Thursday, January 28, 2010

Special Post : Karen Kong

Salamx...utk special post kali ni, aku nk bcerita sket pasal seseorang yang bernama Karen Kong.

Karen Kong

Sape die nie? Karen Kong ialah seorang penyanyi beretnik Cina yang berasal dari Labuan, Malaysia. Pernah menyertai uji bakat Malaysian Idol, tapi tersingkir di pusingan pertama. Karen juga begitu popular di Friendster suatu ketika dulu, sebelum peningkatan mendadak populasi Facebook (termasuklah aku yang dah tak aktif kat FS, tp tersangat aktif kat FB).

Cover album 'Mulakan'

Jadi apa yang buat aku berminat smpai nk buat special post utk Karen Kong nie? Yang membuatkan aku minat ialah, Karen seorang yang sangat fasih berbahasa Melayu, dan pernah merakamkan full album dalam bahasa Melayu, yang bertajuk 'Mulakan' pada tahun 2007.

Video Klip 'Ku Tak Upaya'

Lagu-lagu dalam album nie mmg tak menghampakan, banyak gak lagu yang best! Antara lagu yang aku selalu layan : 'Oh Kekasih', 'Bintang', 'Mulakan', dan 'Ku Tak Upaya'. Lagu 'Na Na Na Nada Cinta' pulak ialah lagu yang paling awal aku dengar, sebab pernah keluar radio dulu. Tapi macam kurang mendapat sambutan jer, adakah sebab die bukan penyanyi Melayu yang menyanyikan lagu Melayu? Hrmmm....


(Lagu 'Na Na Na Nada Cinta' nie sebenarnya lagu yg diadaptasi dari lagu Jepun bertajuk La La La Love Song yang dinyanyikan oleh Toshinobu Kubota feat. Naomi Campbell, OST dorama Long Vacation)

Mungkin sbb tak begitu mndapat smbutan dengan full album yg berbahasa Melayu, sekarang Karen cuma buat album terbaru dalam bahasa Mandarin. Alahai...

Walau bagaimanapun album 'Mulakan' memang berbaloi utk dilayan, ntah ade jual lagi ke tak dkat kdai-kdai CD?


INFO :

3 comments :

armybrat5311 said...

to me her voice is really good.superb good to say. it just a shame that all of her song from album "Kembali" or should i say the lyric more to "tangkap leleh" which am not a fan of lyric like this.

hope she will get more good lyric for her album in future.

areev19 said...

Album Kembali? which one eh? I thought she only have 1 album in Malay..

MuNsYi^SaMa said...

i know that lalalala love song by Toshinobu Kubota.

It's good thing she try to come up with malay album. Good job

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan