Tuesday 23 April 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 12) : Menaiki Shinkansen dari Osaka ke Tokyo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari kelima kami di Jepun. Hari ini kami akan menuju ke Tokyo dari Osaka dengan menaiki keretapi laju atau pun lebih dikenali dengan nama Shinkansen.

Carta perjalanan kami dari stesen train terdekat dengan hotel penginapan kami, sehingga ke Tokyo Station. *Masa dalam gambar bukan masa sebenar perjalanan kami, ianya sekadar rujukan sahaja.

Setelah 2 malam di Osaka, pagi ini kami menuju ke Tokyo, iaitu destinasi utama dalam trip kami kali ini. Berjalanan kira-kira 50 meter dari Bande Hotel Osaka menuju ke Kishinosato-Tamade Station.

Kami memang membawa jumlah beg yang minimum, iaitu 2 backpack, dan 1 luggage bag saiz kecil. Semuanya tak perlu check in, sebab semuanya di bawa ke dalam kabin semasa menaiki kapal terbang.

Monday 22 April 2024

[Pentingnya semak kebenaran, bukannya percaya bulat-bulat sumber yang tak diketahui asal usul dan niat si penyebar fitnah]

Mengongsi semula post lama aku di Facebook sebab tak sangka dah tahun 2024 pun masih ramai yang percaya fitnah turun temurun ni. Nak buat macam mana, orang memilih untuk percaya apa yang mereka nak percaya, tetambah yang sebarkan tu orang yang dekat seperti sahabat dan saudara-mara, dan yang paling mengecewakan disebarkan golongan  'agamawan'. 

Apabila 'cerdik pandai' atau 'agamawan' pun lebih suka 'tibaiyyun' daripada 'tabayyun', apa guna berilmu tapi tak beramal?

p/s : perkara yang 'negatif' ni memang 'sedap' untuk disembang dan disebar.

Blog post berkaitan :

https://areev19.blogspot.com/2019/04/benarkah-air-mineral-jenama-spritzer.html

------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulisan asal di bawah telah diterbitkan di Facebook pada 27 April 2021 :


[Pentingnya semak kebenaran, bukannya percaya bulat-bulat sumber yang tak diketahui asal usul dan niat si penyebar fitnah]

Walaupun dah lebih 2 tahun aku tinggalkan tempat kerja lama aku ni, tapi setiap kali aku dengar atau nampak orang dengan yakin sebar fitnah pasal kebersihan dan asal usul sumber air yang digunakan, memang aku akan triggered. Sebab aku sendiri pernah terlibat secara langsung dalam bahagian kualiti menguruskan bahagian pemprosesan air di kilang tersebut. 

Aku terlibat dan lihat sendiri dari awal bagaimana punca air yang baharu digali, bagaimana sumber air bawah tanah tersebut disalurkan ke pusat pemprosesan air, bagaimana proses-proses sanitasi dilakukan, bagaimana proses rawatan dan penapisan yang dilakukan, di mana titik kawalan kritikal dalam pemprosesan air yang perlu dijaga, sampailah sehingga ia dibotolkan. Begitu juga dengan proses audit atau pemantauan yang ketat dari Kementerian Kesihatan, Halal JAKIM, dan lain-lain lagi. 

Yang orang sering perkatakan adalah lokasi di mana kilang pembotolan air mineral ini berada, iaitu kononnya berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina. Nah, tengok sendiri dalam gambar Google Maps ni, aku dah tanda. Yang merah tu kawasan perkuburan, yang hijau tu di mana terletaknya sumber-sumber punca air bawah tanah yang digunakan, yang mana terletak dalam kawasan berbukit hutan hujan tropika, iaitu terletak dalam kawasan hak milik persendirian syarikat berkenaan. 

 

Yang 'kolam' besar bersebelahan dengan syarikat tu adalah kawasan Empangan dan Loji Pembersihan Air milik Lembaga Air Perak. Pemfitnah sering kata air yang dibotolkan diambil dari kolam ini. Hoi, ini kolam tadahan dan loji pembersihan air LAP. Kalau ikut logik pemfitnah, air yang kita dapat dan disalurkan ke kawasan perumahan sekitar Taiping oleh LAP ni semuanya tercemar dengan air kubur lah? Tak jijik pulak kau buat air minum, mandi, masak, dan lain-lain? 

Tahu tak yang air mineral yang dibotolkan adalah diekstrak keluar dari bawah tanah? Beratus meter dari dalam tanah sana. Air dari bawah tanah yang kaya dengan mineral ini disedut keluar, dan seterusnya dirawat berkali-kali sampai bersih dan dipastikan selamat untuk diminum. Bukannya air dari kolam tadahan dan loji pembersihan! 

Nak terus fitnah? Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

p/s : by the way, 2 tahun lepas aku dah pernah tulis pasal ni, sebaik aku meletak jawatan dulu. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156963804158186&id=566508185


Penafian : Artikel ini ditulis mewakili pendapat penulis sendiri sebagai bekas pekerja dan tidak mewakili syarikat.

Thursday 7 March 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 11) : Berjalan-jalan di Universal Studio Japan dan Makanan Halal di Restoran Red Lobster!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selepas menghabiskan masa beberapa jam di dalam kawasan Super Nintendo World, kami keluar untuk ke kawasan lain pula di dalam Universal Studio Japan (USJ) ini. Memang dah target untuk habiskan masa seharian di dalam kawasan USJ.

Ada kawasan dan ride Jurassic Park kat sini. Kami tak naik pun, sekadar ambil gambar depan jeep ikonik filem Jurassic Park ni je.




Kebanyakan bangunan-bangunan menarik ni menempatkan kedai-kedai merchandise, restoran, dan ride/indoor performance

Seterusnya! Mari naik ride Spiderman. Dengar cerita ride Spiderman ni akan ditutup tak lama lagi iaitu pada 22 Januari 2024. Kami pergi USJ ni pada 4 Disember 2023, jadi alhamdulillah sempat merasa.
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile