Hari Ketiga : Isnin (29 Ogos 2016) : Osaka Bay Area - Kyoto
Hari ketiga di bumi Jepun.
Pada hari ini, kami akan menuju ke
Osaka Bay Area dan kemudiannya pergi ke bandar
Kyoto yang terletak kira-kira sejam lebih perjalanan menaiki
train/subway dari
Osaka.
Disebabkan pagi tersebut hari hujan, maka kami keluar lambat dari hotel untuk ke destinasi kami pada pagi itu, iaitu ke Osaka Bay Area. Pada hari ini juga kami perlu
check out dari hotel sebelum waktu akhir, iaitu pada jam 11.00am.
Tips : Hotel-hotel atau tempat penginapan di Jepun biasanya mempunyai waktu
check in bermula dari jam 2.00pm, manakala waktu akhir untuk
check out pula biasanya pada jam 11.00am.
Oleh kerana tidak mahu mengusung
luggage kami ke Osaka Bay Area, maka kami meninggalkan
semua
luggage dan barang-barang di tempat menyimpan
luggage yang disediakan di lobi hotel. Biasanya pihak hotel tidak mengenakan cas tambahan untuk menyimpan
luggage kalau anda memang pelanggan hotel tersebut, sama ada menunggu masa untuk
check in atau pun sudah
check out.
10.43am - Kami meninggalkan luggage di lobi hotel.
Selepas
check out hotel dan bersarapan, kami pun bergerak keluar dari hotel walaupun keadaan masih hujan kerana tidak mahu membuang lebih banyak masa. Kalau ikut plan, jam 9.00am dah mesti bergerak ke lokasi yang ditujui.