Wednesday, February 10, 2010

Review : The Queen's Classroom


Review J-Dorama : Jyoou no Kyoushitsu (The Queen's Classroom) (2005)



Jyoou no Kyoushitsu (The Queen's Classroom) (2005)

Sinopsis :
Dorama ini mengisahkan tentang seorang guru bernama Akutsu Maya (Amami Yuki) yang sangat idealistik dan mempunyai kaedah pengajaran yang 'kejam' namun penuh dengan wawasan dan isi tersirat. Dorama mula berkembang pada saat Akutsu Sensei mula bertugas menjadi guru kelas Gred 6, Kelas 3 yang terdiri daripada 24 orang pelajar. 







Kanda Kazumi (Shida Mirai), seorang pelajar Akutsu Sensei berperanan sebagai watak utama dalam dorama ini yang sering menjadi mangsa dalam 'kekejaman' dan hukuman yang dilaksanakan oleh Akutsu Sensei. Pengkhianatan oleh rakan karib bernama Sato Erika (Hikari Kajiwara), pemulauan dan pembulian oleh rakan-rakan sekelas semuanya dirasai Kazumi gara-gara menentang kaedah pengajaran Akutsu Sensei yang dirasakan melampau. Hanya Manabe Yusuke (Matsukawa Naruki) sahaja yang sudi dan sentiasa menjadi rakan karib Kazumi. 

Bagi Kazumi, pada tahun terakhir mereka di sekolah rendah, mereka patut menggunakan masa sebaiknya untuk mencipta kenangan indah dan gembira bersama rakan-rakan sekelas. Namun Akutsu Sensei lebih mengutamakan pelajaran dalam kelas dan sering menceritakan hakikat realiti dunia yang kejam untuk menyedarkan para pelajarnya. Semua hukuman dan ganjaran diperoleh pelajar berdasarkan markah dalam ujian mingguan yang jelas 'tidak adil' bagi pelajar-pelajar yang lemah. 

'Pemberontakan' dan 'penentangan' terhadap Akutsu Sensei diketuai oleh Shindo Hikaru (Fukuda Mayuko) yang sering membantah pendapat Akutsu Sensei yang dirasakannya tidak betul. Dapatkah akhirnya Kazumi, Yusuke, dan Hikaru mempengaruhi rakan sekelas mereka yang lain untuk menentang kaedah pengajaran Akutsu Maya yang agak 'kejam' dan 'melanggar hak asasi' pelajar tersebut? 


Komen :
Dorama ini penuh dengan pengajaran, erti persahabatan, realiti kehidupan, kekeluargaan, dan lain lagi yang menjadi penguat jalan cerita. Lakonan berkesan khususnya oleh Shida Mirai dan Amami Yuki berjaya menghidupkan suasana dan memberi kesan kepada penonton. Semua pelakon kanak-kanak yang lain juga berlakon dengan baik dan berjaya mewujudkan suasana persahabatan. Watak Kanda Kazumi (Shida Mirai) yang cuba membuat aksi kawaii dengan aksi 'teehee' turut menjadi penyeri dalam dorama ini.



Episod istimewa SP1 dan SP2 mengetengahkan watak Akutsu Sensei, iaitu menceritakan kehidupannya yang mengapa akhirnya menjadikan beliau seorang guru yang 'kejam' untuk kelas Gred 6, Kelas 3.

RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 5/5
Tahap Logik : 4/5 
Tahap Kawaii : 5/5 (budak2 kawaii, ops, bukan pedo yer..)
Tahap Lawak : 2/5
Tahap G-Wunk : 1/5
Tahap Sedih : 4.5/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4/5

Keseluruhan : 9/10



Info :

Streaming Dorama ini!

9 comments :

Shazali said...

poster cm cite antoo je

areev19 said...

sbb cikgu nye mcm 'hantu'.. =)

L.Lawlett said...

tu ar
serius mcam citer hantu je

Kaito said...

best ke citer ni..macam nak download je =)

areev19 said...

Kaito : best! wajib tgk! :)

maisyara Pot! Pot! said...

mcm best jep? drama or movie?

areev19 said...

Cik Mai : dorama lew.. ;)

rossoneri said...

cite ni best!!!!!!!...siap tgk yang special punya lagi...

areev19 said...

yerpp...sgt best! :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan