Friday, April 2, 2010

nuffnang dah marah!

Klik untuk besarkan

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Mungkin dah ramai blogger yang buat entry pasal email dari nuffnang kepada blogger nie. Saya pun turut menerima email 'amaran' tersebut. Seperti yang rakan-rakan blogger tahu, ramai yang melakukan blogwalking sambil mengklik iklan-iklan nuffnang. Shoutbox pula selalunya pasti penuh dengan ayat atau perkataan seperti xpax, dg, mr p. dan sebagainya menunjukkan yang mereka telah mengklik iklan nuffnang tersebut untuk tuan punya blog. Yer, saya juga termasuk golongan ini! LOL.. 



Klik untuk besarkan

Memanglah kalau kita fikirkan, nuffnang tentu mengalami kerugian sekiranya kita sekadar main klik-klik jer iklan tersebut tapi tak membeli atau melanggan produk iklan yang kita klik tu. Nampak macam cara mudah untuk mendapatkan duit kan? Banyak juga blog yang saya kunjungi seolah-olah dibuat untuk 'mendapatkan duit' semata-mata kerana kandungan blog mereka kebanyakannya copy & paste sahaja. Hrmmm...patutkah? Terpulanglah kepada anda untuk menilainya sendiri. 

Contoh iklan nuffnang

Nak teruskan blogwalking sambil mengklik iklan nuffnang? Bagi saya terpulanglah kepada anda semua. Kadang-kadang rasa seronok dan tertarik juga untuk mengklik iklan-iklan tersebut, terutamanya iklan-iklan yang baru. Semuanya bergantung kepada niat masing-masing, kalau anda ikhlas nak melihat iklan tersebut, maka klik lah iklan tersebut. Dan, peringatan untuk rakan blogger dan termasuk saya sendiri, diharapkan rakan blogger janganlah mengunjungi blog orang lain semata-mata untuk mencari iklan nuffnang sahaja, sedangkan entry atau artikel yang ditulis dalam blog tu langsung tak dibaca malah tak dilihat langsung. 


Apa ertinya sesebuah blog tu wujud kalau orang yang datang berkunjung bukannya nak membaca artikel atau entry yang ditulis (tak kiralah menarik ke tak), tetapi sekadar nak mencari iklan untuk diklik. Kan macam dah lari tujuan sebenar berblog tu. Betul tak?


Oh yer, macam mana pula dengan Dapatwang, JutawanKlik, Catcheye dan sebagainya yang memang mengharapkan orang untuk klik bagi menjana pendapatan? Rasanya yang ini anda semua tak perlu risau, kalau jumpa iklan-iklan ini di blog rakan blogger, maka dengan sukacita lah kita tolong klik untuk tuan punya blog ye? Insyaallah saya juga akan klik pada iklan-iklan sedemikian yang terdapat pada blog rakan blogger.

Kalau anda setuju dengan saya, rajin-rajinlah klik iklan JutawanKlik saya yang di bawah followers tu setiap hari yer? Terima Kasih =)


P/S : saya dapat perasan yang hari ini kurang orang message di shoutbox seperti biasa iaitu menyatakan mereka klik iklan nuffnang yang terdapat di blog, mungkin sebab risau dengan 'amaran' nuffnang nie kot? 

22 comments :

rossoneri said...

hehe mungkin kot..sbb takut akaun kene gantung...smpat lagi promote iklan jutawan eh..haha

areev19 said...

rossoneri : he he he.. tau xpe.. =)

sugar2 kapas strawberry said...

hmmmm rsa blasah la plk ;(

areev19 said...

sugar2 kapas strawberry : nk blasah sape? :P

aimi-san said...

aik~ eden x kna pun... hoho

areev19 said...

aimi-san : kna pe?

Linux said...

aku pun dapat mail ni.. hohoho

aimi-san said...

x dpt pun mail cmtu~

orng baik ni.. hahaha :p

M a W a D D a H said...

wpun main klik2 tapi aku still terpengaruh dengan iklan tue...hehehe..

~kuyam~ said...

mmg la kdg2 klik2 je,tp kalau sy,da klik tu,all those iklan bukan ke salunya menarik?so tba2 ter-main game n ter-join all the contest dr iklan tu..so ok wut..kan? :)

etomyam said...

hahaha..ade ke patut i klik u, u klik i, lepas tu kongsi duit sama-sama earning tu...aku tak terlibat kot pasal aku tader nuff hehehe

jaa sweets said...

hehehehe....mcm terasa plak..
dpt gk e-mel tue~ ;p

eQuRlz said...

lepas ni penuh ngn jutawanklik la plak kt chat box ko..hehehe

kenwooi said...

how come everyone writing about this wan.. and how come i didnt receive such email wan.. =/

Seri Bahasa said...

issshh..mcm promosi aje nie hehehe. kata orang pandai makan pandai la..simpan. janganlah menjolok mata mcm dulu nanti nuff kena gantung.

Aku said...

Hahaha...

Mungkin ada bagusnya sekali-sekala cik nuff kita mengamuk.

Syafiq Kadiran said...

pakcik nuff da marah....
takot giler nak wat lagi...
kang xpsal kene banned tros...
ape xdpt...
rindu dg, mister potato, slurpee...

papabear said...

nuff kata kalau klik sebab interested ngan iklan tu takpe tapi kalau dia tgk kita klik kat iklan yg sama sampai 100 kali, interets apa kebenda kan... hehehehe...

areev19 said...

heeehe..terima kasih kepada semua yg memberi respon =)

ieQa sWetLuv said...

wahh bagusla ade inisiatif lain utk mengklik hihi.. da jd jutawan kene belanje ika tau tau huhu

Yatre Hayati said...

owh kita pown dapat....tape la..baru amaran...hahah

sabree hussin said...

saya dah klik dah jutawan klik anda. eh jutawn klik betul ke ada bayar dekat ahli-ahli dia ni?

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan