Friday, 9 September 2022

[Review] Restoran Pakcik Wong, Ipoh (Cina Muslim)

[Review] Restoran Pakcik Wong, Ipoh (Cina Muslim)

Beberapa minggu yang lalu kami sempat singgah makan ke restoran ni ketika berada di Ipoh. Macam tak pernah dengar pun nama restoran ni, tapi kami jumpa setelah membuat carian Google 'restoran cina muslim'. Rating pun bagus.



Kami telah mencuba 4 jenis lauk, iaitu Ayam Creamy Butter, Sotong Salted Egg, Shrimps Omelette, dan Stir Fried Mixed Vegetables. Setiap lauk sebenarnya didatangkan secara set dengan nasi sepinggan. Tapi pelayan akan tanya balik semasa nak confirm order, kita nak berapa pinggan nasi. Macam kami order 4 jenis lauk, tapi kami minta 3 pinggan nasi je.





Lauknya semua sedap! Servis juga pantas. Kejap je order lauk dah sampai. Tapi ramai orang yang makan di sini, dan semasa kami sampai pun perlu beratur sekejap sementara nak tunggu dapat tempat duduk. Jadi kalau anda dah siap makan, cepat-cepat la bangun dan beransur ya, bagi peluang orang lain makan pula. 

Komen saya adalah, mungkin Pakcik Wong boleh tambah pula menu dim sum pula lepas ni. 


Rating :

Keselesaan : 3.5/5

Servis : 4/5

Kesedapan : 4.5/5

Keseluruhan : 4/5


Thursday, 8 September 2022

[Review] Qing Xin Ling Leasure & Cultural Village

[Review] Qing Xin Ling Leasure & Cultural Village 

Beberapa minggu yang lalu kami telah berkesempatan singgah ke sini kerana ada urusan di Ipoh. Ia terletak tidak jauh dari Bandaraya Ipoh, iaitu sekitar 5km.

Untuk sampai ke sini, anda akan melalui kawasan sekolah dan juga taman perumahan sebelum tiba di  pintu masuk Qing Xin Ling ini. Kami datang pada hari bekerja, jadi tak terlalu ramai orang.

Kawasan Qing Xin Ling ni sebenarnya sebahagian daripada Geotapak Gunung Rapat, dan kawasan ini diusahakan oleh Persatuan Buddha Qing Xin Ling. Tapi jangan risau, tempat ni dibuka kepada umum, jadi yang Muslim pun boleh datang. 









Kawasannya taklah terlalu luas, boleh dihabiskan dalam sejam atau sejam setengah sahaja. Terdapat banyak lokasi-lokasi bertemakan zaman dahulu atau nostalgia yang pastinya IG-worthy. Anda boleh juga beri makan kepada ikan di tasik (perlu beli makanan RM1 per pek), dan naik basikal yang disediakan tanpa perlu bayar caj tambahan. 

Harga tiket RM12 untuk dewasa. Kanak-kanak tak ingat pula berapa, tapi anak saya yang berusia 5 tahun masuk percuma. 

Untuk Qing Xin Ling, saya bagi 6.5/10*

[Review] Perangkap lipas / Roach Trapper - Mr DIY

[Review] Perangkap lipas / Roach Trapper - Mr DIY

Perangkap lipas yang dijual di Mr DIY ni saya tak sangka yang ianya agak efektif dalam menjerat dan memerangkap lipas-lipas kecil yang biasa berkeliaran di dalam kereta (kalau anda jenis yang kadang-kadang makan dalam kereta). 



Hanya perlu masukkan sedikit umpan, contohnya saya gunakan biskut beras, dan kemudian letakkan di dalam kereta di bawah tempat duduk. Selepas beberapa hari, bila diperiksa dah ada pun yang terperangkap, siap dah beranak-pinak. Dah macam penternak lipas pulak? 😅😅

Okaylah, yang pasti ianya memang berkesan dan murah. Harganya kurang dari RM5. 


P/s : Perangkap lipas ni didatangkan dengan serbuk umpan, tapi ianya tak berkesan. Sebab mula-mula saya guna serbuk tu, tak ada pun lipas yang terjerat. Lepas tukar biskut beras baru ada yang terjerat.



 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile