Saturday, March 17, 2012

ChinaTrip Travelogue (DAY 5) : Shanghai City

ChinaTrip Travelogue (DAY 5) : Shanghai City 

Hari Kelima - Selasa (25 Oktober 2011)

Hari kelima di negara China, dan hari pertama kami di kota Shanghai.


7.40am - Turun ke restoran berdekatan lobi hotel untuk bersarapan. Seperti biasa, hanya roti bakar dan telur rebus menjadi pilihan kerana makanan lain dikhuatiri tidak halal.

8.42am - Selepas bersarapan, rombongan kami bergerak dari hotel menuju ke tempat lawatan kami yang pertama pada pagi itu. Jalan sentiasa sesak kerana kepadatan penduduk yang agak melampau di Shanghai ini.



Perodua Kembara? Tidak ! Ini adalah Daihatsu Terios.

Ada restoran dan cafe bar untuk penyokong pasukan Manchester United di sini.

9.01am - Tiba di tempat lawatan kami yang pertama. Muzium Shanghai yang terletak di People's Square.

Dah macam airport pulak, perlu xray barangan yang dibawa. Memang semua muzium macam ni ke? Saya dah lama tak berkunjung ke apa-apa muzium. :)

Peserta rombongan kami diberi penerangan ringkas oleh Cik Mary, Tourist Guide kami sepanjang berada di Shanghai. 

Pamplet Muzium Shanghai.

Terdapat 4 tingkat di Muzium Shanghai ini, dan setiap tingkat terdapat 4 dan lebih galeri, antaranya galeri barangan ceramic, kaligrafi, dan lukisan.

Melawat salah satu galeri yang menempatkan barangan golongan atau etnik minoriti di China.

Peta taburan warganegara di China.

Antara aksesori yang dipakai etnik minoriti di China.

Pakaian-pakaian tradisional etnik minoriti China.

Ganas atau seram?

Selepas keluar dari Muzium Shanghai, kami terus menuju ke bahagian belakang muzium, dimana terletaknya People's Square.

Maklumat mengenai Muzium Shanghai di luar bangunan.

Antara bangunan-bangunan yang dapat dilihat di sekitar People's Square.

Inilah dia bangunan Muzium Shanghai daripada luar.

People's Square yang terletak di tengah-tengah bandaraya Shanghai.

Saya di People's Square.


Ayah dan ibu saya bersama pasangan bahagia Encik Kamil dan Puan Maimun.

10.25am - Dari Muzium Shanghai, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Pearl Market.

10.44am - Rombongan kami tiba di Pearl Market, dimana terdapat pelbagai barangan mutiara yang dijual.

Sebaik sahaja sampai, kami terlebih dahulu dibawa ke bilik khas dan diberikan penerangan mengenai Teh Mutiara.

Teh mutiara. Sedap? Sama je macam teh lain kot?

Kami ditunjukkan demonstrasi bagaimana tiram yang mengandungi mutiara ini dipotong.

Antara mutiara yang terdapat di dalamnya. Terdapat kira-kira 20 hingga 25 biji mutiara pelbagai warna bagi setiap satu tiram.

Selepas diberikan penerangan, kami seterusnya dibawa ke tempat menjual barangan atau produk yang berasaskan mutiara ini.

Antara tiram yang dibela di dalam akuarium khas.

11.35am - Selesai di Pearl Market, rombongan kami bergerak pula menuju ke tempat makan tengahari.

11.55am - Tiba di restoran halal yang menjadi tempat untuk kami makan tengahari.  

12.56pm - Selesai makan tengahari, rombongan kami seterusnya dibawa ke masjid berdekatan bagi menunaikan solat. Inilah untungnya mengikuti pakej pelancongan Muslim, solat dan makanan halal dititikberatkan.

1.15pm - Rombongan kami tiba di kawasan masjid. Cik Mary sentiasa berada di depan untuk mengetuai kami.


Uniknya masjid ini adalah, bangunan untuk tempat solat wanita dan lelaki adalah berlainan. Gambar di atas menunjukkan peserta rombongan lelaki yang menuju ke bangunan satu lagi.

Shanghai West City Mosque.

Informasi mengenai Masjid Xiao Tao Yuan.

Ruang solat kaum lelaki yang agak selesa.

Bangunan dan tempat solat untuk kaum wanita untuk Masjid Xiao Tao Yuan.

Antara struktur jambatan menarik yang terdapat berdekatan masjid. 

1.55pm - Selesai solat, rombongan kami seterusnya menuju ke tempat yang sangat dinanti-nantikan peserta rombongan kami, iaitu tempat untuk membeli-belah !

2.20pm - Tiba di Hancity Fashion & Accessories Plaza. Di sini terdapat pelbagai barangan buatan China dari baju hinggalah ke peralatan elektronik.

Mainan Angry Birds !

5.14pm - Selepas penat membeli-belah, rombongan kami seterusnya dibawa menuju ke tempat makan malam. Semasa dalam perjalanan menuju ke restoran, bas kami melalui suatu kawasan di tengah bandaraya Shanghai yang dikenali sebagai 'Matchmaking Market' atau Pasar Mencari Jodoh. Ianya sebenarnya adalah People's Square Park yang terletak bersebelahan dan berdekatan dengan Muzium Shanghai.

Menurut Cik Mary, Tourist Guide kami, di sini, para ibu dan bapa akan 'mengiklankan' dan menulis maklumat mengenai anak-anak bujang mereka dan menggantungkannya di kawasan taman tersebut dengan tujuan dapat mencarikan jodoh untuk anak mereka. Apabila si ibu dan bapa yang melalui kawasan berkenaan berminat dengan seseorang, maka mereka akan cuba jodohkan dengan anak mereka sendiri. 

Menurut Cik Mary, di Shanghai khususnya, kos sara hidup amatlah tinggi, dan harga rumah yang kecil sahaja sudah mencecah jutaan yuan (RMB - matawang China), sekali gus menyukarkan golongan muda atau bujang berkahwin dan memiliki rumah sendiri, lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Sebab itu ramai yang sukar mencari jodoh di China, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Shanghai, kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan mencari duit untuk menyara hidup.

5.25pm - Tiba di restoran untuk makan malam. 

Di luar restoran, pekerja ini sedang membakar daging kebab.

Ibu dan Auntie Maimun sempat bergambar dengan warga tempatan yang turut sama makan di restoran tersebut. 

6.39pm - Selepas selesai makan malam, rombongan kami terus menuju ke tempat 'River Cruise' di Sungai Huangpu yang memisahkan bahagian Timur dan Barat bandaraya Shanghai.

6.53pm - Tiba di tempat 'River Cruise'.

Tiket The Huangpu River Cruise yang berharga RMB100 atau lebih kurang RM50.

Beratur menuju masuk ke jeti.

Inilah kapal yang bakal dinaiki, agak besar sekali.


Seterusnya di bawah adalah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika di atas bot. Melalui River Cruise ini, kita dapat melihat perbezaan antara struktur-struktur bangunan di bahagian Timur dan Barat bandaraya Shanghai ini. 


Gambar panorama







Lampu Oriental Pearl Tower yang berubah-ubah warna kelihatan sangat menarik.

Iklan yang dipaparkan di bangunan. Di Malaysia pun ada, iaitu di Menara TM.

Rasanya ini adalah restoran terapung.

Selesai sudah perjalanan melalui Sungai Huangpu.


8.21pm - Rombongan kami bergerak pulang ke hotel untuk berehat.

8.38pm - Tiba di hotel.





1 comment :

Muhammad Khairuddin Lim said...

Panorama Sg Huanpu sangat indah di waktu malam.

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan