Tuesday, July 30, 2019

[Review] Marvel Studios : Ten Years Of Heroes Exhibition (Pavilion Elite, Kuala Lumpur)


Pada 21 Julai 2019 yang lalu, saya dan keluarga kecil saya telah pergi ke pameran Marvel Studios : Ten Years Of Heroes Exhibition yang bertempat di Pavilion Elite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pameran ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke 10 pihak Marvel Studios, yang mana filem Marvel pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU) telah dilancarkan pada tahun 2008, iaitu filem Iron Man.

Kalau anda merupakan seorang peminat siri filem MCU, maka jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini kerana pameran ini hanya akan berlangsung bermula dari 28 Jun sehingga 27 Oktober 2019 sahaja.

[Tiket]
Saya telah membeli tiket masuk ke pameran ini secara online dengan menggunakan aplikasi Klook. Anda juga boleh beli tiket secara walk-in di kaunter tiket yang terdapat di tingkat yang sama dengan pameran ini, iaitu di Tingkat 10, pasaraya Pavilion Elite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Harga tiket masuk adalah seperti berikut ;
(Dengan MyKad)
Dewasa : RM 48
*Kanak-Kanak : RM 28

(Tanpa MyKad)
Dewasa : RM 58
*Kanak-Kanak : RM 38

Tiada bayaran tiket masuk untuk bayi atau kanak-kanak berumur 0-2 tahun.

*Umur kanak-kanak adalah dari 3-12 tahun.

Anda juga berpeluang mendapatkan diskaun sekiranya menggunakan kad Debit/Credit/Charge dari bank Maybank.



[FAQ]
Jadi, apa yang ada di pameran Marvel Studios : Ten Years Of Heroes Exhibition ini?

Pameran ini menampilkan pelbagai props yang digunakan di dalam siri filem MCU, dan juga beberapa mainan interaktif. Katanya props yang dipamerkan dalam pameran ini adalah yang asli dan dibawa khas dari Amerika Syarikat. Tapi pada pendapat saya, saya rasa tak semua props yang dipamerkan adalah yang digunakan dalam set penggambaran, sebab nampak macam lebih kepada replika sahaja.

Okaylah, tanpa membuang masa, mari tengok apa yang menarik dalam pameran ini! Sila klik pada Read more >>


[Gambar-gambar]

I Love You 3,000, Mika Aafiyah.

Terdapat wallpaper besar yang menampilkan barisan pelakon dan krew siri filem MCU tak jauh dari kaunter tiket. Saya? Mestilah bergambar sebelah Robert Downey Jr. aka Tony Stark.

Mika pun dah join Papa jadi Iron Man.

Mika dan Mama <3 p="">
Untuk redeem atau dapatkan tiket masuk ke pameran ini, saya cuma perlu tunjukkan bukti pembelian melalui aplikasi Klook di kaunter tiket yang terletak di Tingkat 10, Pavilion Elite.

Disebabkan terlalu ramai pengunjung, maka perlu beratur supaya kemasukan dihadkan sedikit demi sedikit. Hal ini untuk memastikan tak terlalu sesak di ruang pameran nanti. Ye lah, kalau semua nak bersesak ambil gambar kat satu tempat je, tak puas la nanti ye?

Poster yang terdapat sekitar pintu masuk/tempat beratur.



Yang di belakang itu adalah kaunter tiket. Anda boleh beli tiket secara walk-in di situ tanpa melalui aplikasi Klook.

Wefie dulu sambil beratur tunggu giliran.

Akhirnya, selepas hampir 40 minit beratur, kami dapat juga masuk ke ruang pameran. Tapi sebelum itu, anda akan disuruh mengambil gambar passport menggunakan stesen mengambil foto yang disediakan. Tujuannya? Sila baca hingga ke akhir artikel ini.

Ruang pameran pertama menampilkan informasi dan sinopsis ringkas semua filem-filem dalam siri MCU dari tahun 2008 hingga 2019 (yang terbaru dalam pameran adalah Avengers : End Game).




Bahagian pertama dalam pameran ini adalah untuk karakter Iron Man. Mungkin simbolik sebagai filem pertama dalam siri MCU.




Wajib ambil gambar di Hall of Armor ini.

Mark II

Mark V

Mark VI






Ruang pameran menggunakan projektor menunjukkan pelbagai jenis suit Iron Man.







Seterusnya, ruang pameran Captain America.

Perisai awal yang digunakan Captain America di dalam filem semasa zaman 1940-an.

Perisai versi awal yang dihasilkan oleh Howard Stark.

Tempat bergambar. Anda boleh pegang perisai tu, tapi tak boleh la tanggalkan.

Sebelah kiri yang kecil tu adalah perisai versi Wakanda yang digunakan dalam filem Avengers : Infinity War.


Model Helicarrier 65 turut dipamerkan. 


Tayangan video menunjukkan scene yang menampilkan Helicarrier di dalam filem.

Menuju ke bahagian pameran seterusnya iaitu karaktor Thor, ada ruang warna-warni ini. Ianya adalah Bifröst, iaitu 'jambatan' yang menghubungkan planet Bumi dan Asgard. 


Replika kapak Mjolnir yang digunakan Thor dalam MCU.

Tombak yang digunakan karaktor Loki dalam MCU.

Kapak 'Stormbreaker' yang dapat dilihat dalam filem Avengers : Infinity War dan End Game.


Ruang pameran seterusnya : Doctor Strange.


Kostum Doctor Strange.



Loket yang digunakan untuk menyimpan 'Time Stone'.



Terdapat mainan interaktif di sini. Anda boleh menari dan kemudian Groot di skrin akan meniru tarian anda.

Pedang yang digunakan karaktor Gamora dalam MCU.

Pistol yang digunakan oleh karaktor Star-Lord dalam MCU.

Ruang pameran seterusnya adalah Black Panther! Wakanda Forever!




Kostum atau suit Black Panther.


Seterusnya, adalah Ant-Man!


Bergambar dengan patung je la ye.



Makmal sebesar beg luggage.

Bahagian pameran seterusnya adalah Captain Marvel!


Pakaian yang digunakan oleh Carol Danvers aka Captain Marvel di dalam filem Captain Marvel.

Suit Starforce di dalam filem Captain Marvel.

Ruang pameran seterusnya adalah untuk Infinity Stones!

Terdapat touch screen mewakili setiap Infinity Stones. Anda boleh baca maklumat ringkas berkenaan setiap satu Infinity Stone.


Dah ada Infinity Stones, mestilah ada Thanos juga!

Ada permainan interaktif di sini, melibatkan scene Thanos nak petik jari dalam filem Avengers : Infinity War.

Seterusnya, terdapat Iron Man Gaunlet yang digunakan oleh Hulk dan Iron Man dalam filem Avengers : End Game.

Besarnya, memang muat tangan Hulk je kot.


Close up sikit nak tengok Infinity Stones.



Ruang pameran terakhir adalah Collector's Museum. Ada barang-barang pelik yang dipamerkan di sini.





Dengan berakhirnya bahagian pameran Collector's Museum, maka tamatlah ruang pameran Marvel Studios : Ten Years Of Heroes Exhibition ni. 

Keluar sahaja dari Collector's Museum, anda akan terus ke ruangan jualan barang-barang cenderahati rasmi Marvel dan dari siri MCU. Terdapat figura, pakaian, keychain, beg luggage, dan lain-lain lagi. Harga jualan barangan di sini agak mahal, tapi terpulang kepada masing-masing.


Yang paling rare sekali bagi saya adalah 'baju Melayu' versi Wakanda ni. Ia sebenarnya kemeja biasa, tapi dah macam bentuk baju Melayu pula. Harganya adalah RM168. Kalau sesiapa berminat boleh la beli, buat pakai semasa Hari Raya Haji nanti.

Di bahagian jualan ini, anda boleh dapatkan kad identifikasi Avengers anda, yang mana anda telah ambil gambar di permulaan pameran tadi. Ianya adalah percuma! Yeay! 

Terdapat patung Iron Man lagi di luar ruang jualan. Talk to the hand!

[Komen]
Komen saya, tak puas sangat pameran ni. Mungkin perlu lebih banyakkan ruang pameran, permainan interaktif dan ruangan untuk bergambar. At least ada cosplayer pakai suit Iron Man ke? Atau mungkin saya yang letak high expectation sangat untuk pameran ini? 

Yang agak mengecewakan yang saya nampak adalah, satu buku cop (stamp) khas diberikan kepada kanak-kanak tapi tidak diberikan kepada orang dewasa. Orang dewasa pun nak juga buku tersebut dan cop di setiap check point semasa dalam pameran. Ini tidak adil! :( :( :(


[Kesimpulan dan Rating]
Macam mana? Tertarik tak nak pergi? Gambar-gambar dalam artikel ini mewakili hampir 90% yang terdapat di dalam pameran tersebut dan boleh jadi 'spoiler' kepada anda. 

Tapi kalau anda peminat setia atau fanatik MCU, saya nasihatkan jangan lepaskan peluang terhad ini. Rasai sendiri pengalaman dan peluang bergambar dengan props siri filem MCU.

Akhir kata, saya bagi 3.5/5* untuk pameran ini.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca artikel yang panjang ini.



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan