Friday, 2 January 2026

[Review] Babah (Netflix) - Hampir sempurna

Kelmarin, kami isi masa malam tahun baharu dengan menonton filem 'Babah' di Netflix. Filem ni memang terbaik, memang layak menang pelbagai anugerah semasa Festival Filem Malaysia tempohari. 

Filem ni menceritakan tentang hubungan seorang ayah (babah) dan anak perempuannya, yang diceritakan melalui lensa dan pemerhatian si ibu. Watak 'Babah' yang dilakonkan oleh Qi Razali, dan watak anak, 'Maya' yang dilakonkan oleh Sweet Qismina memang hidup, natural, dan sangat menyentuh hati. Wajib tengok!

Hampir saya bagi perfect 10/10⭐️, tapi tak dapat nak bagi sebab ending yang sedih 🥲. Sebenarnya saya harap last scene adalah pada babak di majlis kahwin Maya, sebab memang sangat menyentuh hati dan perfect. Tapi rupanya ada sambungan lagi. Tapi, itulah seni filem, takkan semuanya nak ending macam yang penonton suka? 

Dan ada satu lagi perkara yang mengganggu fikiran saya sebagai peminat gadjet adalah kewujudan penggunaan telefon Nokia Communicator 9210 yang digunakan oleh 'Babah', ketika bersembang dengan watak Hazama ketika di pejabat. 

Nokia Communicator 9210

Ketika scene di pejabat itu, Maya masih seorang bayi, iaitu mungkin sekitar tahun 1990? Sebab pada awal filem, ada ditayangkan rakaman video pada Februari 1998, masa tu Maya dah besar pun, mungkin dalam umur 8 tahun. Nokia Communicator 9210 cuma wujud pada tahun 2000 dan dipasaran pada tahun 2001, jadi macam mana Babah boleh pakai Nokia Communicator pada awal 1990an? Ke saya salah tengok?

Saya perasan ada beberapa lagi factual error dari segi tahun dan teknologi dalam filem Babah ni, tapi disebabkan jalan cerita dan lakonan yang memang terbaik dan penuh penghayatan, perkara-perkara pasal teknologi ni mungkin boleh diabaikan.

Apa-apa pun, selain filem animasi Papa Zola yang sekarang masih ditayangkan di pawagam, filem Babah yang kini boleh ditonton di Netflix ni memang satu lagi filem wajib tonton yang mengetengahkan peranan seorang ayah dalam keluarga, yang mungkin selama ini tema yang jarang diketengahkan.

Kesimpulan, korang pergilah tengok Papa Zola dan Babah. 

Saya bagi ;

Babah 9.5⭐️

Papa Zola 9.5⭐️


P/s : Kedua-dua filem pasal ayah dan anak perempuan, mungkin sebab tu saya rasa sangat dekat dan boleh relate dengan diri dan anak sendiri.

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile