Wednesday, April 9, 2014

"We've Done It Before"

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


"We've done it before, champions of Europe, we've done it before."

Itulah sorakan yang bergema di Stadium Stamford Bridge, London, England selepas Andre Schurrle menjaringkan gol pertama untuk pasukan Chelsea FC pada minit ke 31, pada perlawanan timbal balik kedua, Suku Akhir pertandingan Piala Juara-juara UEFA awal pagi tadi.

Untuk entry kali ini, aku sertakan review ringkas untuk perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, dalam bentuk permainan video Pro Evolution Soccer atau pun PES. Aku pernah membuat review perlawanan bolasepak dalam bentuk yang serupa beberapa tahun yang lalu di blog ini, tapi oleh sebab yang tak dapat dielakkan, gambar-gambar yang digunakan telah hilang dari entries yang ditulis.


Perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi (2.45am, 9 April 2014) melibatkan pasukan Chelsea FC menentang pasukan Paris Saint-Germain (PSG). Perlawanan ini adalah perlawanan timbal balik kedua bagi peringkat suku akhir, selepas perlawanan pertama yang berlangsung di Paris, minggu lepas. Pada perlawanan pertama, Chelsea FC tewas 1-3 kepada PSG.

Perlawanan ini berlangsung di Stadium Stamford Bridge, London iaitu stadium bagi pasukan Chelsea FC. Chelsea FC tidak tewas di gelanggang sendiri ini sejak September 2013 dan mengekalkan rekod clean sheets untuk 8 perlawanan berturut-turut di sini sebelum perlawanan ini.

John Terry kapten pasukan Chelsea FC, manakala PSG dipimpin oleh Thiago Silva.

3 tonggak utama pertahanan Chelsea FC, dari kiri, Gary Cahill, Petr Cech, dan John Terry.

Perlawanan dimulakan dan dikuasai oleh Chelsea FC yang perlu menjaringkan 2 gol tanpa balas untuk layak ke peringkat separuh akhir. Namun pemain tonggak Chelsea FC, Eden Hazard terpaksa keluar awal dan digantikan dengan Andre Schurrle pada minit ke-18 akibat kecederaan betis.

Kemasukan Andre Schurrle nyata membawa tuah dan perubahan kepada taktikal Chelsea FC apabila bijak mengambil peluang dan menjaringkan gol pertama pada minit ke-31 yang seterusnya membakar semangat pemain Chelsea FC.

Andre Schurrle menjaringkan gol pembukaan.

Gol ini berpunca daripada lontaran ke dalam (throw in) oleh Ivanovic yang kemudiannya ditanduk David Luiz kepada Schurrle sebelum disudahkan beliau dengan cemerlang.

Penjaga gol PSG, Salvatore Sirigu hanya mampu melihat bola menerjah ke gawangnya.

Schurrle meraikan gol pertama Chelsea FC.

Gol pertama Schurrle untuk Chelsea FC dalam kempen Liga Juara-juara UEFA pada musim ini.

Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 1-0. Di separuh masa kedua, Chelsea FC meneruskan serangan yang berterusan ke kubu PSG, manakala PSG lebih banyak bermain 'counter-attack' yang hampir-hampir menjaringkan gol.

Chelsea FC berpeluang menambah beberapa gol di separuh masa kedua namun Schurrle kurang bernasib baik apabila bola sepakannya terkena palang, manakala Oscar juga turut gagal menjaringkan gol apabila sepakan percumanya juga terkena palang gol PSG.

Gol kedua iaitu gol paling penting yang dicari Chelsea FC akhirnya hadir pada minit ke-86 selepas Demba Ba bijak menguis bola menerjah ke gawang PSG selepas menerima bola hasil sepakan Cesar Azpilicueta

Seluruh Stadium Stamford Bridge bagaikan dirasuk apabila Demba Ba yang dimasukkan bagi menggantikan Frank Lampard sebagai pemain gantian pada minit ke-66 menjaringkan gol yang diperlukan untuk layak ke peringkat separuh akhir Liga Juara-juara UEFA.

Demba Ba segera berlari ke arah sudut penalti bagi meraikan jaringannya dan melaksanakan sujud syukur.

Demba Ba meraikan gol kedua Chelsea FC yang berjaya mendapatkan agregat 3-3, namun kelebihan dimiliki Chelsea FC yang memiliki 1 gol di tempat lawan.

Petr Cech turut meraikan gol yang sangat diperlukan. Peranan Cech dalam perlawanan ini tidak harus dilupa kerana beliau beberapa kali menyelamatkan gawang gol Chelsea FC daripada dibolosi pemain PSG.

Perlawanan berakhir dengan jaringan 2-0 (Agregat 3-3) selepas 4 minit masa tambahan diberikan. Chelsea FC layak ke peringkat separuh akhir Liga Juara-juara UEFA melalui jaringan di tempat lawan. 

Sekali lagi, Chelsea FC berjaya layak ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-juara UEFA walaupun ketinggalan dan tewas dengan jaringan 1-3 pada perlawanan timbal balik pertama di tempat lawan. 2 tahun lalu, Chelsea FC ketinggalan 1-3 kepada S.S.C. Napoli di peringkat 16 pasukan terakhir, namun berjaya memenangi perlawanan timbal balik kedua di Stamford Bridge dengan jaringan 4-1 (Agregat 5-4) seterusnya layak ke peringkat suku akhir bertemu S.L. Benfica.


Statistik Perlawanan :





Sumber / Info Tambahan :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan