Tuesday, 12 August 2025

[Review J-Dorama] Glass Heart


Dorama 10 episod ini membawakan tema persahabatan dan muzik yang melengkapi hidup ahli-ahli band J-Rock yang dikenali sebagai 'TENBLANK'.


Di awal episod pertama, kita diperkenalkan dengan watak gadis bernama Saijo Akane (Yu Miyazaki) yang berhasrat menyertai sebuah band sebagai drummer, tapi direject kerana dia adalah seorang wanita, ketika di venue festival muzik. Dalam perasaan kecewa, Akane teruskan bermain drum secara solo dalam hujan lebat, yang diiringi muzik dari piano oleh seorang pemain piano misteri yang berada di atas pentas. Scene awal ni memang epik, ye lah, baru start beberapa minit terus best.


Beberapa tahun kemudian, Akane masih lagi gagal dalam uji bakat untuk menyertai band, dan berhasrat untuk give up dengan impiannya. Tapi takdir menentukan, Akane dijemput menyertai band yang baru ditubuhkan, diketuai oleh Naoki Fujitani (Takeru Satoh), seorang komposer genius yang dah lama mengikuti perkembangan Akane sejak peristiwa beberapa tahun lepas. Ya, pemain piano misteri itu adalah Naoki! Selain Naoki dan Akane, band yang baru ditubuhkan itu turut dilengkapi dengan pemain gitar hebat, Sho Takaoka (Keita Machida), dan pemuzik yang hebat, Kazushi Sakamoto (Jun Shison).


Plot seterusnya menceritakan perjalanan dan cabaran yang dihadapi 'TENBLANK' dari 'debut', konflik dalaman dan luaran band, dan kemuncak karier mereka. 


Setiap episod, penonton diperkenalkan dengan lagu baharu dari TENBLANK, yang lirik dan melodinya sesuai dengan plot setiap episod. Dan bagi aku memang semua lagu-lagunya best. 


Tahukah anda, walaupun band TENBLANK ni hanyalah sebuah 'fictional band' dari dorama Glass Heart ni, tapi lagu-lagu dalam dorama ini dinyanyikan sendiri dan dimainkan instrumentnya sendiri oleh pelakon-pelakon utama itu sendiri! Mereka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun setengah untuk belajar dan mahirkan diri bermain drum, gitar, keyboard, piano, dan vokal. Sebab tu bila tengok masa mereka buat persembahan dalam dorama ni, nampak real, sebab memang mereka main betul, bukan berlakon jer main tekan-tekan atau goreng-goreng.


Lagu-lagu yang dimainkan dalam dorama ni pun bukan lagu 'cover', tapi lagu baharu yang diciptakan oleh komposer-komposer terkenal Jepun! Jadi tak hairan TENBLANK siap ada playlist dan album sendiri yang siap boleh stream di Spotify! 


Okay, kesimpulannya kena dan wajib tengok sendiri dorama Glass Heart ni kat Netflix sebab sangat worth it! The best J-Dorama of the decade!


Saya bagi 10/10⭐️

Wednesday, 22 January 2025

[Review J-Dorama] Extremely Inappropriate!

Dorama ni dah lama dalam My List kat Netflix aku. Tapi malas nak tengok sebenarnya sebab watak utamanya pelakon lelaki separuh abad, lol. Tapi setelah beberapa kali nampak post dari page-page J-Dorama yang bagi rating tinggi untuk dorama ni, jadi aku akhirnya pun tergerak hati nak tonton.


Dorama ni mengisahkan tentang Ichiro Ogawa, seorang guru pendidikan jasmani pada tahun 1986 (era Showa) yang secara tak sengaja telah sampai ke era Reiwa, iaitu tahun 2024 setelah menaiki sebuah bas. Bas tersebut sebenarnya adalah sebuah mesin masa! Ogawa merupakan seorang bapa tunggal yang tinggal bersama-sama anak perempuan kesayangannya, Junko, di tahun 1986 


Di tahun 2024, ternyata, terdapat banyak perbezaan apa yang menjadi 'kebiasaan' dan 'normal' pada era Showa kini dianggap sebagai tak sesuai dan tak normal, contohnya pada episod pertama, Ogawa merokok di dalam bas awam kerana ianya perbuatan normal di tahun 1986, tapi sebaik sahaja tiba di tahun 2024, ianya dianggap tak sesuai dan dipandang serong oleh penumpang bas yang lain. Terdapat banyak lagi perbezaan norma kehidupan akibat perbezaan era atau zaman yang dipaparkan dalam dorama ini, sebab tu tajuknya pun 'Extremely Inapproriate' (Sangat Tidak Sesuai), iaitu apa yang biasa dibuat pada era Showa atau 38 tahun yang lalu, kini sangatlah dianggap tidak sesuai dengan zaman Reiwa atau zaman sekarang.


Di tahun 2024, Ogawa telah bertemu dan berkawan dengan cucunya dan beberapa lagi rakan, yang boleh dikatakan semuanya berkaitan dengan kehidupannya di tahun 1986. Dari situ, plot cerita berkembang dari satu episod ke satu episod. Ada episod yang hampir membuatkan aku mengalirkan air mata, apabila Ogawa menonton rakaman video tape (VHS) untuk mengimbas kembali kenangan lama isteri dan anaknya, Junko, setelah mengetahui 'nasib' yang akan menimpa mereka berdua 9 tahun dari sekarang. Sedih. Dorama ni bertemakan kekeluargaan, persahabatan, dan nasihat kepada generasi sekarang tentang apa yang patut menjadi normal, dan apa yang tak.


Dengan 10 episod tapi tak membosankan, dorama ni memang antara dorama yang paling best dan paling lain dari yang lain pernah aku tengok.


Aku bagi 9.5/10⭐️.


Silalah tonton di Netflix!

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile