Thursday, December 3, 2009

Tamat Sem 7 & Review (500) Days of Summer, 2012 & New Moon

Salamx...

Pada tanggal 19 November 2009 yang lalu, berakhirlah sudah peperiksaan terakhir ku sebagai Undergrad di Universiti Malaya (UM is ONE!). Peperiksaan kertas Teknologi Bioproses yang pernah menjadi penamat peperiksaan yang mendukacitakan bagi SEM 5 yang lalu (pepaham la ye). Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian Undergrad ku di Universiti tercinta ini. Sekejap je dah hampir 5 tahun aku menjadi warga UM (sejak PASUM 05/06).



Perasaan sedih memang menyelubungi pemergian ku pulang pada 22 November 2009 (apsal feelink lebeyh nieh). 

Semoga semua kenangan terindah yang pernah diukir bersama kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali diri ini akan kekal dalam ingatanku (ayat nak mcm novel :D).


Okeh, trus kpd review filem seperti yang tertera pada title.

Semasa minggu 'study week', di dalam kebosanan 'gap' peperiksaan aku yg agak lama iaitu 9 hari, aku telah menonton filem (500) Days of Summer. Cite ni baru je aku download time tu. Walaupun bnyk lagi koleksi2 filem yg aku dah lama download, tapi aku memilih utk menonton filem ni memandangkan rating yg agak tinggi diberikan IMDb (The Internet Movie Database).

Boy meets girl. Boy falls in love. Girl doesn't.
This is not a love story. This is a story about love.

Filem ni merupakan sebuah filem komedi romantik. Mengisahkan ttg Tom Hansen yg jatuh hati pada Summer Finn, seorang pembantu baru kepada bos beliau. Perhubungan mereka semakin lama semakin rapat, tapi Summer merupakan seorang yg tidak percayakan 'cinta' dan tidak inginkan seorang 'boyfriend'. Walaupun mereka sangat rapat dan berkelakuan seperti 'pasangan' yg sedang bercinta, Summer sering mengingatkan yg dia tidak mahukan hubungan yg 'serius' dgn Tom, dan dia lebih selesa dgn keadaan tersebut. Manakala Tom terlalulah cintakan Summer dan mengharapkan 'status yg sebenar'.

Kisah ini berlegar-legar sepanjang 500 hari Tom mengenali Summer yg merupakan tajuk filem ini. (Mula2 aku ingatkan 500 hari musim panas,pelik gak tuh..hahaha). Akhirnya hubungan mereka renggang juga. Dan tiba2 Tom mendapat tahu yg Summer telah berkahwin. Walaupun tak percaya akan 'cinta' tapi tiba2 pulak Summer dah berkahwin dengan seorang lelaki yg 'dicintainya', dan org tu bukan lah Tom yg beriya2 menyintai Summer. Kejam tak? Not a happy ending?

Di penghujung cerita, ditemukan Tom dgn seorang gadis yg bernama Autumn semasa pg interview kerja. Banyak persamaan antara Tom dan Autumn, dan bermula lah 'musim yg baru' utk Tom. Untuk lebih menghayati filem ni, apa kata anda tonton sndiri filem ini!

Rating :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Logik : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3/5
Tahap G-Wunk : 4/5
Tahap Sedih : 4/5
Keseluruhan : 4.5/5

Sumber :


Sebelum aku pulang ke rumah, pada malam 20November2009 yang lalu aku telah pergi menonton filem '2012' bersama sorang kwn (Thanx sgt19 sbb sudi tman aku yg kebosanan di blik). Di atas sebab2 filem ini yang terlalu popular ditambah pulak dengan musim "student habis exam & cuti sekolah", maka teramatlah susah nk mendapatkan tiket, walaupun dah seminggu lebih kluar di pawagam. Tapi nasib baik pada hari tu aku smpat booked tiket menggunakan EasyAccess. Tapi dlm 30 minit selepas aku booked tiket, bila aku try book lg skali, dah full! huuuh...kuat sgt ke impak cite nieh? ape yg best?


"WE WERE WARNED!"
Hoh..salah satu tagline die mmg xley blah..ok lah..aku x reti bercerita pnjg. Biarlah aku cite sipnosis pendek ttg filem ni buat sesiapa yg belum tgk lagi.

Filem ni bermula dengan sorang saintis di India pada tahun 2009 yg telah mengesan kesan teruk yg berlaku kepada Bumi akibat daripada aktiviti 'solar flare' di Matahari. Kesan ini menyebabkan peningkatan suhu secara mendadak di bahagian dalam teras Bumi. Dipendekkan cerita, setelah diketahui Presiden US dan beberapa ketua negara besar yg lain, masing2 negara mempersiapkan diri utk menyelamatkan rakyat mereka demi kemandirian spesies manusia (ayat buku teks sains skolah rendah).

Filem mengetengahkan Jackson Curtis, seorang penulis buku yg tak brapa berjaya yg mengetahui kebenaran mengenai nasib yg bakal menimpa Bumi bertindak utk menyelamatkan keluarganya. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi oleh mereka sekeluarga sehingga akhirnya berjaya jugak menyelamatkan diri dengan masuk secara haram ke dalam 'Ark' atau bahtera besar yg canggih gila yg terletak di China. Tujuan ark ni dibina sebenarnya utk menyelamatkan mereka semua yg mampu membayar 1 billion Euro daripada ancaman Tsunami besar yg bakal terjadi hasil daripada pergerakan plat Bumi. Tapi logik ke ade beratus ribu yg jd penumpang kapal tu, takkan semua mampu bayar 1 billion Euro stiap sorang? ramai btul billionair kat dlm dunia nie? (takyah la nk kritik, nama pun cite, nk pcaya watpe).

Orang sebelum tgk cite nie mesti tertanya-tanya mcm mane filem ni akan menggambarkan pengakhiran dunia ini. Tapi filem nie bukan ttg pengakiran dunia (kiamat), sbb kalau kiamat mana boleh ada org selamat! Tapi filem ni ada menunjukkan ttg pemulaan dunia yg baru selepas kejadian2 yg digambarkan sepanjang filem ni. Sekurang2nya filem ini boleh membuatkan kite gerun dengan kejadian2 kemusnahan Bumi yg digambarkan dalam filem ini walaupun kiamat sebenar hanya ALLAH S.W.T. sahaja yg mengetahui keadaannya.

Filem ni 2 jam 30++ minit (tapi aku akui yg tak bosan sepanjang filem ni walaupun tempoh durasi yg agak lama)

Rating :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Logik : 2/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 3/5
Tahap G-Wunk : 1/5
Tahap Sedih : 1/5
Keseluruhan : 4/5

Sumber :

Pada 30November2009 yang lalu, aku, Anas dan Ikhwan telah pergi menonton New Moon di Taiping Sentral. Walaupun telah mendapat & mendengar pendapat negatif & positif mereka2 yg telah pergi menonton filem nie, aku ttp teringin nk pg tgk sndiri memandangkan aku pernah tgk Twilight kat pawagam dulu (aku x baca novel die). Aku tak la excited sgt nk tgk cite ni, saje nk mengisi masa lapang di rumah (lapank la sgt!).

Filem 'New Moon' yg merupakan sekuel kepada filem Twilight merupakan sebuah cerita tentang kisah cinta manusia dan pontianak. Dlm filem ni, selama hampir 2 jam, berputar2 di sebalik kisah cinta ni.

Di awal cerita menunjukkan Bella yg beriya2 nk jadi pontianak sbb nk hidup bersama Edward utk selama-lamanya. Kisah bermula bila Edward membuat keputusan utk meninggalkan Bella kerana mengikut kluarga Cullen berpindah dari tempat mereka tinggal. Bella yg terlalu kecewa seolah-olah tak dapat menerima knyataan dan menyedari yg setiap kali die berdepan dgn keadaan "berbahaya", bayangan Edward akan 'muncul' utk memberikan nasihat. Disebabkan 'terlalu' nk tgk Edward, maka Bella melakukan pelbagai perkara berbahaya semata2 utk melepaskan rindu nya utk menatap wajah Edward. Dlm pada itu, muncul watak Jacob yg betul2 suka kan Bella. Kalau Edward ni Pontianak (Vampire), Jacob ni pulak 'Werewolf' (Apabila manusia biasa menjadi rebutan Vampire dgn Werewolf, hahahahah).

Jadi, apakah kesudahan kisah cinta 3 segi ini? Kalau anda seorang peminat kisah CINTA. Maka tentu seronok menonton filem ni. Sbb filem ni bagi aku sangat lah 'gwunk'.. Jalan cerita nye sederhana je, cuma mungkin penuh adegan romantis dan ayat2 gwunk Edward Cullen yg mungkin akan diingati oleh setiap penonton wanita(hehehe).

Rating :

Tahap Mengantuk : 3.5/5
Tahap Keterujaan : 3.5/5
Tahap Jalan Cerita : 3/5
Tahap Logik : 0/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 1/5
Tahap G-Wunk : 5/5
Tahap Sedih : 3.5/5
Keseluruhan : 3/5

Sumber :

Sekian dahulu review utk kali ini.. =)

5 comments :

ida asro said...

cte um ko tu, aku pon touching bace..um byk kenangan and aku pon knal ko kat um..we had so much memories there kan? frens 4eva k!

aku tertarek utk tgk (500) days of summer tu..mcm interesting je review ko buat..will be watching it soooon!

2012:terlalu byk bnde yg bole diargue dlm cte ni but still it was a great movie! salute!

new moon: im a die hard fan of twilight saga ok..tu cukop menggambarkan tahap excited aku thdp nye..going to watch it again luse! :D

p/s: lame nye aku x tabur komen kat blog ko...~

areev19 said...

huuu...thanx ida.. fren 4eva =)

yea...wajib tgk kot cte (500) Days of Summer tu.. hehee

2012 mmg bnyk boleh argue. tp name pon cite, tp cm ko kte, still it was a great movie. :)

New Moon : konpem ko da hafal ayat2 Edward tu kan? :P

p/s : trimas sbb menjadi pembaca setia blog aku yg x sberapa nie :)

Lord Biohazard said...

new moon ko bg 3????!!!! aku bg 2 je

areev19 said...

hoh...2 tu kejam sgt kot..boley la kot layan sket2..

HanaCraxie said...

dah tngok 500 days of Summer tu.. geram je kat pompuan Summer tu..at last die jatuh cinta jgk.. tp laki tu kesian je tngok ms die kat taman yg nmpak pemandangan bangunan tu..

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan