Tuesday, April 20, 2010

[Tutorial] Memotong lagu format mp3 untuk dijadikan ringtone handphone

[Tutorial] Memotong lagu format mp3 untuk dijadikan ringtone handphone


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, handphone mula menjadi kegunaan dan kebiasaan orang ramai dan bukan lagi asing seperti beberapa tahun sebelumnya. Handphone pada masa itu sudah mula menyediakan aplikasi untuk membuat ringtone monophonic sendiri melalui penggunaan code yang tertentu. Maka timbullah dan kedengaranlah ringtone bermelodikan hindustan, mission imposible, james bond dan lain-lain lagi di kalangan pengguna handphone yang pada masa itu tidaklah seramai sekarang ini.

Selepas era ringtone monophonic, era handphone menggunakan ringtone polyphonic pula muncul. Bunyi ringtone polyphonic lebih menarik dan harmoni malah kebanyakannya menggunakan format midi yang biasanya diedit menggunakan komputer. Tapi era polyphonic tak lama, sebab era 'true tone' atau ringtone yang menggunakan lagu sebenar yang biasanya berformat amr dan mp3 mula mengambil alih. Sampai sekarang, ringtone mp3 bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna handphone. Entah apa pula format ringtone pada masa akan datang. =)

Entry kali ini khas untuk pengguna handphone yang menggunakan ringtone mp3. 

Tutorial bergambar dibawah akan menunjukkan cara-cara memotong lagu berformat mp3 supaya menjadi pendek dan sesuai untuk dijadikan ringtone mp3. Software yang digunakan ialah mp3trim.



Buka software mp3trim. Pergi pada OPEN.

 
Pilih lagu berformat mp3 yang ingin dipotong.

Lagu yang dipilih akan load ke dalam mp3trim. Anak panah menunjukkan tempat yang perlu diedit untuk memotong lagu, iaitu berapa banyak masa yang ingin dipotong dari permulaan lagu (beginning) : Contoh - 20saat. Perkara sama dilakukan untuk memotong berapa banyak masa yang tidak diperlukan dari belakang lagu (from the end). 

Sebelah time ialah frame, di mana anda boleh memotong lagu pada jarak masa yang lebih pendek, iaitu kurang dari sesaat, untuk mencantikkan lagi pemotongan lagu.

Selepas menetapkan tempoh masa yang ingin dipotong dari permulaan lagu (beginning), anda boleh cuba dengar dengan menekan butang preview seperti ditunjukkan anak panah. Perkara sama boleh dilakukan untuk mendengar preview pemotongan dari bahagian belakang lagu (from the end).

Jikalau sudah berpuas hati, teruskan ke gambar yang seterusnya.

Anak panah menunjukkan option Fade-in dan Fade-out. Anda boleh menggunakan option ini jika anda suka. Fungsinya ialah untuk membuatkan mp3 anda yang dipotong tadi akan kedengaran secara beransur-ansur (Fade-in) dan tamat secara beransur-ansur (Fade-out). 

Lebih baik menggunakan fungsi ini jika tidak mahu membuatkan orang terkejut dengan bunyi ringtone yang kuat dan kedengaran secara tiba-tiba.

A - Menunjukkan durasi lagu mp3 setelah dipotong. 
Contoh : Dipotong 20.08saat dari permulaan, dan 190.01saat dari belakang.

B - Option frame boleh digunakan untuk 'mencantikkan' lagi pemotongan mp3

5 perkara asas yang perlu diketahui :
A - Bahagian yang paling penting untuk menentukan tempoh atau masa yang ingin dipotong dari lagu
B - Klik untuk dengar preview atau testing pemotongan lagu anda
C - Ubah setting Fade-in dan Fade-out jika perlu
D - Tempoh masa lagu mp3 setelah dipotong
E - Saiz file mp3 yang akan dipotong

Setelah selesai dan berpuas hati, pergi kepada menu, dan klik pada SAVE AS, dan beri nama baru untuk file mp3 anda, contohnya Ringtone Janjimu.

Selamat mencuba! :)

3 comments :

Muhamad Saipul bin Fakir said...

tajuk post nak panjang panjang je...hehe:)

Lord Biohazard said...

boo boo~
dah tau.. hehe :p

areev19 said...

cet..komen tak membina sungguh kamu berdua ini. Dah tau abaikan. :P

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan