Tuesday, 9 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 2) : Kansai International Airport ke Nara (Guesthouse Nara Komachi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Setibanya kami di Kansai International Airport, kami berehat sekejap dan mengisi perut. Seterusnya kami bergerak menuju ke hotel penginapan kami yang terletak di Bandar Nara, yang memakan masa kira-kira sejam setengah perjalanan. 

Walaupun saya telah menyiapkan itinerary perjalanan lengkap termasuk dengan maklumat train apa yang perlu dinaiki, apabila tiba di Jepun, saya lebih suka menggunakan Google untuk mendapatkan maklumat pengangkutan yang lebih tepat dan terkini mengikut masa.

Tips : Pergi pada bahagian Search di Google, taip sahaja lokasi yang ingin anda pergi, contohnya "kansai airport to nara station". Boleh rujuk video di bawah ;


Ini adalah hasil carian untuk perjalanan kami dari Kansai International Airport ke stesen train yang berada berdekatan dengan hotel penginapan kami di Bandar Nara.

Kansai-Airport Station ini adalah merupakan stesen train utama bagi Kansai International Airport, dan ianya dihubungkan dengan jambatan dari Terminal 1 di Kansai International Airport. 

Saya memilih untuk menaiki train jenis HARUKA, yang merupakan keretapi laju, cuma ianya taklah selaju shinkansen. Sebab utamanya adalah kerana train HARUKA ini adalah versi Hello Kitty. Sebenarnya boleh je nak naik local train, harga tiketnya lebih murah, tapi perjalanannya juga ambil masa sedikit lebih lama. Apa-apa pun pilihan masing-masing kan?


Pastikan anda beratur di barisan yang betul, iaitu mesin yang menjual tiket train HARUKA. Kerana terdapat banyak mesin menjual tiket train di sini. Kalau tak pasti, boleh tanya staf di stesen. Atau lebih mudah, beli sahaja dari kaunter secara manual.

Tuesday, 2 January 2024

I Love Taiping

Tahukah anda, papan tanda "I ❤️ Taiping" ni selain terdapat di Taman Tasik Taiping, ia juga boleh ditemui di Medan Selera belakang Balai Bomba Taiping, lokasi terdapatnya makanan wajib cuba sekiranya datang ke Taiping, iaitu Yong Tau Foo.

Monday, 1 January 2024

Cipta logo menggunakan AI

Petang tadi saya cuba mencipta logo untuk akaun instagram @phoneographymy yang tak pernah ditukar profile picturenya sejak diwujudkan pada tahun 2017 yang lalu. 

Nak buat sendiri, memang tangan tak berseni sangat, jadi saya gunakan AI dari Bing Image Creator untuk ciptakan logo. Setelah mencuba 'prompt' yang berbeza berkali-kali, akhirnya saya dapat logo ini yang saya rasakan sangat menarik! 

Ada bendera Malaysia, ada Harimau Malaya, dan ❤️ di penjuru atas sebelah kanan. Bentuk logonya pula petak, inspirasi dari logo Instagram. Bagi saya memang cukup sempurna dan kena dengan cita rasa saya.

Hebat kan apa yang AI (Artifical Intelligence) boleh lakukan untuk kita? Dan juga sebenarnya sedikit menakutkan sebab tak terfikir apa lagi yang AI ni boleh lakukan di masa akan datang.


*Artikel asal ditulis di FB Areev Izat pada 27 Oktober 2023.

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile