Thursday, December 30, 2010

[Tutorial] Hiasi photostream FB anda dengan Harimau Malaya!!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Seperti yang semua sedia maklum, semalam skuad Harimau Malaya iaitu skuad bolasepak Malaysia telah berjaya menjuarai AFF Suzuki Cup setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat (walaupun tewas 1-2 semalam).

Tahniah saya ucapkan!!

Skuad Harimau Malaya

Jurulatih!! K. Rajagopal

Safee Sali, penjaring terbanyak kejohanan


[Tutorial] Hiasi photostream FB anda dengan Harimau Malaya!!

HARIMAUMALAYA

Photostream FB tu ape? 
Photostream FB tu korang dapat lihat di profile page FB yang baru, dimana 5 gambar terbaru yang korang di 'tag' akan terpampang di bahagian atas profile page korang. Macam dalam gambar di atas nie, saya telah gantikan dengan tulisan HARIMAU MALAYA, sempena dengan kejuaraan Malaysia semalam. 

Saya ada menyediakan tutorial ringkas tentang bagaimana nak buat gambar menarik di photostream nie di entry lepas. Boleh rujuk SINI.

Baiklah, untuk kali nie, saya telah sediakan set gambar untuk photostream FB yang telah di edit sendiri oleh saya (gambar asal diambil setelah google di internet, dan sumber asal kalau tak silap ialah website rasmi harimaumalaya.com.)

Bagaimana nak gunakan?

1. Download set gambar tersebut di SINI.

2. Extract semua kelima-lima file gambar tersebut di mana-mana yang korang senang cari.

3. Upload kan kelima-lima gambar tersebut di FB korang. (Lebih baik kalau korang upload ke dalam photo album baru)

4. Tag kan nama korang (diri sendiri) pada kelima-lima gambar tersebut, bermula dengan gambar bernama har5, diikuti har4, har3, har2, dan har1.

5. Siap!! 



WALLPAPER :

Korang boleh buat wallpaper desktop sementara kehangatannya belum reda..hehe
(kredit kepada page FB Nike Football Malaysia)

Klik SINI untuk download wallpaper di atas.




p/s : Semua adalah pemenang, tiada pengalah dalam perlawanan akhir semalam. Walaupun Malaysia kalah 1-2, tapi Malaysia tetap merangkul kejuaraan dengan agregat 4-2. Sekali lagi ucapan tahniah dari saya!!



Sumber :


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan