Wednesday, February 24, 2010

Ada Apa Dengan Sinetron?

Ada Apa Dengan Sinetron?

Sejak awal abad ke-21 (tahun 2000), stesen televisyen di Malaysia giat menghidangkan pelbagai jenis siri drama yang diimport dari luar negara. Bermula tahun 2000, bermulanya wabak drama bersiri dari Jepun yang ditayangkan di TV3 setiap petang Sabtu dan Ahad. Antara drama Jepun terawal yang ditayangkan ialah Beach Boys, GTO, Twist Of Fate dan With Love. Diikuti pula oleh NTV7 dengan drama Beautiful Life dan seterusnya oleh TV2 dan TV1. 

Beach Boys









Menjelang tahun 2002, wabak drama Korea pula muncul, dengan siri popular seperti Autumn In My Heart, Successful Story of Bright Girl, dan Winter Sonata mula menjadi bualan ramai. 


Successful Story of Bright Girl

Tak cukup dengan siri drama dari Jepun dan Korea, siri drama Latin pula muncul di celah-celah kemeriahan drama Jepun dan Korea. Siapa yang tidak pernah menonton Mis Tres Hermanas? Lagu tema telenovela ini yang bertajuk A Puro Dulor (Purest Of Pain) sungguh popular sampaikan dialihbahasa ke dalam beberapa bahasa, termasuklah bahasa Melayu yang dinyanyikan Phyne Ballerz bertajuk Vida.

Vida, give me back my fantasies, 
The courage that I need to live,
The air that I breathe,
Carino mio, my world becomes so empty,
My day's are so cold and lonely,
And each night I taste,
The purest of pain

Mis Tres Hermanas

Siapa pula dapat lupakan watak hodoh Betty dalam telenovela Yo soy Betty, la fea yang sungguh popular sampai dibuat semula oleh beberapa produksi dari negara lain termasuk yang paling popular, Ugly Betty?

Yo soy Betty, la fea

Walaupun begitu, sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, Malaysia sekali lagi dilanda wabak siri drama dari luar negara, kali ini pula lambakan siri sinetron dari Indonesia. Ada apa dengan sinetron? Sebelum sinetron mula mencelah masuk, terlebih dahulu filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) menjadi 'intro' dalam memperkenalkan dan mempopularkan produk lakonan dari Indonesia ini. 

Ada Apa Dengan Cinta?

Ye, saya sendiri meminati filem AADC pada waktu itu, OST AADC yang bertajuk Ku Bahagia sungguh popular pada sekitar tahun pertengahan 2002 dan awal 2003. Rasanya sinetron awal yang betul-betul berjaya mempopularkan dan membawa virus ialah sinetron Malin Kundang dan Bawang Merah Bawang Putih sekitar 2-3 tahun lepas. Kini, boleh dikatakan setiap stesen televisyen di Malaysia menayangkan sekurang-kurangnya 1 sinetron.

Bawang Merah Bawang Putih

Tapi berkualitikah sinetron-sinetron yang ditayangkan di Malaysia ini? Semuanya kalau kita perhatikan sama sahaja. Berikut ialah unsur-unsur wajib dalam sinetron yang menyebabkan kenapa saya menyampah tidak berminat menonton siri sinetron dari Indonesia ini. 

1. Jalan cerita yang boleh diagak
Sinetron kalau tak ada happy ending, bukan lah sinetron yang menarik untuk ditonton, ye ke? Biasalah, watak yang baik mesti mendapat kebahagiaan di akhir rancangan dan yang jahat akan menerima balasan. Kalau sad ending macam drama Korea jangan haraplah nak laku! Dengar cerita kalau sesuatu filem mempunyai sad ending kat India, penonton akan protes sampaikan sanggup bakar panggung wayang, betul ke?

2. Fairy / peri / pari-pari
Kebanyakan sinetron yang ditayangkan mesti mempunyai unsur fairy, kenapa ye? Kalau dalam kesusahan mesti minta tolong pada fairy ke? Bukan minta tolong kat Allah S.W.T. atau Tuhan? Aneh kan, Indonesia mempunyai penduduk beragama Islam yang teramai di dunia, tapi kebanyakan sinetron mempunyai unsur-unsur tahyul dan khurafat macam ni.

3. Sihir / ilmu hitam 
Kalau dah ada fairy, mesti ada sihir atau ilmu hitam.

4. Watak Antagonis merupakan sejahat-jahat manusia
Dari watak ibu tiri sehinggalah kepada watak orang kaya yang menghina orang miskin, semuanya ditonjolkan dengan sejahat-jahat sifat. Memanglah bagus untuk menghidupkan watak, tapi adakah semua manusia sejahat itu? Muka pelakon pula ditarik seboleh-bolehnya untuk menunjukkan ekspresi kejam dan jahat.

5. Watak Protagonis pula merupakan watak yang terlalu baik dan mulia 
Watak utama, khususnya wanita ditampilkan dengan sifat lemah-lembut, berhati mulia dan terlalu baik dari segala segi, sampaikan walaupun ditindas seteruk mana pun, dia dapat bertahan. Mengeluarkan air mata merupakan perkara wajib bagi watak utama ini.

Kesiannya..

6. Slow motion (ye, sangat lah slow)
Mesti ada scene slow motion sambil memfokus tepat pada muka watak yang penuh berekspresi dalam sinetron. Macam tengok anime Naruto pulak.

Slow-motion

7. Monolog dalaman
Unsur monolog dalaman (bercakap dalam hati) juga merupakan elemen wajib dalam sinetron. Senang, watak cuma tunjuk ekspresi muka secara bersungguh, sambil kedengaran suara isi hati watak yang bercakap seorang diri. Eh, scene cakap seorang diri pun ada juga! 

8. Kamera fokus secara total terhadap watak
Jarang sekali kita tengok kamera mengambil shot dari jauh, semuanya mesti dari dekat, yang mana memaparkan hampir 70% muka atau badan watak dalam sesuatu scene. Background penuh jarang sekali ditampilkan. Kenapa yer?

Scene cliche 

9. ...............Apa lagi ye? Apa kata anda isikan sendiri.

p/s : Supportlah industri lakonan tempatan. Drama keluaran negara kita juga tidak kurang hebatnya, contohnya drama Nur Kasih yang baru-baru ini mencipta fenomena dikalangan penonton tempatan. Saya akui, ada juga yang menariknya sinetron ni sebenarnya, iaitu pelakon-pelakon wanita yang memang cantik mata memandang. Yang saya minat? Seorang je, Intan Nuraini. He he he..

INFO 

25 comments :

zool said...

Kalau terpengaruh dengan sinetron makan minum pun boleh lupa tu

NiNa' said...

cerita yg kat prgan 1 tu mase skool2 dulu..

cite mcm ni la best..
romentik... awek cun, pakwe ensem.. hehe

luvly mya said...

memang sekarang byak sinetron and almost sume jalan cite da boley agak..

nur kasih jugak best!=p

LENSER said...

hahah! aku pon perasan jugak, kebanyakkan depa blurkan background blakang dan fokus kat muke je.

lagi satu, tengor la bibir pelakon laki2, kalau tak pink/merah, bukan la sinetron Indon. hahahaha! melebih2 lipstiknye.

Purest of Pain tu lepas balik sekolah rendah, confirm tercegat kat depan tv, layan cite tuh. wargh!

Kaseh Esmiralda said...

Cik Kaseh cukup tak berkenan bila watak jahat ditonjolkan dgn keterlaluan n watak baik, baiikkkk sangat lagi mulia...

pada sy ia seolah2 menghukum watak tersebut.

dlm dunia ni mana ada orang jd jahat tanpa sebab... n takde orang baik yg perfect...

-sy tak ske sinetron indon!

-kaseh esmiralda-

pudding pie said...

mula-mula tengok memng best sinetron ni

tapi lama-lama bosan plak
cuma hero & heroin jek cun
hahahhaa

vida la rasta said...

seronok baca...hahah

eQuRlz said...

tak ske sinetron..ske cite korea :)tlalu byk sgt yg xlojiknye..

~kuyam~ said...

sinetron tasbih cinta itu plg i xsuke.watak n pemakaian dia amat xsesuai.huhu

Syafiq Kadiran said...

tgk cite GTO je...
cite len yang ada dalam entri xtgk lg...bes x??

areev19 said...

Syafiq : cite2 yg disebut tentulah yg best! :)

Syafiq Kadiran said...

hooo!!!
cuti ni gak aku cari n dlod...
hahaha

areev19 said...

Syafiq : oke2..aku ade suggest 20 j-dorama terbaek dlm post sblum nie..try klik kat label j-dorama sblah kanan tu

Syafiq Kadiran said...

orait....mmg penoh la mase cuti aku ngn aktiviti menonton..

areev19 said...

Syafiq : ho yeah..support j-dorama! :)

1tomyam said...

aku setuju ngan bro...esp yg Indon punya sinetron...kualiti amik syarat jer..huhuhu

fiezaradzi said...

memang kalau dh asyik, leh luper.. tapi saya x bape suker sinetron dri sebelah ni.. sbb lama2 die berlanjutan, leh agak la kan.. best tgk drama jepun, yg sesetengahnye mberi info yg benar..

Ms_Mui2 said...

beach boys ni cite jepun rupenya..
dulu2 tme skolah mnengah dorang llaki slalu sbut pasal ni..
sy~~"binatang ape beach boys tu???"
hahaha

word verification:geddiec
cam gedik la pulak..haha

areev19 said...

Ms_Mui2 : he he..boys = benatang ek? ish3 =)

Ms_Mui2 said...

oh tidak sma skali..
sy mrujuk kpd drama tu
sekian..hehehehe

areev19 said...

Ms_Mui2 : ye..sje je wat2 taktau :)

aisyah ^^ said...

xsuke sinetron indo..tak paham knape ramai yg suke..

kalo kt indo ni, ramai kawan2 indonesia sy yang tak brape suke sinetron2 ni tau..xlayan langsung pun ada...

org mesia ketandusan actor ensem sbb tu minat sgt tgk citer indo ni..adeh.

areev19 said...

aisyah^^ : haha...gud point there :P
sy mmg xminat lansung sinetron2 nie..mnyampah..smua pun lebey kurang jer..huh!

ShiLa said...

ada satu drama jepun kat ntv7 dalam tahun 2000. mengisahkan seorang lelaki bisu bercinta dgn wanita normal whereby mereka berinteraksi via fax machine..u ingat tak apa tajuk dia..? help me..tgh cari nak upload..lupa tajuk..sgt suka bcoz sweet sgt mereka..

areev19 said...

ShiLa : cite tu tajuk die Beautiful Life. Pelakon die Takuya Kimura & Takako Tokiwa :)

p/s : sy ade backlink info kat dlm entry nie. cube tgk kat atas. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan