Saturday, February 4, 2012

ChinaTrip Travelogue (DAY 4) : Beijing - Shanghai

ChinaTrip Travelogue (DAY 4) : Beijing - Shanghai

Hari Keempat - Isnin (24 Oktober 2011)


Hari keempat kami di negara China.

7.30am - Selepas bersarapan di hotel, rombongan kami bertolak dari hotel menuju ke destinasi pertama kami pada hari ini, iaitu Summer Palace.

"Time has witnessed the growth of Love and Happiness" - Ayat yang tertulis pada signboard kedai menjual barangan bayi rasanya.

Motosikal berkuasa bateri banyak digunakan oleh penduduk di Beijing ini.



Orang ramai melintas jalan serapat-rapatnya dengan bas... -___-""

Penduduk yang terlalu ramai dan kawasan yang terlalu padat. Tak hairan trafik di sini sentiasa agak sesak.

"Macet" kata Tourist Guide berketurunan Indonesia yang mengetuai rombongan kami sepanjang di Beijing. Macet (Bahasa Indonesia) = Traffic Jam

Tepat jam 9.30am, akhirnya kami tiba di Summer Palace. Gambar di atas adalah pintu masuk ke dalam kawasan Summer Palace.

Pengunjung boleh menaiki bot untuk menikmati pemandangan tasik di sekeliling Summer Palace ini. Tapi saya tak tahu berapa bayaran yang dikenakan kerana rombongan kami tidak berkesempatan untuk menaiki bot.

Peta kawasan di Summer Palace.

Ibu berlatar belakangkan tasik Summer Palace.

Ketika di sini, salah seorang peserta rombongan kami nyaris ditipu oleh penjual warga tempatan yang menjual sarung tangan. (Kerana cuaca di situ amat sejuk, maka terdapat ramai penjual2 yang menjual sarung tangan kepada pelancong.)

Kisahnya : Penjual tersebut telah mengambil dahulu duit daripada peserta rombongan kami yang ingin membeli sarung tangan, kemudian selepas memberi sarung tangan tersebut kepada pembeli, sekali lagi penjual tersebut meminta duit, katanya pembeli belum memberi duit. Nasib baik dengan bantuan Tourist Guide kami, Encik Zhang dan Tour Leader kami, Encik Zul, penjual tersebut akhirnya mengalah dan tak berjaya menipu peserta rombongan kami. 

Nota : Cara penipuan tersebut memang selalu digunakan oleh penjual-penjual di China ini. Jadi kepada sesiapa yang ingin melancong ke China dan ingin membeli sesuatu, pastikan anda mengambil dahulu barang yang dibeli, sebelum memberikan duit kepada penjual. 

Gambar panorama.

Summer Palace. Perlu menaiki bot rasanya untuk ke pulau yang menempatkan Summer Palace nie.

Lagi gambar panorama.

10.02am - Selepas puas bergambar di sekitar kawasan Summer Palace, rombongan kami bergerak menuju ke tempat membeli belah terkenal di Beijing, iaitu Silk Street.

10.58am - Kami tiba di Silk Street. Sebuah kompleks beli-belah barangan tiruan yang dibuat di China.


Kawasan jualan di sini agak padat, terdapat banyak gerai-gerai kecil seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas. Pelbagai barangan yang dijual diasingkan mengikut tingkat, walaupun kebanyakan kedai menjual pelbagai barangan dan tidak spesifik.

Selepas 2 jam masa yang diperuntukkan digunakan untuk membeli belah di Silk Street, kami seterusnya menuju ke tempat makan tengahari, pada jam 1.05pm.


Ketika dalam perjalanan menuju ke restoran untuk makan tengahari. Bangunan di atas adalah bangunan pusat China Central Television (CCTV).

Percayakah anda, kenderaan kecil di atas adalah teksi mini?

1.20pm - Kami tiba di restoran halal untuk makan tengahari. 

2.05pm - Selepas makan tengahari, rombongan kami bergerak pula menuju ke Masjid Niujie, iaitu salah sebuah masjid lama yang terdapat di Beijing ini.

Pintu masuk Masjid Niujie.

Masjid Niujie (Masjid Jalan Lembu)

Waktu solat.

Peta kawasan Masjid Niujie.

Sekitar kawasan masjid.

Bahagian dalaman masjid. 

Lagi bahagian dalaman masjid.

Papan tanda. Kawasan masjid ni agak padat sebenarnya, walaupun papan tanda menunjukkan arah seolah-olah kawasan masjid agak besar.

Ayah saya sempat mengabadikan kenangan di masjid.

Ayah bersama Imam masjid. (kalau tidak salah)

Antara objek yang terdapat di dalam kawasan masjid, beserta dengan penerangan.

Kawasan perkuburan imam masjid. 
Terdapat kubur 2 orang ulama/imam yang menyebarkan ajaran Islam.




Kenangan..nota yang dilekatkan di cermin hadapan bas rombongan kami.

Sebelum bertolak menuju ke stesen keretapi, ibu sempat bergambar di hadapan pintu masuk utama Masjid Niujie yang tidak dibuka kepada umum. 

3.25pm - Rombongan kami bergerak menuju ke Stesen Keretapi Selatan Beijing.

3.47pm - Tiba di Stesen Keretapi Selatan Beijing. Di sini, kami akan menaiki keretapi laju menuju ke Shanghai, destinasi seterusnya dalam percutian kami di China ini.

Tiket keretapi laju.

Rombongan kami sibuk memunggah dan mengemas barang sebaik sahaja turun daripada bas.

Ketika waktu kami di Beijing, telefon bimbit Nokia N9 baru sahaja dilancarkan di seluruh dunia, termasuklah di China ini.

Gambaran stesen keretapi ini melalui lukisan.

Sekitar dalaman Stesen Keretapi Selatan Beijing.

Kira-kira jam 5.12pm, rombongan kami mula menaiki keretapi.

Saya bersama ibu dan ayah di dalam keretapi.

Bersama peserta rombongan kami yang lain dan Tour Leader, Encik Zul (berjaket hitam). Satu koc keretapi ini dipenuhi oleh peserta rombongan kami.

Air minuman kegemaran saya yang turut boleh didapati di China. 

5.37pm - Keretapi laju mula bertolak dari Stesen Keretapi Selatan Beijing.

Ketika dalam perjalanan. Kelajuan keretapi ketika ini adalah 307 km/h. Sebelum setiap kali keretapi laju ini nak memecut, lampu di dalam koc akan dipadam seketika, saya pun kurang pasti kenapa. Nak jimatkan penggunaan tenaga? 

10.56pm - Rombongan kami akhirnya tiba di Stesen Keretapi Shanghai Hongqiao.

Inilah dia keretapi laju yang kami naiki dari Beijing ke Shanghai.

Sebaik tiba, kami disambut oleh Tourist Guide yang akan bersama kami sepanjang kami berada di Shanghai, iaitu Cik Mary.

Encik Zul berbual-bual dengan Cik Mary, Tourist Guide kami di Shanghai.

11.32pm - Rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke hotel penginapan.

12.05am - Akhirnya kami tiba di tempat penginapan rombongan kami ketika di Shanghai, Hotel Rayfont.

Peserta rombongan menurunkan barang dan bersedia untuk berehat sebelum meneruskan program esok pagi.


Bersambung ke entry berikutnya... Hari Kelima - Selasa (25 Oktober 2011) - Shanghai


4 comments :

Mario said...

apa ni weh...aku hrp sgt korang menang malam tadi...

dayah said...

heyt.. pe kabar rsnya agk lama sy xsinggh blog bhsa japang ni..

bestnya nek bot...tasik tu ada nagax :P

areev19 said...

Mario : errr...lari topic dah nie...xde kene ngene dgn entry nie..lol :)

dayah : heee...trimas sbb datang singgah... ohooo...kalau ade naga pun okay gak :p

Muhammad Khairuddin Lim said...

membaca blog anda....

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan