Wednesday, 12 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 1) : Stuttgart - Titisee

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk entry sebelum ini, sila ke SINI.

Untuk entry kali ini dan berikutnya, saya akan membahagikan setiap hari kepada beberapa bahagian bagi memendekkan sedikit entry dan supaya tidak terlalu padat.


Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 1) : Stuttgart - Titisee

Hari Ketiga - Khamis (29 April 2010) - Bahagian 1 : Stuttgart - Titisee

 Membiasakan diri jadi 'orang putih'

6.15am - Breakfast di hotel..apa yang boleh dimakan? Hanyalah roti, croissant, dan roti..eh, ade corn flakes.. =)

Tepat jam 8.30am, rombongan kami mula bertolak dari hotel untuk menuju ke lokasi seterusnya, Titisee, Jerman.

 Bye-bye nH Hotel, Stuttgart~

 Melintasi kawasan bandar menuju ke Titisee

Eurotrip Travelogue (DAY 1 & 2) : KL - Bahrain - Frankfurt - Stuttgart

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana saya sekeluarga telah selamat pergi dan pulang kembali ke Malaysia, tanah airku setelah bercuti hampir 2 minggu di negara orang. Terima kasih juga kepada Ayah, Ibu, dan Abang kerana telah men'support' sedikit sebanyak segala kos perbelanjaan saya ke dan semasa di Eropah ini.

Sepanjang hampir 2 minggu saya bercuti, kami empat sekeluarga (Ayah, Ibu, dan Abang) telah berkesempatan melawat ke 6 buah negara di Eropah, iaitu Jerman, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium, dan England. Kami mengikut rombongan travel & tours yang dikendalikan oleh syarikat POTO Travel & Tours Sdn. Bhd.

Umpama mimpi menjadi kenyataan, saya berasa sangat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki ke negara-negara di Eropah ini untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dan melihat kehidupan orang di negara lain. Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, saya akan ceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya berada di bumi Eropah ini.

(Apsal ayat macam buku teks darjah 6 nie? alamaek..)

Monday, 10 May 2010

Suatu hari di Stamford Bridge..

Pada 7 Mei 2010, tiket stadium sudah pun sold out..mungkin dah sold out bulan lepas kot? =P

 Sambutan gol yang menarik dari Drogba dan Malouda

 Pada 9 Mei 2010, Chelsea membelasah Wigan dengan jaringan 8-0 di Stamford Bridge, sekali gus menabalkan Chelsea sebagai juara EPL. Golden Boot dimenangi Didier Drogba dengan 29 gol, Petr Cech dan Pepe Reina pula berkongsi Golden Gloves dengan 17 clean sheets.



Mari kita lihat pola ini :

7-2 Sunderland (beza gol = 5)
7-1 Chelsea vs Aston Villa (beza gol = 6)
7-0 Chelsea vs Stoke (beza gol = 7)
8-0 Chelsea vs Wigan Athletic (beza gol = 8)

Kesimpulan = Terbaek!!

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile