Assalamualaikum W.B.T.
Dengan ini saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan blogger yang rajin datang membaca entry dan mengklik iklan nuffnang sepanjang minggu lepas kerana tidak dapat membalas semula kunjungan anda semua.
Hal ini kerana saya telah pergi ke Kuala Lumpur & Shah Alam sejak Rabu (24/4/2010) hinggalah hari ini, Isnin (29/3/2010). Bukan tak dapat online langsung, tapi saya sedikit sibuk dan tak dapat nak buat blogwalking dan melawat semula blog anda semua.
Kenapa saya pergi ke Kuala Lumpur & Shah Alam? Sebenarnya ada beberapa urusan peribadi yang perlu diselesaikan, dan disamping itu saya berkesempatan menonton dan memberi sokongan kepada rakan-rakan di Kolej Kediaman Keempat (Bestari), Universiti Malaya yang menyertai pertandingan Akustik dan Pop Band di Festival Seni Universiti Malaya (FESENI '10) pada hari Rabu dan Jumaat lepas. Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya mendapat tempat kedua (Akustik) dan johan (Pop Band) dalam pertandingan tersebut. Insyaallah pada entry akan datang saya akan sediakan artikel khas tentang kejayaan gilang-gemilang mereka ini!
Oh yeah, pada hari Sabtu dan Ahad lepas juga, saya telah berkesempatan menyertai Pertandingan Winning Eleven 2010 (PS3) di Laman Budaya,Taman Tasik Shah Alam yang diadakan bersempena dengan pertandingan memancing yang diadakan di sana. Ia merupakan pertandingan pertama yang saya sertai setakat ini. Walaupun tak berjaya memenangi apa-apa, saya tetap berpuas hati kerana berjaya memasuki Knockout Stage pada hari Ahad, sebagai Juara dan Naib Juara kumpulan pada percubaan pertama saya ini. Apatah lagi platform yang sering saya bermain ialah di PC manakala pada pertandingan tersebut menggunakan platform Playstation 3 (PS3). Harap-harap pengalaman ini dapat saya gunakan pada pertandingan akan datang, Insyaallah.
Sekian untuk kali ini, rajin-rajin lah melawat blog ini yer? =)
Monday, 29 March 2010
Wednesday, 24 March 2010
Tuesday, 23 March 2010
Beautiful Blogger Award!
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself .
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Cik Dieabella, Cik Khadijah Zek, Cik cheetahg92, Cik Sheqa, Cik Nardnerd, Cik Ema, Cik Nabilah dan Encik Aku kerana telah memberi award ini. Terharunye sebab 7 gadis telah memberi award ini. =)
2. Errmm...Nak bagi award nie kat semua blogger yang berkunjung ke sini boleh? Anda memang fantastik sebab sudi melawat blog tak seberapa biru nie.. =)
3. NAH Award kat anda semua! Anda dah menang award Beautiful Blogger dari areev19 =)
4. Lebih kurang je dengan award tag yang saya buat sebelum ini. Boleh check SINI. Tapi takpelah, saya jawab juga lagi 7 nie.
a) Suka warna biru
b) Suka nombor 19
c) Single
d) Sedang belajar bahasa Jepun (dah banyak kali tangguh nie..haizzz)
e) Menggunakan nombor Hotlink 012-530**** sejak 2003 hingga kinI
f) Minat Chelsea FC
g) Selalu berguling-guling kat blog rakan blogger sambil tengok dan baca artikel baru
Dah cukup 7. Terima kasih sebab sudi baca =)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)



