*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;
*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Pada 28 sehingga 31 Mei 2014 yang lalu, saya telah diberikan kepercayaan oleh pihak
Poto Travel & Tours untuk menjadi
Tour Leader bagi pakej percutian 'Ala Santai' 4 hari 3 malam ke
Bali, Indonesia. Rombongan kami dari Malaysia terdiri daripada 27 orang termasuk saya.
***Sebarang maklumat terkini mengenai harga atau pakej percutian yang lain, sila rujuk terus ke laman web rasmi Poto Travel & Tours di
SINI.
Hari Pertama : Rabu (28 Mei 2014) - KLIA2 - Ngurah Rai International Airport - Uluwatu - Kuta
Saya tiba di Balai Pelepasan
KLIA2 seawal jam 4.40am. Walaupun waktu berlepas untuk pakej ini adalah pada jam 9.20am, tapi peserta diminta untuk berkumpul 3 jam sebelum waktu berlepas, iaitu pada jam 6.20am untuk urusan
group check in yang diuruskan oleh saya dan wakil dari pihak Poto Travel. Cik Fiena merupakan wakil dari Poto Travel yang membantu saya ketika urusan di KLIA2.
Rombongan kami menaiki pesawat Malindo Air, OD 0306.
Ini adalah kali pertama saya datang ke KLIA2 dan saya akui ianya jauh lebih baik daripada terminal kos rendah yang sebelum ini berpusat di
Terminal LCC. Walaubagaimanapun, jarak ke pintu berlepas adalah agak jauh daripada kaunter imigresen/kastam.
Untuk rombongan saya yang perlu bergerak ke Gate L16, jarak berjalan ke sana adalah lebih kurang 10 minit. Cuma terdapat 1
eskalator pejalan kaki yang agak pendek. Jadi sekiranya anda akan menggunakan KLIA2, saya cadangkan anda supaya bergerak ke pintu berlepas dengan lebih awal.
Kapal terbang yang membawa rombongan kami berlepas dari KLIA2 pada kira-kira jam 9.40am.
Malindo Air merupakan syarikat kapal terbang tambang murah yang menyediakan perkhidmatan hampir sama dengan
Air Asia.
Earphone/headphone untuk kegunaan di dalam kapal terbang adalah tidak diberikan secara percuma dan perlu disewa dengan harga RM15 kalau tidak silap saya. Manakala anda cuma diberikan biskut dan air mineral. Jika anda ingin membeli makanan, anda boleh beli terus dari dalam kapal terbang itu sendiri atau pun memesan atau
order ketika membeli tiket secara
online.
Pihak Poto Travel bagaimanapun telah memesan makanan untuk semua peserta rombongan kami.