Dorama 10 episod ini membawakan tema persahabatan dan muzik yang melengkapi hidup ahli-ahli band J-Rock yang dikenali sebagai 'TENBLANK'.
Di awal episod pertama, kita diperkenalkan dengan watak gadis bernama Saijo Akane (Yu Miyazaki) yang berhasrat menyertai sebuah band sebagai drummer, tapi direject kerana dia adalah seorang wanita, ketika di venue festival muzik. Dalam perasaan kecewa, Akane teruskan bermain drum secara solo dalam hujan lebat, yang diiringi muzik dari piano oleh seorang pemain piano misteri yang berada di atas pentas. Scene awal ni memang epik, ye lah, baru start beberapa minit terus best.
Beberapa tahun kemudian, Akane masih lagi gagal dalam uji bakat untuk menyertai band, dan berhasrat untuk give up dengan impiannya. Tapi takdir menentukan, Akane dijemput menyertai band yang baru ditubuhkan, diketuai oleh Naoki Fujitani (Takeru Satoh), seorang komposer genius yang dah lama mengikuti perkembangan Akane sejak peristiwa beberapa tahun lepas. Ya, pemain piano misteri itu adalah Naoki! Selain Naoki dan Akane, band yang baru ditubuhkan itu turut dilengkapi dengan pemain gitar hebat, Sho Takaoka (Keita Machida), dan pemuzik yang hebat, Kazushi Sakamoto (Jun Shison).
Plot seterusnya menceritakan perjalanan dan cabaran yang dihadapi 'TENBLANK' dari 'debut', konflik dalaman dan luaran band, dan kemuncak karier mereka.
Setiap episod, penonton diperkenalkan dengan lagu baharu dari TENBLANK, yang lirik dan melodinya sesuai dengan plot setiap episod. Dan bagi aku memang semua lagu-lagunya best.
Tahukah anda, walaupun band TENBLANK ni hanyalah sebuah 'fictional band' dari dorama Glass Heart ni, tapi lagu-lagu dalam dorama ini dinyanyikan sendiri dan dimainkan instrumentnya sendiri oleh pelakon-pelakon utama itu sendiri! Mereka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun setengah untuk belajar dan mahirkan diri bermain drum, gitar, keyboard, piano, dan vokal. Sebab tu bila tengok masa mereka buat persembahan dalam dorama ni, nampak real, sebab memang mereka main betul, bukan berlakon jer main tekan-tekan atau goreng-goreng.
Lagu-lagu yang dimainkan dalam dorama ni pun bukan lagu 'cover', tapi lagu baharu yang diciptakan oleh komposer-komposer terkenal Jepun! Jadi tak hairan TENBLANK siap ada playlist dan album sendiri yang siap boleh stream di Spotify!
Okay, kesimpulannya kena dan wajib tengok sendiri dorama Glass Heart ni kat Netflix sebab sangat worth it! The best J-Dorama of the decade!
Saya bagi 10/10⭐️