Sunday, 28 February 2010

Khas untuk peminat & pengumpul jersey bolasepak

Assalamualaikum W.B.T.

Di post ini saya ingin mempromosikan galeri koleksi jersey bolasepak (original) yang dimiliki abang saya. Jika anda seorang pengumpul jersey bolasepak dan berminat untuk membeli jersey-jersey tersebut sebagai collector's items, anda boleh tanya sendiri dengan beliau menerusi email aprilia_8080@yahoo.com (Shafiq)

Sila klik SINI untuk ke galeri jersey.

Screenshots dari Flickr photostream



[Komen] Prestasi STPM meningkat lagi!

 Petikan akhbar Berita Harian, Jumaat, 26 Februari 2010

Prestasi STPM meningkat

KUALA LUMPUR: Seramai 48,446 atau 92.55 peratus daripada 52,348 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009, lulus penuh atau mendapat prinsipal bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, meningkat 0.31 peratus berbanding 92.24 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 4,316 calon atau 8.24 peratus lulus penuh lima mata pelajaran, 20,670 (39.49 peratus) empat mata pelajaran, 9,797 (18.72 peratus) tiga mata pelajaran, 7,412 (14.16 peratus) dua mata pelajaran dan 6,251 (11.94 peratus) satu mata pelajaran.



Prestasi STPM meningkat lagi!

Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM yang baru diumumkan kelmarin. Yang tidak berapa cemerlang, jangan putus asa kerana peluang untuk belajar ada dimana-mana.

Saturday, 27 February 2010

Chelsea in Champions League

Chelsea in Champions League 

Game : PES 2010
Match Level : Top Player
Match Time : 10 Minutes
Player : areev19
Music : Carnaval de Paris, We r the champion

Group Stage


Knockout Rounds

Friday, 26 February 2010

Barcelona in Champions League

Barcelona in Champions League 

Game : PES 2010
Match Level : Top Player
Match Time : 10 Minutes
Player : areev19
Music : Carnaval de Paris, sambal de gol, We r the champion

Group Stage


Knockout Rounds

Wednesday, 24 February 2010

Ada Apa Dengan Sinetron?

Ada Apa Dengan Sinetron?

Sejak awal abad ke-21 (tahun 2000), stesen televisyen di Malaysia giat menghidangkan pelbagai jenis siri drama yang diimport dari luar negara. Bermula tahun 2000, bermulanya wabak drama bersiri dari Jepun yang ditayangkan di TV3 setiap petang Sabtu dan Ahad. Antara drama Jepun terawal yang ditayangkan ialah Beach Boys, GTO, Twist Of Fate dan With Love. Diikuti pula oleh NTV7 dengan drama Beautiful Life dan seterusnya oleh TV2 dan TV1. 

Beach Boys

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2027 Player

eFootball 2027 Player
PS4/PS5 & Mobile