Monday, October 18, 2010

Andai aku punya Delorean..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..


Masa..

Terlalu cepat masa berlalu kan??

Mungkin ada di antara kita yang pernah berharap agar dapat kembali ke masa dulu untuk kembali menjadi kanak-kanak atau supaya dapat mengubah atau mengelakkan sesuatu daripada berlaku.

Trilogi 'Back To The Future' sememangnya trilogi filem yang paling aku minat.

Yeah..aku pun pernah berfikir macam tue..Kalaulah aku mempunyai Delorean, (kereta dari filem Back To The Future yang boleh membawa kita kembali ke masa lepas atau ke masa akan datang), ade beberapa saat, detik, hari atau tarikh dalam hidup aku yang ingin aku kembali.

Walaupun Delorean 'the time machine' cumalah dalam filem, namun tidak mustahil untuk membinanya di dalam realiti, contohnya dalam versi LEGO. Anda boleh tengok Delorean versi LEGO di SINI. Kreatif kan?


Aku ingin sangat kembali ke tarikh-tarikh tertentu yang sampai hari ini aku ingat, kerana tarikh-tarikh tue sangat memberi kesan dalam hidup aku. Aku ingin ubah dan buat ape yg sepatutnye aku buat dan elakkan sesuatu yg aku taknak dari berlaku.

Tapi..

Mungkin itu fikiran seseorang yg tidak berfikir panjang dan terlalu mengikut emosi. Sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang telah terjadi. Semua yang berlaku sebenarnya telah banyak memberi pengalaman dan mengajar aku erti kehidupan ini. Setelah aku renung kembali dan berfikir dengan mendalam dan secara positif, semua yang telah berlaku ada hikmahnya. Dan sesungguhnya hanya Allah S.W.T. saja yang lebih mengetahui segala-galanya.

Walau apa jua dugaan yang telah berlaku, hidup mesti diteruskan. Yang penting, kita harus sentiasa berdoa, bersabar dan bertenang, dan bertawakal kepada Allah S.W.T..

Langit tak akan sentiasa mendung, dan InsyaAllah, pelangi akan muncul jua akhirnya.

Sesungguhnya hidup nie penuh dengan misteri dan cabaran. Itu yang menjadikan warna-warninya kehidupan ini kan?



.Kalau semua perkara dalam dunia ini mudah, pasti hidup akan terasa bosan. - 7 Oktober 2010




p/s : after all these years, will I finally clear clouds away?



4 comments :

MR Bang Miji said...

apa yg lepas biar lepas..tempuhi hari mendatang dngn lebih cemerlang..huhu

areev19 said...

MR Band Miji : yerp..begitulah sepatutnye.. :)

aiman said...

sejak bila ko konfius ni.. suke je kan hidup skang..:P

areev19 said...

aiman : err..ape yg konfius tu ek? huuuu

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan