Thursday 4 July 2019

[Tutorial] Memeriksa rekod catatan perjalanan dan lokasi anda menggunakan aplikasi Google Maps


Pernahkah anda terfikir atau tertanya-tanya, di manakah anda berada pada sesuatu atau sekian-sekian tarikh? Contohnya, bila ada orang tanya, di manakah anda berada atau pergi pada tarikh 1 Jun 2019? Kebarangkalian besar yang anda tak ingat, sebab ianya terlalu rawak.

Agak mustahil untuk anda nak ingat ke mana anda pergi setiap hari sepanjang tahun melainkan anda menulis diari catatan perjalanan harian, atau 'check in' menggunakan aplikasi seperti Swarm, Facebook atau sebagainya.

Tahukah anda, yang aplikasi Maps pada telefon pintar anda secara 'rahsia' atau secara automatik akan merekodkan lokasi dan perjalanan harian anda? Bermakna anda boleh periksa, di manakah lokasi anda hari ini, semalam, minggu lepas, dan lain-lain, beserta dengan maklumat seperti jarak dan waktu perjalanan anda dari satu tempat ke tempat yang lain, nama tempat yang ditujui, dan berapakah tempoh masa anda berada di tempat tersebut.

Walau bagaimana pun, terlebih dahulu, harus diketahui yang rekod atau catatan perjalanan ‘rahsia’ Maps ini hanya akan berfungsi sekiranya anda menghidupkan fungsi ‘Location’ atau GPS pada telefon pintar anda.

Masih kurang faham apa yang cuba saya sampaikan? Teruskan membaca artikel ini.
Buka aplikasi 'Maps' pada telefon pintar anda.

Sentuh pada tiga garis di bucu atas sebelah kiri.

Sentuh pada 'Your Timeline'.

Selepas menyentuh atau membuka 'Your Timeline', aplikasi akan memaparkan rekod perjalanan atau lokasi anda pada hari ini. Anda boleh scroll paparan ke atas untuk melihat maklumat anda pada hari ini.

Sentuh pada ikon kalendar yang berada di sebelah atas kanan, dan pilih tarikh yang anda mahu. Sebagai contoh, saya memilih tarikh 1 Jun 2019.

Paparan aplikasi menunjukkan rekod atau maklumat lokasi dan perjalanan saya pada tarikh 1 Jun 2019. Peta pada bahagian atas menunjukkan lokasi dan perjalanan saya pada hari tersebut. 

'Home' menunjukkan saya berada di rumah pada hari tersebut. Anda boleh set 'Home' anda dengan menjatuhkan pin pada aplikasi Maps ini. Sila rujuk gambar seterusnya dalam artikel ini.

Scroll ke atas, paparan menunjukkan yang pada jam 4.55pm, dari Kampung Ex... (Expo), saya telah memandu sejauh 2.5km menuju ke Medan Sauja.. (Saujana), dan mengambil masa 6 minit.

Sekiranya anda ada mengambil gambar ketika berada di sesuatu tempat, gambar tersebut akan muncul di paparan 'Your Timeline' seperti dalam gambar di atas. Tapi anda mestilah terlebih dahulu mengaktifkan fungsi 'GPS Tag' pada setting kamera telefon pintar anda. Rujuk gambar seterusnya dalam artikel ini.


Cara untuk set 'Home' dan 'Work' pada aplikasi Maps

Buka aplikasi 'Maps' pada telefon pintar anda.

Sentuh pada tiga garis di bucu atas sebelah kiri.

Sentuh pada 'Your places'.

Selepas membuka 'Your places', anda boleh set atau tentukan lokasi 'Home' dan 'Work' anda. Fungsi ini berguna kerana aplikasi Google akan memberikan maklumat trafik kepada anda setiap hari (perlu set pada Google Assistant).

Sentuh pada 3 titik seperti dalam gambar, dan seterusnya 'Edit home' untuk anda setkan lokasi rumah anda.

Tentukan lokasi rumah anda, dan sentuh pada 'Save'. Anda boleh ulangi langkah ini untuk set 'Work', atau tempat kerja anda. Siap!


Cara untuk aktifkan fungsi 'Location' atau GPS pada telefon pintar

Sebelum dapat menggunakan fungsi 'Your Timeline' pada aplikasi Maps ini, sila aktifkan fungsi 'Location' untuk memastikan GPS telefon anda beroperasi.

Atau anda juga boleh aktifkan fungsi 'Location' atau GPS ini pada bahagian Settings di telefon pintar anda. Sentuh pada 'Security & privacy'.

Sentuh pada 'Location access'.

Aktifkan fungsi 'Access my location' untuk membenarkan telefon pintar anda menggunakan fungsi GPS.


Cara untuk aktifkan fungsi merakam maklumat lokasi pada file gambar

Aktifkan fungsi 'GPS Tag' pada bahagian Settings di aplikasi kamera telefon pintar anda untuk membuatkan setiap gambar mempunyai rekod lokasi gambar diambil.


Macam mana? anda berminat tak menggunakan aplikasi Maps ini? Pada artikel terdahulu, saya pernah menulis tutorial tentang cara-cara berkongsi lokasi semasa kepada teman menggunakan aplikasi Maps. Boleh rujuk artikel tersebut DI SINI.


Sekian, terima kasih sudi membaca. Semoga bermanfaat.

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile