Tuesday, 23 April 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 12) : Menaiki Shinkansen dari Osaka ke Tokyo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari kelima kami di Jepun. Hari ini kami akan menuju ke Tokyo dari Osaka dengan menaiki keretapi laju atau pun lebih dikenali dengan nama Shinkansen.

Carta perjalanan kami dari stesen train terdekat dengan hotel penginapan kami, sehingga ke Tokyo Station. *Masa dalam gambar bukan masa sebenar perjalanan kami, ianya sekadar rujukan sahaja.

Setelah 2 malam di Osaka, pagi ini kami menuju ke Tokyo, iaitu destinasi utama dalam trip kami kali ini. Berjalanan kira-kira 50 meter dari Bande Hotel Osaka menuju ke Kishinosato-Tamade Station.

Kami memang membawa jumlah beg yang minimum, iaitu 2 backpack, dan 1 luggage bag saiz kecil. Semuanya tak perlu check in, sebab semuanya di bawa ke dalam kabin semasa menaiki kapal terbang.

Dari Kishinosato-Tamade Station, kami menuju dan tiba di Namba Station untuk tukar train menuju pula ke Shin-Osaka Station.

Kami tiba di Shin-Osaka Station untuk menaiki Shinkansen menuju ke Tokyo.

Tips : Terdapat beberapa cara untuk anda membeli tiket Shinkansen, iaitu secara membeli lebih awal menggunakan aplikasi seperti Klook, laman web rasmi Japan Railways (JR), beli di mesin tiket ketika di Shin-Osaka Station, dan juga beli secara manual di kaunter tiket yang terletak bersebelahan dengan automatic gate untuk masuk ke kawasan platform di Shin-Osaka Station.

Cadangan saya, untuk newbie, lebih baik anda beli terus secara manual di kaunter tiket berbanding beli sendiri di mesin tiket, atau melalui pembelian secara online. Kerana untuk membeli tiket Shinkansen ini, anda perlu membeli 2 jenis tiket yang berasingan, iaitu tiket train regular, dan juga tiket train keretapi laju (Shinkansen). Semasa di automatic gate juga, anda perlu masukkan kedua-dua jenis tiket ini. Jadi untuk elakkan kesilapan atau kekeliruan semasa pembelian tiket, jadi lebih baik anda beli secara manual di kaunter dengan cara bercakap sendiri dengan staf. Tak apa ke beli on the spot? Ada ke tiket? Jangan risau, Shinkansen sentiasa ada setiap 10-15 minit!

Tapi harus diketahui yang terdapat sedikit kekurangan jika anda membeli tiket on the spot ini, iaitu mungkin seat yang anda nak duduk telah penuh atau tidak dapat dibeli.

Kelebihan membeli tiket secara online dengan lebih awal, adalah anda mempunyai potensi besar untuk dapat reserve seat yang anda nak. Kenapa nak kena reserve seat-seat yang tertentu ni? Sebabnya anda dapat melihat dengan lebih jelas Gunung Fuji dari tingkap Shinkansen yang anda naiki!

Shinkansen dari Osaka menuju ke Tokyo bergerak dari arah kiri ke kanan. Anda perlu 'alert' sekiranya Shinkansen dah sampai atau menghampiri Shin-Fuji Station, kerana Gunung Fuji ini hanya kelihatan sekejap sahaja iaitu ketika Shinkansen sedang melalui kawasan antara Shin-Fuji Station dan juga Mishima Station. 

Seat-seat yang disarankan untuk anda reserve adalah Seat E atau Seat D. Seat E betul-betul di tepi cermin, manakala Seat D pula di sebelah dalam atau aisle.


Dah beli tiket Shinkansen, kami menuju ke Platform 27 dan bersedia untuk menaiki koc nombor 13.

Shinkansen yang kami tunggu telah tiba.

Kami menaiki Shinkansen jenis NOZOMI.

Gambar Gunung Fuji yang sempat saya ambil ketika di dalam Shinkansen. Puncak gunung kurang jelas kerana cuaca agak berkabus.

Pastikan anda tak tidur semasa di dalam Shinkansen yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Shin-Osaka Station ke Tokyo Station ini! Kalau tak, nanti terlepas pemandangan Gunung Fuji ini.

Selepas lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan, kami tiba di Tokyo Station!

Menuju ke pintu keluar dan menghala ke Tokyo Character Street yang terdapat di sini.

Tips : Tokyo Character Street yang terletak di dalam Tokyo Station ini adalah lokasi wajib pergi. Lagi pun alang-alang dah sampai kat sana kan? Apa yang best di Tokyo Character Street ni? Terdapat banyak kedai-kedai menjual merchandise rasmi karakter-karakter dan permainan popular sama ada dari anime, Ultraman, Kamen Rider, Pokemon, LEGO, TOMICA, dan lain-lain lagi.

Ini adalah Shop Guide untuk rujukan anda (Disember 2023).

Pokemon Store.

Kamen Rider Store.


Bersambung di Episod 13 : Melawat Masjid Terbesar di Tokyo dan Gayat di Shibuya Sky!


No comments:

Post a Comment