Friday, September 30, 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 1) : klia2 - Kansai International Airport - Osaka - Dotonbori

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung ke blog ini dan terutamanya ke catatan perjalanan atau travelogue ini. 

Catatan perjalanan kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama ibu dan isteri tercinta ketika berkunjung ke Osaka dan Kyoto baru-baru ini, iaitu dari 27 Ogos 2016 sehingga 2 September 2016.

Alhamdulillah, kalau tahun lepas saya menyimpan hasrat selama 15 tahun untuk akhirnya berpeluang kembali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kali ini pula saya tidak menunggu lama, iaitu kurang dari setahun saya kembali menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Kalau tahun lepas di Tokyo, kali ini di Osaka dan Kyoto.

Selain dari Tanah Haram Mekah dan Madinah, tempat atau negara yang saya betul-betul teruja dan teringin sangat nak kembali adalah ke Jepun. Terdapat banyak sebab kenapa saya sukakan Jepun, dan mungkin anda akan mengetahui kenapa selepas habis membaca siri travelogue Osaka dan Kyoto ini nanti.


Last Minute Plan
Pada awalnya saya, ibu, dan isteri telah pun bercadang untuk menyertai rombongan percutian ke Beijing, China, tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan di saat-saat akhir, saya terus menukar plan dan terus membelek-belek harga tiket kapal terbang di app AirAsia bersama isteri. Dan akhirnya, kami memilih untuk ke Osaka dan Kyoto yang terletak di kawasan Kansai, Jepun. *Sebenarnya lebih kepada saya yang buat pilihan (sebab rindu nak pergi Jepun lagi!)


Merancang Perjalanan / Itinerary
Perkara pertama yang perlu dibuat selepas membeli tiket flight, dan sebelum merancang itinerary adalah, mencari hotel atau tempat penginapan yang sesuai. Bagi saya, ciri-ciri penting yang perlu difikirkan dalam mencari hotel atau tempat penginapan di Jepun adalah seperti berikut ;

1. Dekat dengan stesen train/subway.
2. Dekat dengan tempat tarikan pelancong.
3. Harga yang berpatutan.
4. Mempunyai toilet atau bilik mandi di dalam bilik privasi.

Selepas berjaya mendapatkan hotel atau tempat penginapan yang sesuai, barulah saya mula membuat sedikit sebanyak kajian di internet bagi menulis itinerary untuk percutian selama 7 hari 6 malam ke Osaka dan Kyoto ini. Semuanya berlaku kurang dari 2 minggu. Antara sumber utama saya bagi mendapatkan info ringkas mengenai tempat-tempat menarik di Osaka dan Kyoto adalah melalui laman web Japan-Guide.com dan juga Pak Cik Google.


Menyewa Modem Internet
Zaman sekarang ini, internet bukan sahaja penting, malah ia seolah sudah menjadi satu keperluan bagi semua orang. Walaupun Jepun merupakan negara yang sangat maju, tapi harus diketahui yang tak banyak kawasan yang menawarkan wifi secara percuma. Jadi, sebagai persiapan, saya telah menyewa modem internet lebih awal untuk kegunaan di Osaka dan Kyoto nanti. 

Saya telah memilih untuk menggunakan khidmat Japan Wireless untuk dua tahun berturut-turut. Ini merupakan kali kedua saya memilih perkhidmatan modem internet dari Japan Wireless selepas menggunakannya ketika ke Tokyo tahun lepas. Kalau tahun lepas saya minta modem tersebut dihantar ke hotel, kali ini pula saya minta untuk ianya diambil di pejabat pos di Kansai International Airport.

Eh, dah macam tulis cerpen pulak. Okay, tanpa berlengah lagi, selamat membaca catatan perjalanan kami ke Osaka dan Kyoto di bawah. 


 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan