Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Setelah sekian lama aku tak buat
review filem, akhirnya filem
TF3 telah berjaya mengembalikan
mood aku untuk buat
review filem. Filem nie sememangnya dinanti-nantikan ramai orang, terutamanya para kipas-susah-mati (
die hard fans) siri
Transformers. Buktinya? Pada minggu lepas, iaitu minggu pertama tayangannya, tiket habis ditempah secara
online..Nak beli
walk-in? Memang tak dapat lah ! Tapi aku bernasib baik sebab hingga saat
entry nie ditulis, aku dah tengok 2 kali !! haha !! sila jangan jeles ! =)
Berikut adalah
review Transformers 3 : Dark Of The Moon , hasil daripada
2 kali aku menonton filem tersebut (buat masa ini).
[Review] Transformers 3 : Dark Of The Moon
Sinopsis :
Filem dimulakan dengan penceritaan misi penjelajahan ke Bulan pada tahun 1969 oleh pihak Amerika Syarikat menerusi
Apollo 11 yang mana idea sebenarnya tercetus hasil daripada suatu misi sulit, iaitu bagi menyiasat 'benda' yang terhempas di permukaan bulan pada tahun 1961. Angkasawan menerusi misi tersebut telah menemui kapal angkasa yang sangat besar, namun perkara tersebut telah dirahsiakan kepada umum.
Kapal angkasa tersebut ialah '
Ark', milik Autobots yang dipimpin
Sentinel Prime dan sedang dalam misi membawa dan menyelamatkan suatu teknologi yang dapat membantu mereka membina semula '
Cybertron', iaitu planet yang didiami Autobots dan Decepticon suatu ketika dulu.
Autobots yang diketuai
Optimus Prime kini telah bekerjasama dengan pihak kerajaan Amerika Syarikat selepas kejadian di dalam filem
Transformers 2, bagi menjaga keamanan bumi di samping menghapuskan saki-baki
Decepticon yang berselindung di seluruh dunia. Semasa dalam misi Optimus Prime menjejaki Decepticon di
Chernobyl, mereka telah menemui komponen kapal Autobots yang terhempas di Bulan pada tahun 1961 yang lalu.
Decepticon sebenarnya telah lama menemui kapal angkasa tersebut dan akhirnya berjaya mengumpan Optimus Prime dan rakan-rakan bagi menyelamatkan dan 'menghidupkan' semula Sentinel Prime yang berada dalam kapal '
Ark' tersebut.
Tujuan Decepticon menantikan kemunculan semula Sentinel Prime?
Nak tahu kene la tengok sendiri. Kalau cerita banyak2 pun nanti
spoiler pulak.
Komen :
Mungkin ramai yang kecewa bila
Megan Fox digantikan dengan pelakon baru, iaitu
Rosie Huntington-Whiteley, namun bagi aku, orang datang ke panggung untuk melihat Transformers itu sendiri, dan kesan-kesan efek
CGI nye, bukan nak tengok heroin yang
hot. Jadi bagi aku, aku agak berpuas hati dengan filem nie.
Yeah, aku akui, jalan cerita/plot nye agak kucar-kacir..tapi aku tengok filem nie bukan sebab nak jadi pengkritik filem, aku tengok sebab nak
enjoy..~ Jadi, tengoklah untuk
enjoy, bukan untuk mencari kesalahan dan kelemahan filem nie.. hahaha (agak
bias di situ)
Sekali lagi buat kali ketiga berturut-turut, lagu daripada band
Linkin Park dijadikan lagu tema bagi filem
Transformers. Sebelum ini ialah
'What I've Done' (Transfomers 1), dan
'New Divide' (Transformers 2), dan yang terbaru, '
Iridescent' (Transformers 3). Antara lagu lain yang terdapat dalam OST filem ini ialah '
The Only Hope For Me Is You' (
My Chemical Romance), '
Monster' (
Paramore), 'All That You Are' (
Goo Goo Dolls) dan macam-macam lagi.
Memang
best !
RATING :
Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 5/5
Tahap Jalan Cerita : 3/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4.5/5
Tahap Logik : 0/5
Tahap Lawak : 3.5/5
Tahap G-Wunk : 3.5/5
Tahap Sedih : 3.5/5
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4/5
Tahap Original Soundtrack (OST) : 5/5
Keseluruhan : 9/10
Info :
p/s : 2 kali yang aku tonton kat wayang sebelum nie hanyalah 2D, jadi aku bercadang untuk menonton kali ketiga, tapi yang 3D pulak..ade sape nak join.? =)