kira-kira 6 minit, kami tiba di salah satu pintu masuk ke Stesen Shichijo yang berada tidak jauh dari hotel penginapan kami.


Mungkin ramai yang sudah sedia maklum, terdapat banyak pass atau tiket istimewa yang boleh dibeli oleh pengunjung yang datang ke Kyoto atau Jepun ini kerana kemudahan yang ditawarkan. Saya sendiri menggunakan Osaka Amazing Pass ketika berada di Osaka tempohari. Namun terdapat beberapa pass atau tiket istimewa yang tidak boleh digunakan sekiranya anda ingin menaiki train syarikat Keihan, seperti dalam gambar di atas. 

9.59am - Membeli tiket train, dari Stesen Shichijo ke Stesen Gion-Shijo. Tiket sehala berharga 150 yen (+/- RM5.78).


Jam menunjukkan tepat jam 10.00am.


10.03am - Train yang ditunggu tiba.

Selepas kira-kira 4 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Gion-Shijo.

Terdapat Tourist Information Center di Stesen Gion-Shijo ini. Jadi kalau nak tahu apa-apa berkenaan kawasan sekitar Gion, boleh tanya sahaja staf yang berada di sini.

10.11am - Bergerak keluar dari Stesen Gion-Shijo menuju ke arah Gion.

Dari Stesen Gion-Shijo, kami berjalan kaki menuju ke Kiyomizudera Temple. Sebenarnya stesen train yang terdekat dengan Kiyomizudera Temple adalah Stesen Kiyomizu-Gojo. Tapi pada hari berkenaan saya tersilap tengok peta. Nampak macam dekat, tapi sebenarnya jauh kalau nak jalan kaki dari kawasan Gion.

Peta yang menunjukkan sekitar kawasan Gion, Higashiyama, dan Kiyomizudera Temple.

Sekitar kawasan Shijo Dori. Dori bermaksud street atau jalan.

Yasaka Shrine yang terdapat di penghujung jalan Shijo Dori.

Kalau ikut papan tanda ini, anda perlu berjalan kaki kira-kira 13 minit untuk ke Kodaiji Temple dan Kiyomizudera Temple.

10.19am - Kami melalui kawasan hadapan Yasaka Shrine.


10.20am - Sedang kami berjalan di dalam panas terik, tiba-tiba saya ternampak terdapat hentian bas. Memikirkan cuaca yang panas dan ibu serta isteri saya, maka saya pun membuat keputusan untuk menaiki bas untuk kurangkan berjalan kaki menuju ke Kiyomizudera Temple.

10.21pm - Alhamdulillah, kami dapat menaiki bas di hentian bernama Higashiyama Yasui. Harga tiket bas untuk dewasa adalah 230 yen (+/- RM8.87) seorang, tidak kira walaupun anda cuma naiki untuk jarak satu hentian bas atau pun jarak lima hentian bas.

Peta laluan yang terdapat di dalam bas.

Mengikut peta laluan bas tersebut, hentian bas yang paling dekat menuju ke Kiyomizudera Temple adalah hentian bas yang bernama Gojozaka. Maka saya pun membuat keputusan untuk turun di sana.

10.26am - Kami turun di hentian bas bernama Gojozaka.

Tak jauh dari hentian bas Gojozaka, terdapat papan tanda arah ini.

10.27am - Yea, anda perlu berjalan kira-kira 10 minit katanya untuk sampai ke Kiyomizudera Temple.


Berjalan kaki di kawasan lorong yang kecil.

10.32am - Mula-mula macam was-was juga, betul ke ini laluannya, sebab dah jalan jauh ni. Nasib baik jumpa papan tanda ini, lega rasanya.

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, jalan ini memang menyenget, kerana menaiki bukit. Kiyomizudera Temple tersebut terletak di atas bukit.

Semakin lama semakin kami jumpa ramai orang menuju ke arah yang sama.

Sempat berhenti melihat cenderamata yang dijual di salah satu kedai yang terdapat di sana.

Ada pelbagai jenis kipas yang dijual. Kedai ini memang jual kipas sahaja rasanya.

10.39am - Semakin jauh berjalan, semakin pelbagai ragam manusia boleh dijumpai. Ada yang lengkap berkimono menuju ke Kiyomizudera Temple. Rasanya mereka ini pun pelancong asing, bukan warga Jepun.


Peta Asahizaka Path Way, iaitu laluan atau lorong yang kami naiki menuju ke Kiyomizudera Temple.

10.47am - Akhirnya dah nampak tembok Kiyomizudera Temple. Memang penat berjalan kaki menaiki bukit dalam panas terik ni.

Bila tengok belakang semula, memang agak jauh kami berjalan kaki, dan agak tinggi juga bukit yang kami naiki.

Saya sempat bergambar bersama ibu di tangga menuju ke pintu masuk Kiyomizudera Temple dari Asahizaka Path Way.

Isteri dan ibu tercinta berehat sekejap sambil diambil gambar.

Yea, agak penat juga. Memang banyak lemak terbakar hari tersebut. Lol.

10.50am - Selepas berehat seketika, kami meneruskan perjalanan menaiki tangga ini menuju ke pintu masuk Kiyomizudera Temple.



10.54am - Haa... inilah dia di bahagian hadapan pintu masuk ke Kiyomizudera Temple.

Saya tak pasti kenapa pengunjung tak dibenarkan untuk mengambil gambar pada waktu-waktu tertentu di tangga di hadapan pintu masuk ke Kiyomizudera Temple ini.

Ibu saya di hadapan pintu masuk ke Kiyomizudera Temple.

Pengunjung tidak dibenarkan merokok dan makan dan minum di sekitar kawasan pintu masuk ke Kiyomizudera Temple.

Bergambar di berlatarkan lorong di hadapan pintu masuk ke Kiyomizudera Temple.


Lorong di hadapan pintu masuk ke Kiyomizudera Temple. 









Bergambar di hadapan salah satu struktur binaan yang menarik di Kiyomizudera Temple.

Pada waktu kami datang, terdapat kerja pembinaan sedang dilakukan di kawasan Kiyomizudera Temple ini. Mungkin kerja membaik-pulih struktur binaan.



11.07am - Kami bergerak menuju ke arah Reception.


Ini adalah kaunter menjual tiket masuk ke dalam Kiyomizudera Temple. Yang tadi tu cuma kawasan halamannya sahaja, kalau nak masuk dalam kenalah bayar ye.

Lagi kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung.

11.11am - Alang-alang dah sampai dan penat berjalan kaki menaiki bukit tadi, maka rugi la kan kalau tak beli tiket dan masuk ke dalam Kiyomizudera Temple ini? Tiket masuk dewasa berharga 400 yen (+/- RM15.46), manakala tiket masuk kanak-kanak berharga 200 yen (+/- RM7.73).

Inilah rupa bentuk tiket masuk Kiyomizudera Temple.



11.13am - Bergerak menuju ke kaunter masuk.

11.15am - Ini adalah kaunter masuk ke dalam Kiyomizudera Temple.


Sekitar suasana di dalam kawasan temple.








Tabung kutipan derma untuk mangsa gempa bumi.

Walaupun di dalam sebuah temple atau kuil, alat AED turut disediakan di sini memandangkan Kiyomizudere Temple ini merupakan tempat tumpuan pelancong.

Ibu sempat bergambar berlatarkan hutan hijau di sekitar kawasan Kiyomizudera Temple. Jika anda datang pada musim bunga atau musim luruh, tentu pemandangan akan lebih cantik!


Terdapat pelbagai jenis tangkal dijual di sini.




Struktur kuil ini memang agak lama tapi masih lagi kukuh.


Peta kawasan Kiyomizudera Temple.

Inilah bangunan Kiyomizudera Temple tadi dari luar. 

Gambar Kiyomizudera Temple dari sudut macam ini memang agak ikonik.

Isteri dan ibu tercinta berlatarkan Kiyomizudera Temple.

Saya pun nak juga.

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak berminat untuk datang ke temple atau kuil seperti ini atas faktor agama. Namun bagi saya tak ada salahnya kita datang ke sini, kerana kita pergi untuk belajar, menghargai budaya dan melihat tempat orang. Takdanya iman tergugat apabila kita pergi ke temple atau kuil sekali pun.

Bagi saya amat rugi kalau kita pergi ke negara atau tempat orang, tapi kita tak melihat, memahami, dan menghargai budaya atau tempat mereka. 'Rugi' sangat kalau kita pergi ke negara atau tempat orang semata-mata untuk membeli-belah.

Bandar Kyoto yang dapat dilihat dari kawasan Kiyomizudera Temple.

Ramai pengunjung kat laluan ini kerana tempat strategik untuk mengambil gambar.

Salah satu bangunan yang sedang dalam proses baik-pulih.

Kiyomizudera Temple.

11.29am - Kami bergerak turun dari kawasan tadi. 

Terdapat tandas awam sebaik turun dari kawasan bukit tadi.

Bangunan Kiyomizudera Temple tadi dari bawah.

Ada pondok telefon di sini.

Di kawasan Otowa Waterfall. Air terjun ini terbahagi kepada tiga arus. Masing-masing dipercayai mempunyai kelebihan tersendiri. Pengunjung dibenarkan minum air terjun yang mencurah dari atas yang dapat dilihat dalam gambar. 

Saya tak pasti ini kaunter apa, yang terletak berhadapan dengan Otowa Waterfall.


Struktur bangunan tadi. Ianya diperbuat daripada kayu.

Gerai makan atau restoran yang terdapat di sini.

Menjual cenderamata rasanya.


11.46am - Menuju ke pintu keluar dari Kiyomizudera Temple.

Saya sempat membeli air minuman ini dari vending machine yang terdapat di salah sebuah kedai di hadapan pintu masuk ke Kiyomizudera Temple. Air Teagurt. Yes, air teh campur yogurt. Rasanya memang pelik tapi sedap.

11.51am - Selamat tinggal Kiyomizudera Temple!

Lorong di hadapan Kiyomizudera Temple ini lebih meriah berbanding Asahizaka Path Way yang kami lalui semasa datang ke Kiyomizudera Temple tadi.

Kalau tak silap lorong ini bernama Kiyomizuzaka.

Lagi tabung derma untuk mangsa gempa bumi Kumamoto yang terdapat di salah sebuah kedai menjual cenderamata.



Payung magik. Apabila basah, corak akan kelihatan pada payung ini.

12.39pm - Peta kawasan yang terdapat di sekitar kawasan ini. Kami berada di lorong Gojozaka.


12.47pm - Dalam panas terik, terjumpa pula kedai menjual ais krim. Jadi kami pun singgah la.

Senarai ais krim dan harga.

Sedapnyaaaa.

Anda boleh pergi ke laman web kedai ini di honkuzu.kyoto.jp untuk tahu lebih lanjut tentang kedai ais krim ini.



Saya mencuba perasa Strawberry, manakala ibu saya mencuba perasa Fruits Pops. Kedua-duanya berharga 500 yen (+/- RM19.34) sebatang. 


Inilah bahagian depan kedai ais krim Honkuzu tadi.

12.56pm - Selepas penat berjalan menuruni bukit dari Kiyomizudera Temple tadi, akhirnya kami sampai semula di jalan raya utama.

12.56pm - Untuk menjimatkan masa dan tenaga, kami tunggu sahaja di hentian bas terdekat untuk menaiki bas menuju ke lokasi berikutnya.


Hentian bas ini agak selesa. Kalau tak silap hentian ini bernama Gojozaka.

Skrin LCD menunjukkan bas-bas yang akan tiba. Sila pastikan anda memilih nombor bas yang betul untuk sampai ke destinasi yang ditujui.

12.59pm - Bas bernombor 206 yang kami tunggu tiba. Destinasi bas bernombor 206 ini adalah Kyoto Station.

Menuju ke Kyoto Station. Sekali lagi, tambang bas adalah 230 yen (+/- RM8.87) seorang.

1.17pm - Kami tiba di Kyoto Station.

Pasaraya The CUBE yang terdapat di Kyoto Station.

Destinasi seterusnya adalah menuju ke pasaraya BIC CAMERA yang terletak tidak jauh dari Kyoto Station.

Kyoto Central Post Office yang terletak berdekatan Kyoto Station.


Pasaraya BIC CAMERA Kyoto Station ini dibuka dari jam 10.00am hingga ke 9.00pm.

Bangunan ini sebenarnya Kyoto Station, dan terdapat pasaraya Isetan di dalam Kyoto Station ini.


1.24pm - Kami tiba di pasaraya BIC CAMERA KYOTO yang terletak di sebelah Kyoto Station.

Walaupun nama pasaraya ini BIC CAMERA, tapi ianya tak hanya menjual kamera, malah terdapat banyak barang lain yang dijual dalam bangunan 7 tingkat ini.

Tips : Oh ya, tujuan saya nak pergi ke BIC CAMERA ini sebenarnya nak pergi ke bahagian hobi atau permainan. Harga permainan seperti model plastik Tamiya, figura Gundam, figura BandaiSuper SentaiStar Wars, dan lain-lain lagi biasanya dijual lebih murah di pasaraya seperti BIC CAMERA dan Yodobashi Camera berbanding di kedai-kedai atau pasaraya lain.

Permainan Geki Drive yang dipromosikan di BIC CAMERA Kyoto Station.

2.07pm - Bergerak keluar dari BIC CAMERA, kembali menuju ke arah Kyoto Station.




2.44pm - Oleh kerana perut dah lapar dan penat, dan tak jumpa pula kedai makanan halal, maka kami singgah di restoran Mister Donut yang terdapat di dalam Kyoto Station.

Nampak ada keluarga Arab Muslim makan di sini, jadi kami pun singgah la juga. Beli apa yang diyakini halal, insyaAllah. 

3.16pm - Selepas berehat dan makan di Mister Donut, Kyoto Station, kami pun bergerak menaiki bas menuju ke hentian bas berdekatan dengan stesen train.

3.26pm - Kami tiba di hentian bas berdekatan dengan Stesen Shichijo.

Destinasi kami seterusnya adalah menuju ke Kyoto Mosque, atau Masjid Kyoto.

3.30pm - Dari Stesen Shichijo, kami perlu menuju ke Stesen Jingu-Marutamachi. Harga tiket sehala adalah 270 yen (+/- RM10.47) seorang.

Tiba di platform Stesen Shichijo.


Menunggu train menghala ke arah Demachiyanagi.

3.34pm - Train yang ditunggu sampai.

Uniknya kali ini adalah koc yang kami naiki tiada langsung penumpang lain! 

Bergambar bersama ibu di dalam koc yang kosong tanpa penumpang lain selain daripada kami bertiga.

Dah kosong tu apa lagi, bergambar la ye tak?

3.45pm - Kami tiba di Stesen Jingu-Marutamachi.

Menuju ke pintu keluar nombor 3.

3.52pm - Menyeberangi Sungai Kamo.


Berpandukan aplikasi GPS di telefon saya. kami berjalan kaki menuju ke Kyoto Mosque.

Salah satu Guest House yang dijumpai semasa dalam perjalanan.

Sedap pula nampak Domino's Pizza tu. Haishh..

Menyusuri di sepanjang Kawaramachi Dori atau Kawaramachi Street.

4.06pm - Selepas penat berjalan, akhirnya kami tiba di Rose Cafe, iaitu restoran makanan halal yang terletak tidak jauh dari Kyoto Mosque.

Jelas terpampang tanda halal di luar restoran.

4.07pm - Tidak jauh dari Rose Cafe, adalah Islamic Cultural Center, yang juga menempatkan Kyoto Mosque.

Inilah dia Islamic Cultural Center yang juga merupakan Kyoto Mosque. Ianya tak ada rupa bentuk masjid pun sebenarnya, kerana ianya di dalam bangunan.

Islamic Cultural Center ini juga menempatkan pusat aktiviti Kyoto Muslim Association (KMA), atau Persatuan Muslim Kyoto.

Ruang solat lelaki dan wanita terletak di bahagian bawah, atau underground di Islamic Cultural Center ini.

Ruang solat lelaki di sebelah kiri, dan wanita di sebelah kanan.

Antara notis yang terdapat di sini.



Sebenarnya ada notis yang mengatakan tak dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang solat. Jadi saya tak kongsikan lah di sini gambar keadaan di dalam ruang solat Kyoto Mosque ini.

4.47pm - Selesai menunaikan solat dan berehat sebentar, kami pun bergerak menuju ke Rose Cafe tadi.

Tiba di Rose Cafe.

Antara dalaman Rose Cafe.


Antara menu makanan yang terdapat di Rose Cafe ini.

Kita rehat makan dulu ye?

5.27pm - Selesai makan, kami bergerak menuju ke hentian bas terdekat.

5.29pm - Hentian bas ini bernama Kojin-guchi.

Panduan nombor bas yang boleh dinaiki.

5.31pm - Kami menaiki bas nombor 3, menuju ke Shijo Kawaramachi, iaitu kawasan berdekatan dengan pusat bandar Kyoto. Seperti biasa, tambang bas adalah 230 yen (+/- RM8.87) seorang.

5.43pm - Kami tiba di hentian bas Shijo Kawaramachi.

Terdapat banyak pasaraya di tengah pusat bandar ini. Memandangkan hari masih siang dan kami dah tak ada tempat nak ditujui, maka kami menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar pusat bandar Kyoto ini.


5.44pm - Menuju ke pasaraya 0101 Kyoto Marui.


Kami menuju ke tingkat lima, di mana terdapatnya kedai Laox. Di sini juga terdapat tempat solat.

Banyak barang yang dijual di sini, terutamanya barangan kosmetik dan kesihatan.

Sebaik tiba di Laox ini, saya ditegur oleh salah seorang staf. Beliau tanya sama ada kami sedang mencari tempat solat. Mungkin sebab nampak isteri dan ibu saya bertudung dan sudah pastinya Muslim. Memandangkan kami sudah solat lebih awal di Kyoto Mosque tadi, maka kami tak pergi pun tempat solat yang disediakan di dalam Laox Kyoto Marui ini.

Majoriti staf Laox ini adalah warga asing. Mungkin untuk memudahkan komunikasi dengan pelancong?


6.18pm - Berjalan-jalan tatkala hari semakin gelap.

Seterusnya, kami bergerak memasuki satu lagi pasaraya, iaitu Takashimaya Kyoto Store.

6.27pm - Tadaaaa...saya tak sangka ada Pokemon Store kat dalam pasaraya Takashimaya Kyoto Store ini, sebab memang tak plan pun nak cari.

Pelbagai jenis plushies yang dijual.

Rambang mata!

Pikachu! 

Bulbasaur dan Charmander!




Saya sempat membeli cenderamata kenang-kenangan di sini. Tambahan pula masa itu memang permainan Pokemon Go tengah popular.

7.05pm - Selesai membeli cenderamata di Pokemon Store, kami pun menuju ke tempat lain pula.

Butik GAP.

Butik H&M.

7.21pm - Matsumoto Kiyoshi ni merupakan kedai seperti Watson.

Ibu dan isteri tercinta bergambar sebelum bertolak pulang ke hotel. Malam tersebut adalah malam terakhir kami di Kyoto kerana esok kami akan pulang ke tanah air.

Bergambar bersama ibu.

7.25pm - Kami berjalan kaki merentasi Sungai Kamo untuk menuju ke stesen train terdekat.

Agak meriah suasana di sepanjang sungai ini.



Semakin menghampiri kawasan Stesen Gion-Shijo.

Artis jalanan membuat persembahan berdekatan dengan salah satu pintu masuk ke Stesen Gion-Shijo.



7.30pm - Akhirnya kami tiba di pintu masuk Stesen Gion-Shijo.

Seperti biasa, perlu membeli tiket train di mesin menjual tiket.

Tiket perjalanan sehala dari Stesen Gion-Shijo ke Stesen Shichijo adalah 150 yen (+/- RM5.79) seorang.


7.36pm - Kami menaiki train dari Stesen Gion-Shijo.

7.39pm - Selepas kira-kira 3 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Shichijo, iaitu stesen train yang terdekat dengan hotel penginapan kami.


Berjalan menuju ke hotel penginapan.


7.43pm - Seperti biasa, singgah dahulu di FamilyMart untuk membeli air minuman dan bekalan untuk sarapan esok pagi.

8.00pm - Selepas seharian berjalan-jalan, akhirnya kami selamat pulang ke hotel penginapan kami.

Pada hari keenam ini, saya telah berjalan sebanyak 17,039 langkah (anggaran), bersamaan dengan 10.6km. Paparan data ini adalah dari app Android Mi Fit, dan data diperoleh melalui penggunaan Mi Band.




4 comments :

sUz said...

Salam..
Kami akan pergi ke Osaka & Kyoto in December.
Saya nampak macam byk beli ticket train semasa Areev bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Tapi awal2, saya nampak Areev beli dah Osaka Amazing pass?
Mcm tak pakai je

Can you please advice?

areev19 said...

Wassalam.

Saya beli Osaka Amazing Pass yang untuk 2 hari penggunaan je. Jadi hari pertama di Osaka saya tak gunakan pass tersebut sebab cuma akan keluar balik waktu malam sahaja. Cuma hari kedua dan ketiga baru saya gunakan Osaka Amazing Pass.

Osaka Amazing Pass ni dia akan kira sah untuk 48 jam, bermula dari kali pertama kita gunakan.

Dan walaupun banyak Osaka Amazing Pass boleh cover, tapi masih ada perkhidmatan yang tak termasuk, macam tiket train saya dari Osaka ke Kyoto. Cik boleh rujuk info pasal Osaka Amazing Pass di web yang disertakan kat entry pertama.

Harap dapat membantu cik sekeluarga. :)

sUz said...

T/kasih utk info😊

areev19 said...

Sama-sama. Terima kasih sudi melawat dan baca catatan perjalanan saya 😊

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile