Wednesday, 7 September 2022

[Yong Tau Foo, Taiping]

Bila tiba hujung minggu, mesti ramai yang nak datang Taiping untuk bercuti kan? Kat Taiping ni ada banyak makanan yang sedap dan lejendari, dan salah satunya adalah Yong Tau Foo yang boleh didapati di medan selera di sebelah Balai Bomba di tengah pekan Taiping ni. Ada deretan gerai menjual Yong Tau Foo di medan selera ini.

Gerai Yong Tau Foo paling lejen yang menjadi pilihan atau yang biasanya saya akan recommend kat kawan-kawan adalah gerai yang warna kuning ni. Kalau dari arah Hotel Novotel, ianya gerai Yong Tau Foo yang kedua/ketiga. 

Serbuk untuk buat kuah Yong Tau Foo ini juga ada dijual kat kaunter bayaran. Haa, apa lagi, kalau datang Taiping jangan lupa singgah makan kat sini.

[Review] Afternoon Tea @ Barbie Cafe, Grand Hyatt Kuala Lumpur

[Review] Afternoon Tea @ Barbie Cafe, Grand Hyatt Kuala Lumpur

Afternoon Tea @ Barbie Cafe ini disertakan dalam pakej Made In Malibu, Barbie Ultimate Staycation. Kalau anda tak nak tidur di hotel, sekadar datang dari luar nak lepak afternoon tea di Barbie Cafe ni pun boleh, tapi perlu booking dahulu, tak boleh walk in. Harga pula mengikut individu. Terdapat 2 sesi afternoon tea di Barbie Cafe ni, iaitu 12pm-2pm dan 2.30pm-4.30pm.









Makanan yang disediakan adalah tetap, tak boleh dipilih, manakala anda boleh membuat pilihan air minuman dari menu online yang anda scan dari QR code. Ada juga ais krim dan chocolate dip yang anda boleh ambil di kaunter. Kalau anda nak makan 'kenyang', maka ini bukanlah destinasi yang wajar, kerana menu makanannya adalah makanan 'ringan' dan manis. Kalau anda nak ber'OOTD' atau nak buat 'content', maka sesuailah kot. 








Ruang dalam cafe taklah besar sangat, dan bagi saya tak 'wow' sangat pun. Pergi kali pertama mungkin okay, tapi nak repeat tu mungkin tak kot?

Keseluruhan, saya bagi 4/5⭐️ sebab cafe ni memang menepati tema Barbie tapi macam ada yang kurang dan tak sempurna.

Tips : Kalau tak dapat habiskan makanan, jangan segan untuk minta bungkus bawa balik. 😬👍





Tuesday, 6 September 2022

[Review] Hotel : Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt, Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

[Review] Hotel : Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt, Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

"This is the best hotel ever!" Itulah ungkapan anak kecil kami ketika berada di hotel ini beberapa hari yang lalu. 

Sempena nak meraikan hari lahir anak perempuan kesayangan kami pada tahun ini yang meminati Barbie, saya dan isteri telah memilih Barbie Ultimate Staycation, iaitu satu pakej yang ditawarkan oleh Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Info Asas :

Tarikh Check In : 30/07/2022

Tarikh Check Out : 31/07/2022

Jenis Bilik/Pakej : Made In Malibu (2 adults, 1 child) - pakej termasuk RM300 dining credit di THIRTY8 Restaurant, RM200 diskaun (bersyarat) di Le Petit, breakfast, dan afternoon tea di Barbie Cafe.

Harga : RM2520/1 malam 

Tempahan terus di laman web barbiestaycation.com


Parkir : ⭐️⭐️⭐️⭐️

Terdapat kawasan parkir basement di hotel ini, dan anda perlu menggunakan kad Touch 'n' Go. Untuk pakej kami, parkir adalah percuma, kami cuma perlu 'validate' kad kami di kaunter check in/out hotel. 


Lobby & Check In : ⭐️⭐️⭐️⭐️

Terdapat 2 lift berbeza di sini, satu daripada kawasan parkir ke tingkat G dan satu lagi daripada tingkat G ke tingkat 38 (tingkat L), Lobby, dan bilik penginapan. Proses check in kami sedikit kurang lancar sebab masa mula-mula sampai kaunter, seorang staf meminta kami tunggu sebentar untuk check in bilik atau pakej kami. Setelah hampir 10 minit kami menunggu, kami cuba bertanya kepada staf lain di kaunter, dan dia kata boleh je check in bilik kami di kaunter check in tersebut. Pulakkk... entah apa dia si Timothy (nama staff yang minta kami tunggu tadi) ni baru kerja ke? Nasib baik staf yang menguruskan urusan check in kami bijak menjaga hati pelanggan, dia minta maaf dan layan kami dengan profesional. 

Info berdekatan lobby di tingkat G.

Lift dari kawasan parkir. Terus je naik ke tingkat L untuk check in.


Salah satu kaunter check in di tingkat L.

Nak beli buat buah tangan atau kenangan?

Ni ha harga dia, RM388.
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile