Friday 17 December 2010

[Tutorial] Jom jadikan profile FB baru sesuatu yang menyeronokkan..erk?

[Tutorial] Jom jadikan profile FB baru sesuatu yang menyeronokkan..erk?


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Semalam time aku borink di waktu malam, aku pun melawat la blog2 yang terdapat dlm blog list aku nie..skali terjumpe artikel nie di blog Mr. Piratz..Kat situ die ade ajar 2 langkah utk cantikkan profile page baru Facebook korang. Satu cara ialah dengan menggunakan photoshop, dan satu lagi menggunakan website.

Seperti yang korang semua tahu, Facebook (FB) baru je menaiktaraf profile page kepada yang baru..Ramai jugak yang tak puas hati dan nak tukar balik ke profile page yang lama. Aku sendiri baru terase nk tukar ke profile page baru nie tadi. Bukan ape, walaupun kite tak suka dengan sesuatu yg baru, hakikatnye kite kene terima perubahan. Takkan la nak berada di takuk yg lama kan? Tetambah bile ade care yang boleh korang guna utk ceriakan atau gunakan kelebihan yang ada pada profile page baru FB nie. Tak gitu??

Ape bestnye profile page FB yang baru nie? Korang boleh edit gambar menjadi hasil seni! errk...seni ker? Well, bergantung kepada kreativiti masing-masing. Orang pertama yang dipercayai menjadikan profile page FB nie sbg tempat karya seni ialah Alexandre Oudin.

Profile page Alexandre Oudin

Amacam, menarik tak?

Jom tengok profile page yg aku baru edit tadi..

Profile page aku - bLue iS tHe coLouR

Nie lah hasil percubaan pertama yang aku buat menggunakan website. Aplikasi yang aku gunakan ialah MS Paint, Microsoft Office Picture Manager, dan website Lunapic. Haha..simple kan? 

Kalau korang reti gune photoshop, maka korang boleh rujuk tutorial dari blog Mr. Piratz di SINI.

Kalau korang tak reti gune photoshop, maka aku cadangkan korang gune perkhidmatan percuma dari salah satu dari 2 website di bawah nie. 


2. PicCut

Klik Read More untuk baca tutorial/contoh bagaimana aku edit profile page menggunakan website Lunapic.



Tutorial Ringkas Menggunakan Lunapic / Bagaimana aku edit menggunakan Lunapic

1. Mula-mula, print screen gambar blog bLue iS tHe coLouR. (contoh je).

print screen dan paste ke dalam MS Paint --> Save!

2. Crop gambar mengikut kesesuaian. Aku agak2 je sebab memang nak ambil ayat 'bLue iS tHe coLouR' jer, dan tak termasuk Profile Picture. Kalau korang nk buat gune website, biasanya website tersebut akan auto detect kedudukan gambar korang. Jadi, memang kene agak2 la dan edit gambar tu ikut kesesuaian.

Aku crop macam nie..Gune MS Paint & Microsoft Office Picture Manager.

3. Pergi ke website Lunapic. Pilih dan klik pada Extended Facebook Pic.

Klik pada seperti ditunjukkan anak panah!!

4. Klik pada Browse, pilih file gambar dan Upload gambar yang korang nak gunakan pada photostream profile fb.

Browse, upload, done!

5. Hasil gambar yang telah diproses. Klik pada Save all images in zip fileDownload file tersebut.

Klik pada seperti ditunjukkan anak panah

6. Buka file yang telah didownload tadi. Unzip atau unrar kan gambar2 tadi ke mana-mana tempat yang korang senang cari.

Unrar!!

6. Sekarang, pergi ke akaun FB korang, create new photo album, dan upload kesemua gambar2 tadi.

7. Tag kan diri sendiri, bermula dengan image5, sehinggalah image1. Dan tukarlah profile pic korang.

8. Hasilnya...taraaaaaa....lol

Hasil!!

9. Selamat mencuba!! Kalau tak paham, boleh la tanye. :)))))


Sumber/Info :

1 comment :

Cik Yana said...

tak tukar lagi ke new profile,,
xbkenan dgn layout die,,
huhuhu~
tp cm menarik jugak benda ni,,
hihihihi~

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile