Wednesday, June 4, 2014

BALI 2014 Travelogue (DAY 3) : Bedugul - Tanah Lot



Hari Ketiga : Jumaat (30 Mei 2014) - Bedugul - Tanah Lot

Hari ketiga di Bali, Indonesia.

Pagi ini, peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 9.15am. Selepas sarapan pagi, kira-kira jam 6.40am, saya dan beberapa peserta rombongan kami sempat pergi ke Pantai Kuta yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami.


Di sini, walaupun baru jam 6.00am, langit sudah cerah seperti jam 8.00am di Malaysia. Begitu juga ketika memasuki waktu malam, matahari terbenam kira-kira jam 6.00pm.






'Pintu gerbang' untuk masuk ke kawasan Pantai Kuta. Terdapat tembok yang memisahkan pantai dengan jalanraya yang berada di bersebelahan pantai. Menurut Tour Guide kami, sejak beberapa tahun lalu berlaku fenomena angin kuat yang menolak atau membawa pasir pantai masuk ke atas jalanraya. Jadi tembok ini dibina bagi menghalang pasir pantai ini daripada masuk ke atas jalanraya dan kedai-kedai yang terdapat di seberang jalanraya.

Suasana di Pantai Kuta sekitar jam 6.50am.


Walaupun masih awal pagi, sudah terdapat orang yang bermain luncur air. Ombak di kebanyakan pantai di Bali ini agak tinggi dan kuat, sekali gus menjadi tarikan kepada peminat sukan luncur air.

Selepas berkumpul di lobi hotel, pada kira-kira jam 9.32am, peserta rombongan kami bergerak menaiki bas untuk memulakan aktiviti lawatan kami pada hari ini.

Lokasi pertama kami pada pagi tersebut adalah di kompleks Agung Bali, iaitu sebuah tempat menjual pelbagai barangan cenderahati dan kraftangan Bali. Harga barangan yang dijual di sini agak berpatutan dan barangannya lebih berkualiti berbanding yang boleh anda temui di gerai-gerai kecil di sekitar Bali ini.

9.49am - Rombongan kami tiba di kompleks Agung Bali selepas kira-kira 17 minit perjalanan daripada hotel penginapan kami.


Selepas kira-kira 1 jam 20 minit membeli belah di Agung Bali, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Restoran Pacung, iaitu tempat makan tengahari yang terletak di Bedugul. Bedugul merupakan kawasan pergunungan yang terkenal dengan sebuah tasik, iaitu Tasik Bratan.

Antara hidangan atau makanan harian masyarakat Bali.

12.51pm - Rombongan kami akhirnya tiba di tempat makan tengahari selepas mengharungi kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan.

Restoran Pacung yang terletak di Bedugul.

Makanan yang disediakan kepada peserta rombongan kami di sini adalah secara buffet.

Makan tengahari sambil menikmati pemandangan di sini.

Restoran ini agak besar dan luas, kalau tak silap saya terdiri daripada 3 tingkat. Menurut Tour Guide kami, En. Artika, di Bedugul, ini adalah satu-satunya restoran yang ada dan sesuai untuk pelancong luar khususnya yang mengutamakan makanan yang terjamin halal.

Di restoran ini juga terdapat ruang solat atau surau untuk para pelanggan menunaikan solat.

1.55pm - Selepas selesai makan tengahari, rombongan kami seterusnya bergerak menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jamak.

Rombongan kami tiba di kawasan Tasik Bratan.

Lagi gambar Tasik Bratan.

2.17pm - Rombongan kami tiba di Masjid Besar Al-Hidayah yang terletak berhadapan dengan Tasik Bratan, Bedugul.



Di bawah adalah gambar-gambar pemandangan sekitar kawasan Tasik Bratan yang sempat saya ambil ;







Peserta rombongan kami sempat bergambar berlatarbelakangkan Tasik Bratan.



Masjid ini terletak di atas bukit, jadi anda perlu menaiki sekitar 40-50 anak tangga untuk pergi ke masjid kerana bas hanya dibenarkan parking di kawasan bawah masjid.

3.05pm - Rombongan kami meneruskan perjalanan sebelum singgah sebentar di sebuah tempat menjual cenderahati dan buah-buahan yang terletak tidak jauh dari masjid. Suasana di sini sedikit sejuk kerana lokasinya yang terletak di tanah tinggi.

Deretan kedai yang menjual cenderahati.


Antara gerai yang menjual buah-buahan.


3.38pm - Rombongan kami meneruskan perjalanan ke tempat lawatan seterusnya, iaitu ke Tanah Lot.

Di sepanjang perjalanan kami di Bali ini, boleh dikatakan hampir setiap kedai atau rumah meletakkan tiang yang dihiasi dengan jambangan bunga seperti yang dapat anda lihat dalam gambar di atas. Menurut Tour Guide kami, sekarang (pada waktu lawatan) adalah musim perayaan bagi penduduk Bali yang majoritinya merupakan penganut agama Hindu. Dan kebetulan, pada hari esoknya (31 Mei 2014), penduduk Bali yang beragama Hindu akan merayakan perayaan Hari Raya Kuningan.

Kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang memakai baju tradisional dan kostum untuk mempersembahkan tarian Barongan.

4.57pm - Akhirnya rombongan kami tiba di kawasan Tanah Lot yang sangat terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Bali.

Kaunter tiket masuk ke kawasan Tanah Lot.

Terdapat banner bagi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Kuningan.

Bas bergerak menuju ke kawasan parking yang terletak tidak jauh daripada kaunter tiket.

Antara kuil yang terdapat di kawasan Tanah Lot ini.

Peserta rombongan kami bergerak menuju ke kawasan tarikan pelancong.

Pura Batu Bolong, salah sebuah kuil Hindu yang terdapat di kawasan Tanah Lot.

5.08pm - Matahari mula terbenam.

Pemandangan di sekitar kawasan Tanah Lot.

Antara cenderahati yang boleh didapati di sini.

Pintu masuk ke Pura Batu Bolong.


Pura Batu Bolong daripada dekat.

Bergerak menuju ke lokasi tarikan utama, iaitu Pura Tanah Lot yang terkenal kerana struktur batu yang terbentuk daripada hakisan daripada ombak laut.

Lagi gambar Pura Batu Bolong ketika matahari semakin terbenam.

Kerana air yang agak surut, pelawat atau pelancong berpeluang untuk turun dan pergi dengan lebih dekat ke sekitar kawasan Pura Tanah Lot ini.


Terdapat ribuan pelancong yang datang ke kawasan Tanah Lot ini, terutamanya bagi mengambil gambar dan melihat matahari terbenam.


Antara lubang air yang terdapat di sekitar kawasan berhampiran Pura Tanah Lot.

Inilah dia Pura Tanah Lot atau Kuil Tanah Lot yang sangat terkenal di Bali.

Terdapat kawasan 'Ular Suci' berhampiran kawasan Pura Tanah Lot ini. Namun anda perlu membayar sumbangan 'ikhlas' bagi melihat atau mengambil gambar ular tersebut.

5.34pm - Matahari semakin terbenam.

Antara kawasan berbatu yang ada di sekitar kawasan Tanah Lot ini.

Terdapat gerai-gerai yang boleh anda kunjungi di sini. 


Matahari di celah Pura Tanah Lot.


Di sini, terdapat beberapa orang jurugambar yang menawarkan khidmat untuk mengambil gambar anda dan sekeping gambar boleh dibeli pada harga 20,000 rupiah (Mei 2014). Setiap jurugambar tersebut membawa bersama mereka printer kecil yang mana mereka boleh print gambar sebaik sahaja mengambil gambar anda.


Ramai pelawat atau pelancong yang menunggu untuk melihat matahari terbenam.



Batu tanda Pura Luhur Tanah Lot / Kuil Tanah Lot.

Antara bangunan kuil yang terdapat di sini.


Matahari terbenam dan Pura Batu Bolong.


Saya sempat membantu peserta rombongan kami mengabadikan gambar kenangan ini, berlatarbelakangkan matahari terbenam di Tanah Lot.


6.17pm - Selepas selesai mengambil gambar dan melihat matahari terbenam, peserta rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke tempat makan malam yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami di pekan Kuta.

Jalanraya yang agak sesak.

7.47pm - Selepas mengharungi perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit, rombongan kami akhirnya tiba di tempat makan malam iaitu di Restoran Pawon Pasundan.

Peserta rombongan kami sempat bergambar sebelum menjamu selera.

Hidangan peserta rombongan kami pada malam tersebut.

Antara menu istimewa yang popular di restoran ini.

8.40pm - Selepas selesai makan malam di restoran ini, rombongan kami bergerak pulang menuju ke hotel penginapan kami. Kami tiba di hotel kira-kira 20 minit kemudian.

Pada malam tersebut, selepas berehat seketika selepas tiba di hotel, saya dan beberapa peserta rombongan kami telah mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama bermain bowling di Paradiso Bowling yang terletak di bahagian belakang hotel penginapan kami, iaitu di Kuta Station Hotel. Semua peserta rombongan kami yang menginap di hotel ini diberikan voucher untuk bermain 1 game bowling secara percuma di sini.







No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan