Tuesday, 16 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 5) : Nara ke Osaka (Bande Hotel Osaka)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersambung dari entry sebelum ini, sebaik pulang ke hotel penginapan dari Nara Park, kami mengambil beg dan terus bergerak ke Nara Station untuk menaiki train menuju ke hotel penginapan kami di Osaka. Masa perjalanan dianggarkan lebih kurang 1 jam.

Carta perjalanan kami dari Nara Station ke stesen train terdekat dengan hotel penginapan kami di Osaka, iaitu Kishinosato-Tamade Station. *Waktu dalam gambar bukan waktu sebenar perjalanan kami, hanya sekadar rujukan.

Berjalan meninggalkan Guesthouse Nara Komachi, hotel penginapan 1 malam kami di Nara.

Berjalan menuju ke Nara Station.

Dari Guesthouse Nara Komachi ke Nara Station, jaraknya lebih kurang 250 meter.

Menunggu di Platform 2/3, Yamatoji Line (arah Osaka) menuju ke Shin-Imamiya Station.


Kerusi dalam train ni sebenarnya boleh diubah kedudukan (menghadap satu sama lain dan juga boleh menghadap ke depan).

Beg-beg kami yang diletakkan di rak di atas kerusi kami.

Di Shin-Imamiya Station, sekali lagi kami perlu tukar train Nankai Line (arah Wakayamashi) untuk ke Kishinosato-Tamade Station.

Menunggu train Nankai Line di Platform 3.


Turun dari Kishinosato-Tamade Station, kami berjalan ke arah hotel yang terletak di dalam Tamade Shotengai ni.

Inilah hotel penginapan kami di Osaka untuk 2 malam.

Hotel ni sangat berpatutan dan strategik. Jaraknya tak sampai 100 meter dari Stesen Kishinosato-Tamade. Ada perkhidmatan dobi layan diri di lobi hotel ini.




No comments:

Post a Comment