Friday 21 November 2014

[Review] "Yang mana lagi best, PES ke FIFA?" (versi PC)


"Yang mana lagi best, PES ke FIFA?" Boleh dikatakan setiap tahun, para gamers akan bertanyakan soalan sedemikian. Dan buat penggemar tegar siri FIFA, pasti mereka akan mengatakan FIFA lebih best. Dan begitu juga sebaliknya buat penggemar siri PES, pasti mereka akan mengatakan PES lebih best.

Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, minat dan populariti terhadap PES semakin merosot dan merudum, yang mana kebanyakan penggemar tegar PES mula beralih ke FIFA. Hal ini kerana kekecewaan terhadap gameplay PES yang semakin teruk dan terdapatnya banyak bugs atau glitches.

Bagaimana pula dengan tahun ini? Sila baca ulasan saya mengenai FIFA15 dan PES2015 pada tahun ini.

Rating saya.

Ulasan :

Grafik (FIFA15 1-0 PES2015) FIFA jaringkan gol pendahuluan !

FIFA15 versi PC mempunyai lebih banyak cutscenes berbanding PES2015, contohnya ketika pemain masuk ke padang dan berdiri menyanyikan lagu. Dalam PES2015 versi PC, kebanyakan cutscenes tidak disertakan, berbanding versi PS4. Dari segi wajah pemain, bagi saya PES2015 lebih detail. Dari segi sponsor atau lesen memaparkan logo dan jersi sebenar, semua sudah sedia maklum akan kekurangan siri PES. Namun jika anda tahu cara mencari dan menggunakan patch, masalah tersebut bukanlah satu alasan.

PES2015 

PES2015 setelah menggunakan patch.

Ketika perlawanan di dalam PES2015

Diego Costa dalam PES2015.

Kelebihan PES2015 adalah mereka memiliki lesen rasmi untuk mode UEFA Champions League, UEFA Europa League, AFC Champions League, dan Copa Libertadores.

FIFA15 

Paparan menu dalam FIFA15

FIFA15


Kelebihan FIFA15 versi PC, terdapat cutscenes sebelum perlawanan, yang mana tiada di dalam PES2015 versi PC pada tahun ini, entah kenapa.

Ketika perlawanan di dalam FIFA15.

Gameplay (FIFA15 1-1 PES2015) PES jaringkan gol penyamaan !

Gameplay menjadi penentu utama bagi sesebuah game, terutamanya apabila terdapat dua game berlainan yang bersaing sesama sendiri dalam genre yang sama. Sejak dari versi PS1, siri PES tidak pernah mengecewakan dan sentiasa menjadi pilihan majoriti pemain game dalam genre bolasepak, khususnya di Asia. Namun sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, siri FIFA ternyata lebih popular dan mula mengambil tempat di hati peminat-peminat siri PES, termasuklah saya sendiri. Gameplay PES yang semakin merosot, ditambah pula dengan pelbagai bugs atau glitches membuatkan peminat PES mula beralih arah dan berhijrah ke FIFA. Namun pada tahun ini, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat beberapa bugs atau glitches pada FIFA15 yang bagi saya sangat menjengkelkan. Antaranya adalah kick off glitch. Pada pendapat peribadi saya, gameplay yang ditawarkan PES2015 ternyata lebih baik dan realistik berbanding FIFA15. Pihak KONAMI akhirnya berjaya menggunakan kelebihan FOX Engine dengan sebaiknya. Mungkin sesuai dengan tagline PES2015 tahun ini, "The Pitch Is Ours".

Kesusahan (FIFA15 1-2 PES2015) PES jaringkan gol lagi !

Pada tahun ini, sangat mudah untuk menjaringkan gol-gol 'mustahil' atau sudut sukar di dalam FIFA15. Gol melalui tendangan percuma dan tendangan sudut juga mudah dilakukan walaupun tanpa latihan keras. Berbeza di dalam PES2015, adalah sukar untuk menjaringkan sesuatu gol, terutamanya jika anda menggunakan cara yang sama seperti di dalam FIFA15. AI (Artificial Inteligence) penjaga gol di dalam PES2015 lebih bijak, responsif dan mempunyai refleks yang hebat berbanding penjaga gol dalam FIFA15. Kalau FIFA15 mengutamakan 'kini semua orang boleh jaringkan gol', PES2015 pula lebih realistik.

Online Mode (FIFA15 2-2 PES2015) FIFA jaringkan gol penyamaan !

Online mode yang ditawarkan kedua-dua game ini lebih kurang sama. FUT (FIFA Ultimate Team) menjadi tarikan utama bagi kebanyakan pemain game FIFA. Pada tahun ini, PES menawarkan mode baru, iaitu myClub yang tidak jauh beza dengan FUT. Mampukah myClub menarik pemain-pemain FUT untuk beralih ke PES?

myClub.

FIFA Ultimate Team.

Kepuasan (FIFA15 2-3 PES2015) PES jaringkan gol kemenangan !

Apabila bercakap tentang kepuasan, yang pastinya bagi saya, gameplay merupakan perkara yang paling penting. Dan pada tahun ini, saya lebih puas bermain PES2015 berbanding FIFA15. Menjaringkan gol di PES2015 lebih sukar berbanding menjaringkan gol di FIFA15, namun kepuasan yang didapati dari gameplay yang menghiburkan dan realistik yang ditawarkan PES2015 berjaya membenamkan rasa kecewa gagal menjaringkan gol. Walau bagaimanapun, saya percaya, PES2015 ini sebenarnya lebih puas dimainkan di platform PS4 kerana ianya dicipta untuk next generation console.


Kesimpulan (Jumlah jaringan akhir) :

FIFA15 2-3 PES2015

The Pitch Is Ours !


Wallpaper :




2 comments :

Unknown said...

NAK TANYA APA BEZA PES 2015 YANG BIASA NGAN PES 2015 ONE DAY EDITED UTK PC PUNYA

areev19 said...

Julfashmer Jumain :

The PES 2015 Day One Edition features exclusive content for the new PES 2015 MyClub mode: this includes 10,000 MyClub game points, 10 recovery items, to improve the fitness of your squad and one randomly picked player from the UEFA team of the year, which is voted by more than 5 million UEFA.com users.

source : http://www.peseditblog.com/2014/08/konami-details-pes-2015-day-one-edition.html

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile