Thursday 17 August 2017

Tak Apa Buat Salah


Negara kita ni bukannya tak ada undang-undang, ada, cuma pelaksanaan atau penguatkuasaannya yang mungkin kurang menyebabkan masyarakat berani ambil mudah dan tak serius nak patuh undang-undang.

Letak notis tak boleh buang sampah, denda RM500, tapi kat situ lah jugak masyarakat longgok sampah, rebel betul. Cuba kalau sentiasa ada penguatkuasa ronda atau tunggu kat situ, nampak je terus tangkap dan denda on the spot, lama-kelamaan orang pun jadi takut nak buat dah.

Traffic light merah, tapi pengguna jalan raya terutamanya motosikal selamba langgar lampu merah, sebab mereka tahu, bukan akan kena saman pun. Bukan semua traffic light ada CCTV dan ada polis trafik nak jaga. ‘Tak apa’ lah langgar lampu merah pun, bukannya ada kereta lalu pun, jalan clear.

Tong sampah sentiasa ada disediakan di merata tempat, tapi ramai yang masih memilih untuk buang sampah merata-rata. Sebab fikir ‘tak apa’ buang sampah, nanti ada lah orang majlis bandaran kutip. ‘Tak apa’ lah buang, sampah kecil je pun, tak nampak pun. Tak apa, tak apa, tak apa.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan contoh di mana budaya atau mentaliti ‘tak apa buat salah’ ini selalu diamalkan masyarakat kita. Cuba lihat di sekeliling anda dan juga muhasabah diri apa yang kita lakukan seharian.

Selagi tak kena apa-apa, selagi tu masyarakat kita akan ambil mudah dan amalkan budaya ‘tak apa’ buat salah, selagi tak kena saman, selagi tak kantoi, selagi tak kena tindakan, selagi tak kemalangan, dan lain-lain lagi.

Selagi mentaliti ‘tak apa’ ini ada dalam masyarakat kita, selagi itu negara kita tak akan maju dan berjaya, letak lah target Wawasan 2020 mahupun TN50 sekali pun. Apa guna negara maju kemudahan kelas pertama tapi mentaliti masih ketinggalan di dunia ketiga?


1 comment :

She Is Farahain said...

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile