Wednesday, February 24, 2010

Review : Detective Conan (Live Action) SP2 : Kudo Shinichi Returns! Showdown with the Black Organization




Review : Detective Conan (Live Action) SP2 : Kudo Shinichi Returns! Showdown with the Black Organization


Sinopsis Ringkas :

 Detektif Conan/Kudo Shinichi (Oguri Shun) bersama-sama Mori Ran (Kurokawa Tomoka), Haibara Ai (Kashii Yu), dan Profesor Agasa (Tayama Ryosei) menghadiri parti untuk penyampaian anugerah 'Miss Japanesque'. Ketika di sana, Conan dan Haibara Ai berada dalam keadaan badan kanak-kanak, dan aku pun tak tahu macam mana jadi macam tu. Mungkin aku kena rujuk komik Conan untuk mengetahui kenapa mereka berdua dalam keadaan macam tu. 

Dorama special ini mula berkembang apabila mereka berempat dimaklumkan oleh pengurus juara 'Miss Japanesque' yang Miss Japanesque tersebut telah menerima blackmail. Blackmail tersebut menyatakan sesuatu yang boleh dikatakan amaran dan ancaman bunuh terhadap Miss Japanesque

 Haibara Ai dan Conan dalam keadaan kanak-kanak

Conan dan Haibara Ai pula secara tiba-tiba mengalami perubahan yang menukarkan mereka kembali ke bentuk asal, iaitu keadaan dewasa setelah memakan kek yang terdapat di parti tersebut. Semasa suatu acara yang sepatutnya dipersembahkan oleh Miss Japanesque berlangsung, Miss Japanesque telah muncul di pentas seperti puppet manusia, dan telah mati dibunuh. 

Bagaimana Miss Japanesque telah dibunuh? Siapa yang telah membunuhnya? Adakah pengirim blackmail? Adakah pengurus Miss Japanesque sendiri? Atau pun 2 orang naib juara Miss Japanesque yang iri hati dengan kemenangan Miss Japanesque? Untuk mengetahui, sila lah tengok sendiri. =)  


Oguri Shun (Kudo Shinichi) dan Kurokawa Tomoka (Mori Ran)

Komen :
Dorama Live Action Conan ini mulanya dibuat bagi meraikan ulangtahun ke-10 anime Detective Conan. Live Action Special yang pertama bertajuk Detective Conan: Kudo Shinichi's Written Challenge. Anda boleh tengok info di SINI. Dalam kedua-dua SP ini, Detektif Conan berada dalam keadaan asal (Kudo Shinichi) ketika menyelesaikan kes. SP1 mengambil tempat keadaan sebelum Kudo Shinichi menjadi kanak-kanak, manakala SP2 pula ketika Kudo Shinichi telah pun berubah ke keadaan kanak-kanak (Conan).

Dorama SP2 ini tidak bosan untuk ditonton, dan seperti biasa, ianya pasti membuatkan kita tertanya-tanya siapakah pembunuh sebenar dalam kes tersebut. 

RATING :

Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 2/5
Tahap Logik : 1/5 
Tahap Kawaii : 4/5 
Tahap Lawak : 1/5
Tahap G-Wunk : 2.5/5
Tahap Sedih : 1.5/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 2/5

Keseluruhan : 8/10

INFO :
DOWNLOAD

5 comments :

Ms_Mui2 said...

suka!best!rugi kalo xtgk..hehe.sy tgk taun lepas2 kot..siyes, ingatkn shinichi mati last2..

fiezaradzi said...

suka oguri shun berlakon..
kool jek.. nak tgk la citer ni.. tapi sikit je episod kan..

Syafiq Kadiran said...

xsabar nk tgk!!!

Kaseh Esmiralda said...

tak tgk lg... blom sampai seru... hahaha~

tp ttp akan tgk 1 hr nnt

deathinromance said...

suke oguri dlm crows zero jekk...~~

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan