Saturday, 3 September 2022

[Review] Ultraman (anime) - Original Netflix Anime

[Review] Ultraman (anime) - Original Netflix Anime

Dah lama aku tak tonton anime, dan aku bukannya peminat anime sebab tak nak 'terikat' kena tengok episodnya yang berpuluh-puluh malah ratusan episod. Anime terakhir yang aku tengok sampai habis adalah Slam Dunk, masa zaman sekolah dulu.

Bebaru ni aku habis tonton siri anime Ultraman kat Netflix. Ada 2 season, season 1 ada 13 episod, season 2 ada 6 episod. Memula aku tengok poster dia, terdetik juga ape benda la Ultraman tapi 'saiz' manusia biasa, pastu macam pakai suit Iron Man pula. Tapi lepas cuba tonton episod 1 siri anime Ultraman ni, rasa best pula. Penghujung setiap episod pula macam 'tergantung', yang berjaya menarik aku untuk tekan butang 'Next Episode' untuk sambung tonton episod seterusnya. Sedar tak sedar dah 3-4 episod sekali tonton. Satu episod pula sekitar 21-24 minit je. 

Watak utama dalam siri anime Ultraman ni adalah Shinjiro Hayata, iaitu anak kepada Shin Hayata, yang merupakan Ultraman 'original' yang mula-mula sirinya ditayangkan sekitar tahun 1960an dulu. Kiranya anime ni adalah sekuel atau sambungan kepada siri Ultraman, selepas beberapa dekad. Tapi ianya diterjemahkan dalam versi anime dan bukan orang betul. Yang sebenarnya anime ni pun diadaptasi dari manga.

Kenapa anime Ultraman ni macam pakai suit Iron Man? Haa, memang suit Ultraman ni dicipta oleh manusia, oleh SSSP, agensi yang lawan raksasa dengan Ultraman tu la, yang ada jet pejuang dan heroin dia tu. Dalam siri anime ni, Ultraman akan berjuang melawan makhluk asing yang sebenarnya sudah berdekad lamanya hidup di kalangan manusia, tapi dalam bentuk penyamaran. Ada masanya mereka akan keluar membuat onar dalam bentuk asal dan bukan penyamaran, tapi mereka dihapuskan secara rahsia tanpa pengetahuan awam oleh pihak SSSP. 

Okaylah, taknak tulis panjang. Nak tahu best ke tak kena la tengok sendiri. Sedikit spoiler, bukan satu, tapi kesemuanya akan ada ENAM Ultraman yang muncul satu per satu di sepanjang 2 season anime ni. Ultraman, Seven, Ace, Jack, Taro, dan Zoffy (mengikut turutan).


Rating :

Plot : ⭐️⭐️⭐️⭐️

Grafik : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Watak : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

OST : ⭐️⭐️⭐️⭐️


Kesimpulannya, aku bagi 4.5/5⭐️.

Friday, 2 September 2022

[Review] Muzium Negara, Kuala Lumpur

Dah lama nak pergi, dan akhirnya berkesempatan singgah beberapa minggu yang lalu. Kami cuma masuk ke bangunan utama muzium je. Kalau ikutkan ada lagi Muzium Orang Asli dan dewan pameran lain seperti pameran Dunia Naga yang sedang berlangsung di sana pada waktu itu.

Harga tiket cuma RM2 bagi dewasa (murah gaiss!!), dan percuma bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Di bangunan utama Muzium Negara ni terdapat 4 ruang dewan atau galeri, yang dibahagikan mengikut zaman. Bermula dari sejarah Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, kerajaan awal di Tanah Melayu, zaman sebelum Merdeka, zaman selepas Merdeka, dan zaman sekarang, iaitu memaparkan antara kejayaan-kejayaan Malaysia di mata dunia. 









Kalau anda bukan jenis membaca dan mengamati setiap barang pameran, mungkin boleh habis pusing muzium ni kurang dari 30 minit. Tapi lebih baik luangkan sedikit masa membaca sejarah yang informasi yang disediakan. 

Terdapat kawasan parkir kenderaan yang luas di sini, jadi rasanya tak timbul isu susah dapatkan parkir. Tapi anda perlu gunakan kad Touch 'n' Go, dan tiket parkir tidak disediakan. Sekarang dah zaman cashless (tanpa duit tunai). Jangan risau, kaunter untuk tambah nilai ada di sini. 

Terdapat Stesen MRT Muzium Negara kalau anda nak datang ke sini dengan MRT. Jadi agak mudah juga nak datang sini. Terdapat gerai jualan dan restoran kalau anda nak hilangkan rasa lapar selepas mengkaji sejarah. 

Kesimpulannya, saya recommend dan galakkan anda semua pergi ke Muzium Negara, dan hargailah sejarah negara kita.



Penunggang Penipu 5 Sen

Ruangan 'Review' pun dah jadi tempat penunggang menipu sistem untuk dapat 5 sen.  Barang yang dibeli bean bag, gambar dan video yang diupload langsung tak ada kena mengena. Upload gambar kuih, gambar serbuk cili, video kucing, semata-mata nak bagi cukup ‘kuota’ gambar dan video kat ruangan review sebab nak dapat 5 sen. 

Halal ke dapat 5 sen dengan cara menipu? Bukan babi je yang haram dalam dunia ni. 

Mengecewakan betul bila kita nak survey sesuatu produk, tapi bila baca kat bahagian review, penuh dengan penipu-penipu 5 sen ni. Berapa kerat je yang betul-betul tulis review berkenaan kualiti produk yang dibeli dan diterima. 

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile