Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Setelah sekian lama menyepi dengan entri-entri yang berkualiti (ceh!), hari ini tetiba rasa nak post entri pasal handphone jenama Nokia yang pernah aku gunakan (mood flashback) sejak 2003 hinggalah ke hari ini. (Nokia fanboi spotted !)
Sebelum itu, ingin aku maklumkan yang hampir separuh entri di blog ini telah kehilangan gambar2 akibat daripada kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Makanya banyak entri yang tiada gambar, cuma ada teks. (Ini semua salah Google + !!)
Kalau anda seorang pengguna Blogger dan Google +, aku nasihatkan supaya jangan delete apa-apa yang terdapat di dalam album gambar -nama blog anda- di akaun Google +, kerana ianya akan turut sama mendelete gambar di blog anda. Untuk keterangan lanjut, anda boleh tanya Pakcik Google.
Berbalik kepada topik dan tujuan asal entri ini.
Apakah telefon bimbit atau handphone pertama yang korang miliki? Tahun bila? Masihkah korang ingat?
Untuk kes aku, aku mula-mula memiliki handphone pada tahun 2003, ketika di tingkatan 4. Ianya hasil pemberian abang aku kerana telah mencapai keputusan yang diingini dalam PMR tahun sebelumnya. (ayat PMR... -____-""). Dan handphone tersebut adalah handphone yang paling legendary dalam sejarah generasi 2000s, iaitu NOKIA 3310.
Nokia 3310/3315 (2003-2004)
NOKIA 3310
NOKIA 3315
*Nokia 3315 adalah versi upgrade dari model Nokia 3310 dengan beberapa penambahan fungsi dan penambahbaikan kepada bugs yang terdapat di model 3310.
Nokia 3310 ini adalah dari generasi moden handphone yang "baling kat anjing, anjing mati" - menunjukkan betapa kuat, kukuh dan teguhnya handphone lejen nie. Aku pernah dengar cerita yang Nokia 3310 nie yang selepas jatuh tangga dari tingkat 2 pun, masih boleh digunakan. Dan juga ada cerita yang basah lencun kena hujan, lepas dikeringkan masih boleh digunakan. Tahan lasak kan?
Permainan 'Snake 2' di Nokia 3310
Nokia 3200 (2004-2004)
Seterusnya pada tahun 2004, setelah mengumpul duit sekolah selama berbulan-bulan, akhirnya aku dapat memiliki handphone yang bagi aku sangat unik dan gempak pada masa itu, iaitu NOKIA 3200.
NOKIA 3200
Nokia 3200 memang unik, dimana korang boleh buat 'cover' handphone secara Do-It-Yourself (DIY) menggunakan 'special cutter' yang diberikan percuma dengan setiap pembelian handphone nie.
Ianya merupakan handphone berkamera dan mempunyai ringtone polyphony dan 'true tone' yang pertama aku miliki. Fungsi paling diingati adalah, korang boleh rakam suara atau apa-apa bunyi menggunakan aplikasi voice recorder dan kemudian jadikan ia sebagai ringtone 'true tone'. Aku pernah rakam lagu dari radio semata-mata ingin jadikan ringtone dengan 'lagu sebenar'. Oh yea, Nokia 3200 ini juga antara handphone terawal yang mempunyai flashlight !
Flashlight !
Tapi agak mendukacitakan, aku cuma sempat bermesra dengan Nokia 3200 yang tersayang nie selama tak sampai 3 bulan, kerana hilang dicuri beberapa hari sebelum aku menduduki SPM. Sedih tahu?! T__T
Next ! Selepas tamat SPM, dengan berkat ihsan kedua ibu bapa dan duit simpanan dalam bank, aku berjaya mendapatkan pengganti Nokia 3200, iaitu NOKIA 3660 atau mungkin lebih glamer dgn nama 'Nokia Penutup Jamban' oleh sesetengah orang.
Nokia 3660
Antara fungsi gempak yang dimiliki Nokia 3660 nie pada masa tu adalah ia dapat merakam video dan memainkan video dalam format 3gp. Oh yea, handphone ini juga adalah perintis kepada gejala gila software atau aplikasi handphone. Menggunakan operasi sistem jenis Symbian Series 60, walaupun default media player dalam handphone ini tidak dapat memainkan lagu berformat mp3, tapi dengan adanya 3rd party application seperti 'Ultra mp3', handphone ini dapat dijadikan mp3 player.
Aplikasi 'Ultra mp3'
Oh yea, Nokia 3660 ini juga antara generasi awal handphone yang mempunyai slot memory card jenis MMC, sekali gus membolehkan banyak video dan mp3 dimuatkan ke dalam handphone !
Kisah aku dan Nokia 3660 terhenti selepas aku menjualkan handphone tersebut kepada coursemate sewaktu di matriks. Dan dengar cite yang handphone nie telah coursemate aku tuh jatuhkan secara tidak sengaja dalam lubang jamban ! Aiyooo...tapi nasib baik masih berfungsi lagi selepas tu.
Nokia 6630 (2005-2006)
Selepas penjualan Nokia 3660, aku telah membeli pula NOKIA 6630, yang rupa bentuknya lebih kurang Nokia 3660, tapi dengan fungsi yang lebih up-to-date pada masa itu, iaitu pada tahun 2005.
Nokia 6630
Antara fungsi menarik pada handphone ini yang menarik perhatian aku adalah ianya mempunyai kamera 1.3 Megapixels dan slot memory card jenis DV-RS-MMC.
Kelebihan utama Nokia 6630 ini adalah ianya handphone 3G pertama yang diperkenalkan oleh Nokia di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia. Bila kata tentang 3G, ramai yang akan ingat 'video call', walaupun sebenarnya 3G secara amnya adalah perkhidmatan atau servis telekomunikasi pantas yang membolehkan video call direalisasikan.
Oleh kerana tidak mempunyai kamera kedua di hadapan, Nokia 6630 memerlukan special deck untuk membolehkan video call 'dua hala' dibuat. Kalau nak buat video call tanpa deck ini masih boleh, cuma kita tak dapat la nak tengok orang yang kita call dan sebaliknya, melainkan menggunakan cermin (LOL!). Handphone yang lebih baru seperti Nokia 6680 dan Nokia N70 seterusnya memiliki kamera kedua untuk video call.
Aku dan Nokia 6630 cuma kekal sehingga penghujung tahun 2006, apabila aku menjualnya (trade in) untuk membeli NOKIA N73, handphone Nokia yang paling gempak pada masa itu. Dan ia juga adalah handphone Nokia paling mahal pernah aku beli setakat ini, iaitu lebih kurang RM1.6k pada masa itu untuk AP Set !
Nokia N73 (2006-sekarang)
Nokia N73
Lihat saja reka bentuknya yang menyerupai kamera jenis point-and-shoot, memang cantik dan menarik lagi da bomb ! Antara sebab aku berminat dengan Nokia N73 ini adalah kerana ia mempunyai kamera 3.2 Megapixels (rata-rata kamera digital pada masa itu mempunyai bilangan megapixels yang lebih kurang), dan speaker untuk handphone ini agak lantang dan jelas. Malah, setelah diupgrade ke firmware Nokia N73 Music Edition, ianya menjadi sangat terbaik dengan fungsi pemain mp3 yang gempak.
Lensa Carl Zeiss Tessar !!
Walaupun Nokia N73 ini kini tidak lagi aku gunakan sebagai handphone seharian, aku masih menggunakannya sebagai alarm clock untuk bangun pagi. Semua fungsi handphone ini masih berfungsi dengan baik walaupun sudah berusia hampir 6 tahun !! Tahan lasak bukan??
Nokia X6 (2010-sekarang)
Setelah melangkah ke alam pekerjaan dan hampir 4 tahun menggunakan N73 dengan setia, aku akhirnya melangkah ke alam touch screen dengan membeli NOKIA X6 (16GB).
Nokia X6 (16GB)
Dengan kamera 5 Megapixels, kualiti gambarnya tidak mengecewakan, melainkan gambar pada waktu malam, yang sedikit kurang memuaskan. Walaupun tidak mempunyai slot memory card, 16GB internal memory sudah cukup untuk dimuatkan dengan pelbagai video dan mp3s. Antara sebab utama aku berminat dengan Nokia X6 nie adalah kerana adanya fungsi GPS. Aplikasi GPS Garmin yang diinstalled sangat banyak membantu aku dalam mencari jalan ke tempat2 baru yang aku tak tahu.
Garmin Mobile XT untuk Nokia X6
Kekurangan utama Nokia X6 adalah, walaupun mempunyai touch screen jenis 'capacitive' yang lebih baik dari jenis 'resistive' seperti yang terdapat dalam model terdahulu seperti Nokia 5800, Nokia X6 kekurangan fungsi multi-touch. Zaman sekarang ni smartphone jenis touch screen biasanya mempunyai teknologi multi-touch.
Setelah setahun menggunakan Nokia X6, tahun lepas aku beralih kepada smartphone Android jenama Samsung dan pertama kali menggunakan handphone yang bukan dari jenama Nokia. Nokia X6 dijadikan handphone kedua aku. Sayang nak jual sebab Nokia X6 ini tetap hebat dan banyak membantu aku dari segi GPS.
Akhir sekali, aku akui yang handphone jenama Nokia tetap paling kukuh, teguh, dan mempunyai operating system yang lebih stabil berbanding Samsung (Android). Jadi mungkinkah satu hari nanti aku akan beralih kembali ke jenama Nokia? Nokia Lumia? Nokia PureView? Mungkinkah? Oh, mungkin aku memang fanboi Nokia atau Nokiafag yang sejati. LOL!
p/s : iPhone? aku tak berminat. iPad mungkin aku berminat. Sebab iPhone mahal sangat dan macam tak berbaloi kalau nak dibandingkan pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh smartphone jenis Android. Aku mengutamakan fungsi berbanding rupa ! Ecehhh...
1 comment :
Committed to Nokia...but using Ssmsung. nice
Post a Comment