Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit info mengenai Tilt-shift photography atau Miniature effect/faking. Bagi peminat-peminat fotografi, rasanya tentu anda sudah biasa mendengar term tersebut kan?
Baiklah, tilt-shift photography nie ialah satu seni gambar di mana sebuah gambar yang diambil kelihatan seperti objek mini atau model mainan pada skala yang kecil. Jurukamera biasanya mengambil gambar dari sudut atas bagi mewujudkan kesan melihat ke bawah pada model skala kecil.
Contoh tilt-shift photography yang boleh didapati dari google
Ada beberapa cara untuk menghasilkan gambar yang menunjukkan miniature effect nie. Pertama sekali ialah teknik dan penggunaan lensa kamera itu sendiri. Kedua, dengan menggunakan aplikasi photo editing seperti photoshop dan yang ketiga, iaitu yang paling mudah ialah menggunakan aplikasi photo editing secara online.
Klik pada Read More untuk meneruskan bacaan.

