Tuesday 27 March 2012

ChinaTrip Travelogue (DAY 6) : Shanghai City - Nanjing & Fuyou Road

ChinaTrip Travelogue (DAY 6) : Shanghai City - Nanjing & Fuyou Road

Hari Keenam - Rabu (26 Oktober 2011)


Hari keenam di China, kedua di Shanghai.


7.55am - Seperti biasa, kami turun awal untuk bersarapan di hotel.

Anda perasan sesuatu pada senarai tingkat bangunan hotel/apartment yang kami tinggal ini? 
Yer, tiada angkat '4' langsung. Anda tahu kenapa bukan?


8.35am - Rombongan kami bergerak menaiki bas menuju ke tempat lawatan pertama kami pada hari ini, iaitu tempat menjual teh China. 


Papan tanda di jalan raya menunjukkan laluan lancar. Kalau laluan sesak, maka lampu pada papan tanda di atas akan berwarna merah. 

9.22am - Kami tiba di tempat menjual teh China. Kalau di Malaysia kita ada dR Rozmey, di China pula mereka ada 'Dr. Tea'. =)

Pintu masuk 'Dr. Tea'. Di sini terdapat pelbagai jenis teh China yang dijual dan kedai ini, antaranya teh Pu-erh yang cukup terkenal.

Sebaik tiba, kami terus dibawa ke bilik khas, dimana kami dijamu dengan hampir kesemua jenis teh China yang ada dijual di situ. 

Pekerja Dr. Tea yang memberikan penerangan.


Setiap dari kami diberikan merasa secawan teh untuk setiap jenis teh yang ditunjukkan.




Antara perkakasan tradisional untuk menyediakan teh.

Daun teh yang dimampatkan dan disusun menjadi hiasan di bahagian dalam bangunan.

Kaunter pertanyaan dan penyambut tetamu Dr. Tea.

Shin Chan? Sebenarnya benda ini digunakan untuk mengukur tahap kepanasan air yang digunakan untuk menyediakan teh. Ianya akan direndam ke dalam air panas, dan jika air sudah cukup panas, maka 'Shin Chan' ini akan 'kencing'. Lucah? Comel? Heeee... 

10.15am - Selesai dengan minum teh China dan membeli teh (bagi yang berminat), rombongan kami meneruskan perjalanan ke Nanjing Road, iaitu salah satu tempat tarikan pelancong dan pusat membeli belah di bandaraya Shanghai ini.

Perjalanan menuju ke Nanjing Road.

11.05am - Rombongan kami tiba di Nanjing Road. Kedai Haagen Dazs yang terletak di tengah-tengah Nanjing Road ini dijadikan tempat untuk kami berkumpul semula selepas sejam setengah, iaitu waktu yang diberikan kepada kami untuk bersiar-siar dan membeli belah.

Butik Nokia yang sedang mempromosikan model baru, Nokia N9 yang baru dilancarkan pada masa itu.

Inilah Nanjing Road yang agak sesak dengan orang ramai.

Perkhidmatan tren mengelilingi Nanjing Road ini disediakan bagi membawa pelancong yang tidak mahu berjalan kaki. Saya kurang pasti berapa bayaran yang dikenakan untuk menaiki tren ini.

Pentas yang terdapat di Nanjing Road. Terdapat persembahan kebudayaan ketika kami berada di sini, sebab itu terdapat ramai orang yang berkerumun di hadapan pentas.

Butik barangan sukan, LI-NING yang agak besar di Nanjing Road.


Tahukah anda, jenama CLIO CODDLE? =)

Ini pula TOMMY WELAI.

Terdapat Madame Tussauds di sini, tapi kami tidak berkesempatan berkunjung ke sana.

Akuarium gergasi juga terdapat di Nanjing Road.


TOMMY HILFIGER? Tidak ! This is Chinaaaaa !! LOL

Kafe The Good-OLD-PLACE nie mencuri perhatian saya. 

Suhu persekitaran ketika itu adalah 16 darjah Celsius, seperti yang ditunjukkan di 'termometer' gergasi pada salah satu bangunan yang berada berdekatan Nanjing Road.

12.36pm - Dari Nanjing Road, rombongan kami bergerak menuju ke restoran halal yang berada berdekatan. 

12.40pm - Tiba di restoran halal untuk makan tengahari.

1.33pm - Selesai makan tengahari, rombongan kami menuju pula ke masjid yang terdapat di Fuyou Road, satu lagi jalan atau tempat untuk membeli belah barangan buatan China.

1.44pm - Tiba di Fuyou Road.

Ayah saya sempat bergambar berdekatan Fuyou Road.

Fuyou Road yang sesak dengan orang ramai.

2.04pm - Setelah berjalan kira-kira 150 meter dari lokasi bas berhenti, kami tiba di Masjid Fuyou Road.

Info ringkas mengenai masjid ini.

Ruang solat.


2.52pm - Selesai solat, peserta rombongan pun masing-masing bergerak ke kedai-kedai dan kompleks-kompleks membeli belah yang terdapat di sepanjang Fuyou Road ini.

Taman yang terdapat berdekatan Fuyou Road.

Kerana sudah penat dan tidak berminat untuk membeli belah di tempat yang penuh sesak dengan orang ramai, saya mengambil kesempatan untuk berehat bersama ayah di gerai berdekatan.

5.10pm - Setelah puas berada di Fuyou Road, rombongan kami menuju ke tempat untuk makan malam, iaitu restoran halal yang sama seperti hari semalam.

5.28pm - Tiba di tempat makan malam.

6.32pm - Bergerak balik ke hotel.

7.05pm - Tiba di hotel untuk berehat. Esok pagi kami akan bertolak pulang ke Malaysia.







1 comment :

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Angka no 4 beerti mati dalam bahasa cina.

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile