Thursday 19 January 2017

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 7) : Kyoto - Kansai International Airport - klia2

Hari Ketujuh : Jumaat (2 September 2016) : Kyoto - Kansai International Airport - klia2

Hari ketujuh di bumi Jepun.

Hari ini kami akan bertolak balik ke Malaysia. Memang rasa tak pernah puas bila datang ke Jepun ni, tapi tetap kena balik. ;'(

10.14am - Sebelum check out hotel penginapan kami, sebagai persedian, saya check lagi sekali cara perjalanan untuk ke lapangan terbang.

Sepanjang 7 hari kami di Osaka dan Kyoto, PocketWifi dari JapanWireless ini memang sangat berguna dan berbaloi-baloi.



Inilah bilik hotel penginapan kami di Kyoto, namanya Hommachi Sanjusangendo - Guest House

10.22am - Check kali terakhir takut ada barang yang tertinggal.

10.25am - Untuk check out, hanya perlu masukkan kunci bilik ke dalam bekas yang terdapat di lobi.

10.30am - Sayonara! Kami bergerak berjalan kaki menuju ke hentian bas terdekat dengan hotel penginapan tersebut.

10.33am - Selepas berjalan kira-kira 3 minit, kami pun tiba di hentian bas ini.

Isteri dan ibu tercinta bersama beg masing-masing di hentian bas. 

Tips : Penting untuk mereka yang melancong secara sendiri (bukan berkumpulan melalui agensi pelancongan) ini fikirkan mengenai beg bagasi masing-masing. Jangan terlalu besar, dan jangan bawa banyak beg. Nanti susah pula nak bawa sebab perlu banyak menaiki pengangkutan awam.

10.39am - Bas dalam bandar tiba di hentian bas kami.

Seperti biasa, tambang menaiki bas dalam bandar ini adalah 230 yen (+/- RM9.07) seorang, tak kira di mana sahaja tempat atau hentian bas yang anda turun nanti.

10.47am - Kami tiba di Kyoto Station.

10.51am - Anda boleh menjumpai papan tanda ini di dalam Kyoto Station. Ia memberikan panduan platform mana yang perlu anda pergi mengikut destinasi dan jenis pengangkutan masing-masing. Pada hari ini, kami akan menaiki perkhidmatan kereta api laju 'HARUKA' yang akan bertolak terus dari Kyoto Station ke Kansai International Airport.

Jadual perjalanan bagi HARUKA Express.

Ibu bergambar di Kyoto Station bersama beg-beg bagasi kami. Yang sebenarnya kami bawa beg seorang satu yang bersaiz kecil, tapi bila dah sampai sini beli lagi satu beg besar untuk masukkan barang-barang dan cenderamata yang dibeli. Orang kata 'beg dah beranak'. Hehe.

11.06am - Inilah tiket HARUKA Express yang saya beli di kaunter. Harga tiket seorang adalah 3370 yen sehala, dari Kyoto Station ke Kansai International Airport. 

Tips : Tiket berharga 3370 yen (+/- RM132.90) ini sebenarnya adalah 'Reserved Seat', maksudnya tempat duduk anda sudah pasti ada (ditempah awal) dan diberikan mengikut nombor seperti dalam kapal terbang, jadi harganya lebih mahal berbanding harga tiket Non-reserved Seat'. Oleh sebab saya risau nanti tak dapat tempat duduk pula di dalam train, maka saya pun beli terus je tiket 'Reserved Seat'. Kalau anda nak jimat lebih kurang 400-500 yen dan ketika itu bukan musim ramai pelancong, rasanya beli tiket 'Non-reserved Seat' pun dah cukup.

11.08am - Kami bergerak menuju ke Platform 30.


11.15am - Tiba di Platform 30. Train HARUKA Express tiba di platform beberapa minit kemudian.

11.30am - Seperti yang dijadualkan, train HARUKA Express yang kami naiki mula bertolak tepat jam 11.30am.

Pemandangan ketika dalam perjalanan menaiki HARUKA Express.





Nampak tak pasaraya AEON?



11.59am - Train berhenti sebentar di Stesen Shin-Osaka untuk menurunkan dan mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan.

Alahai, rasa tak seronok sebab dah nak balik.




Merentasi kawasan bandar Osaka.



Umeda Sky Building yang kami telah lawati pada hari kedua kami di Osaka.




12.15pm - Sekali lagi train HARUKA Express berhenti seketika untuk menurunkan dan mengambil penumpang, kali ini di Stesen Tennoji. Seterusnya train terus bergerak menuju ke Kansai International Airport.





12.45pm - Menyeberangi seberang laut menuju ke lapangan terbang.


Seperti yang dapat anda lihat dalam gambar, kami menaiki koc 'Reserved' (di sebelah atas kanan yang berwarna hijau). Sesiapa yang tidak mempunyai tiket 'Reserved Seat' akan diminta pergi ke koc yang lain. Memang selesa di koc ini sebab tak ramai orang.

12.50pm - Tepat 12.50pm seperti yang dijadualkan, alhamdulillah, kami selamat tiba di Kansai-airport Station.

12.53pm - Kami bergerak menuju ke Terminal 1, iaitu bangunan Kansai International Airport yang bersambungan dengan Kansai-airport Station ini.

12.59pm - Tempat pertama yang saya tujui adalah pejabat pos, untuk memulangkan semula PocketWifi yang kami gunakan selama 7 hari di bumi Jepun ini. Hanya perlu masukkan set PocketWifi tersebut dalam sampul yang disediakan pihak JapanWireless, dan kemudian masukkan dalam tong pos ini. Mudah kan?

Di sini ia diambil pada hari pertama, di sini juga ia dipos pada hari terakhir.

1.03pm - Waktu check in penerbangan kami adalah pada jam 1.40pm.

Sempat lagi kalau nak beli cenderamata di Pokemon Store ini.

Plushies ekslusif Pikachu yang hanya terdapat di Kansai International Airport.

Tahun lepas (2015), saya pernah beli Pikachu versi ekslusif Tokyo Station, jadi tahun ini (2016) mesti la beli pula yang versi KIX kan?

1.40pm - Kami check in 2 daripada 4 beg bagasi kami kerana risau tak lepas untuk masuk kabin. Jepun ni agak strict, jadi janganlah cuba nak bawa naik beg besar atau berat lebih daripada yang dibenarkan ke dalam kabin kapal terbang. 

Tips : Kalau anda menaiki kapal terbang Air Asia macam kami, sila lah tempah berat bagasi tambahan lebih awal semasa tempah tiket kapal terbang, kerana kalau nak bayar on the spot semasa kat lapangan terbang, cas nya mahal sekali ganda.

Selesai check in bagasi dan sebelum bergerak menuju ke gate berlepas, kami terlebih dahulu menuju ke bilik solat yang terdapat di Kansai International Airport ini untuk menunaikan solat.

Papan tanda arah ke Prayer Room atau bilik solat ini berdekatan dengan kedai Uniqlo yang terletak di tingkat 3F.

2.19pm - Kami mengikuti papan tanda arah menuju ke Prayer Room.


2.21pm - Kami tiba di Prayer Room yang terletak di tingkat 3F.

Terdapat bilik solat berasingan wanita dan juga lelaki, lengkap dengan tempat wuduk.


Pamplet yang terdapat di dalam bilik solat.

Ruangan bilik solat yang sangat bersih dan selesa.

Kerusi juga disediakan bagi yang uzur.

Antara bahan bacaan dan kelengkapan lain yang disediakan.

Sempat buka aplikasi Pokemon Go di telefon dan lihat kawasan sekeliling. Memang meriah!

Selesai menunaikan yang wajib, apa lagi, jalan-jalan lah di kawasan sekitar untuk habiskan masa dan duit yen yang ada sebelum pergi ke gate berlepas. Bak kata seorang kenalan semasa saya sekeluarga melancong ke Eropah tak lama dulu, "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli". Lol.

3.06pm - Singgah sebentar di Kedai 300 yen.

Tips : Kedai 300 yen (+/- RM11.86) ini memang menarik dan sangat berbaloi bagi orang yang nak last minute shopping. Ada banyak juga cenderamata menarik yang dijual di sini. Sebagai contoh, dengan harga 300 yen, anda boleh dapatkan satu tote bag yang menarik untuk diberikan sebagai cenderamata.

3.22pm - Selesai 'last minute shopping', kami pun bergerak menuju ke gate berlepas.

Menuju ke South Departure.



3.36pm - Tiba di platform train menuju ke gate.

3.38pm - Suasana di dalam train.

"Mata ne, Osaka-san."

Kami tiba di gate untuk menaiki kapal terbang kami beberapa minit kemudian.

Saya sempat membeli air minuman ini di vending machine untuk habiskan duit syiling yen. Yang sebenarnya sebab fikir lepas ini entah bila pula dapat minum air teh susu yang sedap ini. :'(

3.46pm - Suasana di tempat menunggu.

Semasa menunggu dan dalam perjalanan ke gate tadi sebenarnya saya sempat battle Pokemon Go dan letakkan seekor Vaporeon di Gym level 3. Hahaha.

Kapal terbang yang bakal kami naiki sebentar lagi.

4.32pm - Kami beratur bagi menaiki kapal terbang.

Kapal terbang yang kami naiki adalah jenis Airbus A330-300.

Kapal terbang yang kami naiki, AirAsia D7 537 berlepas sedikit lewat daripada yang dijadualkan, iaitu pada jam 4.40pm waktu Jepun.

Gambar cantik yang diambil ketika di atas kapal terbang.



10.25pm - Walaupun kapal terbang berlepas lewat dari jadual, namun alhamdulillah, kami selamat tiba di klia2 lebih awal dari yang dijadualkan.

11.08pm - Kami tiba di tempat mengambil bagasi.

Kami telah disambut oleh abang saya sekeluarga di airport sebaik keluar dari tempat mengambil bagasi. Alhamdulillah, berakhir sudah perjalanan 7 hari 6 malam kami menuju ke bumi Jepun dan pulang semula ke tanah air. 

Pada hari ketujuh ini, saya telah berjalan sebanyak 3,809 langkah (anggaran), bersamaan dengan 2.4km. Paparan data ini adalah dari app Android Mi Fit, dan data diperoleh melalui penggunaan Mi Band.




Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di sepanjang Osaka & Kyoto Trip kami ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kelancaran perjalanan kami sepanjang di bumi matahari terbit ini.

InsyaAllah, satu hari nanti saya akan kembali lagi ke sini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendownload itinerary yang saya buat untuk Osaka Kyoto Trip ini, saya sediakan 2 link untuk anda download di bawah, satu untuk itinerary yang saya buat sebelum pergi, dan satu lagi itinerary sebenar yang saya buat selepas pulang ke Malaysia.

DOWNLOAD

Akhir kata, saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca siri catatan perjalanan atau Travelogue Osaka & Kyoto saya ini. 

Jumpa lagi di siri catatan perjalanan yang lain, insyaAllah.

Sayounara~

6 comments :

Unknown said...

terima kasih atas info yang dikongsi

areev19 said...

sama-sama. semoga bermanfaat kepada tuan/puan.

Unknown said...

Assalamualaikum
Entry blog yg bagus and bermanfaat.. Byk membantu..
Maaf saya nk bertanya kerana plan ke Osaka tahun hadapan..
1) Osaka Amazing Pass ni blh diguna untuk untuk 1 keluarga atau 1 kad untuk 1 org?
2) saya dapati awk byk beli tiket dari membeli tourist pass(luar osaka) . Adakah itu lebih jimat?
3) blh saya tau budget per head secara overall

Terima Kasih kerana sudi share info

areev19 said...

Waalaikumsalam. Terima kasih sudi luangkan masa membaca catatan perjalanan saya.

1) Osaka Amazing Pass tu untuk kegunaan individu. Jadi kena beli untuk setiap seorang.

2) Ya, saya banyak beli ticket on the spot sebab lebih berbaloi untuk itinerary saya. Penggunaan tourist pass (macam Osaka Amazing Pass) memang bagus dan berbaloi kalau kita boleh maksimumkan penggunaannya, maksud saya kita pergi ke tempat-tempat yang dicadangkan oleh pass tersebut. Tapi untuk perjalanan saya dulu, tak banyak tempat yang saya masukkan dalam itinerary, kerana nak kurangkan terlalu banyak berjalan kaki sebab saya pergi bersama ibu saya dan isteri. Lagi pun saya menggunakan pengangkutan awam semasa di Jepun, jadi memang akan banyak berjalan.

3) budget per head saya ada kongsikan dalam Itinerary (sebenar) yang tuan boleh download dari link di hujung entry blog ini.

Semoga bermanfaat. :)

Unknown said...

Terima Kasih sekali lagi atas info yg diberi. Saya pun byk belaja dari blog awk. TQVM

areev19 said...

Sama-sama. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan dapat bantu memudahkan perjalanan tuan. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile