Friday, 19 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 6) : Jalan-jalan di Dotonbori, Osaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selepas meletakkan beg di lobi hotel penginapan kami di Bande Hotel Osaka (rujuk Episod 5), kami terus bergerak menuju ke tempat wajib pergi untuk pelancong yang datang ke Bandar Osaka, iaitu Dotonbori! Seperti biasa, kami menaiki train untuk ke Dotonbori ini.

Carta perjalanan kami dari stesen train terdekat dengan hotel kami ke Namba Station yang berdekatan dengan Dotonbori. Kami perlu menaiki train Nankai Line (arah Nankai-Namba) untuk ke Namba Station. *Bukan waktu sebenar perjalanan kami, ini sebagai rujukan sahaja.

Berjalan menuju ke Kishinosato-Tamade Station yang terletak hanya dalam kurang 100 meter dari hotel penginapan kami.

Pintu masuk stesen.

Berada di platform Nankai Line.

Kami tiba di Nankai Namba Station. Ianya terletak di dalam bangunan besar kerana ianya turut menghubungkan beberapa lagi train line utama di Osaka.

Berhadapan dengan Nankai Namba Station ni adalah pasaraya OIOI Namba Marui.

Terus menuju ke arah Dotonbori. Teringat semasa saya bersama ibu dan isteri pertama kali datang ke Namba Station dulu pada tahun 2016, sedang saya melihat di papan tanda mencari arah keluar ke Dotonbori, tiba-tiba ada seorang makcik yang berpakaian kemas menyapa saya dan bercakap dalam bahasa Jepun. Walaupun tak paham sangat, tapi saya tahu yang makcik berkenaan nak bantu saya. Jadi saya bagitahu yang kami nak pergi ke Dotonbori. Makcik tadi dengan spontan membuat gaya 'Glico Man' untuk dapatkan pengesahan kami. Lepas tu makcik berkenaan tunjukkan kami arah ke pintu keluar yang menghala ke Dotonbori. Anda boleh baca pengalaman kami dulu di catatan perjalanan Osaka & Kyoto 2016 di SINI.

Sebelum menuju ke Dotonbori, kami sempat singgah di shopping street berdekatan dan singgah membeli cheesecake popular di Osaka, iaitu Uncle Rikuro's Cheesecake. Anda boleh baca entry berkenaan Uncle Rikuro's Cheesecake di episod seterusnya dalam siri travelogue ini.

Namba Hills ni ada banyak mesin gacha dan claw. Sempat juga lah anak saya dapat seketul gacha kat sini. Datang Jepun memang tak sah kalau tak beli dari mesin gacha ni.


Ada kedai Sanrio Gift Gate kat sini. Memang sekali masuk confirm akan beli sesuatu. Anak kami dan kami sendiri memang rambang mata bila masuk kedai ni. Kalau ikutkan memang banyak merchandise Sanrio nak beli, tapi kami cakap kat anak yang nanti kami akan pergi ke Sanrio Puroland masa kat Tokyo nanti, pasti lagi macam-macam ada! Anda boleh baca entry mengenai Sanrio Puroland dalam episod seterusnya ketika kami berada di Tokyo.

Bunting ulang tahun ke-50 karekter Hello Kitty.

Live translation menggunakan aplikasi Google Translate.

Berhadapan dengan Sanrio Gift Gate tu pula ada Cinnamoroll Cafe. Memang kawaii. Anak teringin nak makan situ, tapi terpaksa pujuk dan bagitahu yang situ tak Halal. 

Ada juga jual merchandise Cinnamoroll kat cafe ni.


Tips : Lokasi 'rahsia' bergambar bersama Glico Man di 'trek'!

Pernah nampak tak di media sosial orang share gambar macam ni? Terdapat lokasi 'rahsia' di mana pelancong boleh mengambil gambar seolah-olah kita berlari bersama-sama dengan Glico Man di trek ni.

Setibanya di kawasan Dotonbori, anda perlu ke arah berhadapan dengan Glico Man seperti dalam gambar ni. Kalau dari Ebisubashi-suji Shopping Street tadi, anda perlu menyeberang sungai menggunakan jambatan seperti dalam gambar.

Sebaik turun dari jambatan, pergi ke sebelah kiri dan anda akan jumpa kedai berwarna kuning ini.

Ini 'landmark' nya untuk cari lokasi 'rahsia' tadi. Lokasi 'rahsia' tadi berada di dalam kedai ini. Anda perlu naik tangga di tepi tu dan beratur (kalau ramai orang).

Live translation menggunakan aplikasi Google Translate.

Waktu lokasi 'rahsia' ni dibuka adalah dari 11.00am hingga 8.45pm sahaja. Jadi datanglah sebelum waktu ni ya? Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada kedai yang menjual barangan kosmetik, macam Watson atau Guardian di Malaysia. Selepas anda beratur dan selesai ambil gambar tu, boleh la kalau nak berbelanja sikit kat kedai tu sebagai tanda penghargaan bagi guna lokasi 'rahsia' untuk ambil gambar dengan Glico Man ni.

Glico Man ni memang ikonik buat pelancong yang datang ke Osaka atau Dotonbori. Tak sah lah kalau datang Osaka tapi tak ada gambar dengan Glico Man!

Kalau tak nak bergambar di lokasi 'rahsia' pun tak apa, boleh bergambar kat tepi jalan ni je.

Sedang kami berjalan menuju ke Don Quijote Dotonbori untuk menaiki 'ferris wheel', tiba-tiba jalan kena blocked pula sebab ada kumpulan 'idol' tengah buat persembahan live. Rupa-rupanya mereka ni sebahagian dari kumpulan Hinatazaka46.

Sementara itu, saya sempat check keberadaan beg kami yang ditinggalkan di lobi hotel sebelum kami bergerak menuju ke Dotonbori. Beg-beg kami telah saya letakkan SmartTag untuk memudahkan kami mengesannya andai berlaku perkara yang tidak diingini. Anda boleh rujuk Episod 1 yang mana saya ada menerangkan tentang SmartTag ini.

Semasa di Dotonbori, kami sempat menaiki 'ferris wheel' Don Quijote Dotonbori. Anda boleh baca mengenai 'ferris wheel' unik yang terdapat di bangunan Ebisu Tower yang turut menempatkan pasaraya Don Quijote Dotonbori ini dalam episod seterusnya dalam siri travelogue ini.

Bergambar berlatarkan Dotonbori Canal.

2 dalam 1. Selain 'ferris wheel' Don Quijote, satu lagi tarikan pelancong di Dotonbori ini adalah menaiki cruise. Kalau anda menggunakan Osaka Amazing Pass (OAP), Tombori River Cruise ini boleh dinaiki secara percuma. Tapi harus diketahui yang ianya sangat cepat sold out atau penuh. Jadi kalau betul teringin nak naik cruise ni, pastikan datang awal.

Tips : Kalau anda memang fokus untuk melancong di Osaka sahaja dalam 2-3 hari sekurang-kurangnya, maka anda boleh consider untuk beli Osaka Amazing Pass (OAP) ni. Sebab selain dapat gunakannya untuk masuk ke lebih 40 tempat menarik di sekitar Osaka, anda juga dapat naik bas dan train tanpa had! Boleh pergi pada website rasmi untuk maklumat lanjut di SINI.

Semasa di sekitar kawasan Dotonbori, kami juga sempat makan malam di restoran Halal Ramen Naniwaya. Anda boleh baca mengenai restoran Halal ini dalam episod berikutnya dalam siri travelogue ini.

Kedai dengan replika ketam gergasi ni pun salah satu lokasi popular dan ikonik di Dotonbori. Nama kedai ini adalah Kani Doraku.


Tips : Mencuba Takoyaki Halal di Dotonbori

Kalau anda teringin nak makan takoyaki yang Halal di sekitar kawasan Dotonbori ni, maka anda boleh cuba ke Creo-ru Takoyaki ni.

Ada banyak pilihan jenis dan sos.

Staff masak secara terbuka di hadapan pembeli yang beratur.


Kaunter bayaran kat tepi je. Kiranya multitasking la staff Creo-ru ni. Sambil masak, sambil jaga cashier.

Kami sempat mencuba perasa original. 6 biji, harganya 580 Yen. Isi dalamnya cair dan sangat panas, jadi jangan terus masuk sebiji dalam mulut takut nanti anda jadi naga! Lol.

Restoran Creo-ru Takoyaki ni memang popular, jadi perlu beratur panjang juga (bergantung pada masa) kalau nak beli takoyaki kat sini.

Okay, dah penat dari petang sampai malam kat Dotonbori dan kawasan sekitarnya. Tapi sebelum bertolak balik, ambil gambar dulu depan Kani Doraku.

Bye! Bye! Dotonbori!

Menuju ke Nankai Namba Station.

Inilah train Nankai Line yang berhenti di Nankai Namba Station. Agak klasik.

Carta perjalanan kami dari Namba Station ke Kishinosato-Tamade Station. *Bukan waktu sebenar perjalanan kami, ia hanya sebagai rujukan.

Tiba di Kishinosato-Tamade Station. Pada malam itu kami tersilap gate keluar, jadi kami keluar di gate yang berlawanan arah dari gate yang dekat dengan hotel penginapan kami. Jaraknya lebih kurang 600 meter jugak lah! 

Tapi tersilap gate pun tak ada lah sekadar dapat penat semata-mata, sebab kat gate sebelah sini ada Aeon Max Valu. Jadi dapatlah kami beli makanan sarapan dan pisau pemotong buah.

Selepas berjalan dari hujung stesen ke hujung stesen, akhirnya kami sampai untuk check-in di hotel penginapan kami untuk 2 malam di Osaka, iatu Bande Hotel Osaka.


No comments:

Post a Comment