Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setibanya kami di Kansai International Airport, kami berehat sekejap dan mengisi perut. Seterusnya kami bergerak menuju ke hotel penginapan kami yang terletak di Bandar Nara, yang memakan masa kira-kira sejam setengah perjalanan.
Walaupun saya telah menyiapkan itinerary perjalanan lengkap termasuk dengan maklumat train apa yang perlu dinaiki, apabila tiba di Jepun, saya lebih suka menggunakan Google untuk mendapatkan maklumat pengangkutan yang lebih tepat dan terkini mengikut masa.
Tips : Pergi pada bahagian Search di Google, taip sahaja lokasi yang ingin anda pergi, contohnya "kansai airport to nara station". Boleh rujuk video di bawah ;
Ini adalah hasil carian untuk perjalanan kami dari Kansai International Airport ke stesen train yang berada berdekatan dengan hotel penginapan kami di Bandar Nara.
Kansai-Airport Station ini adalah merupakan stesen train utama bagi Kansai International Airport, dan ianya dihubungkan dengan jambatan dari Terminal 1 di Kansai International Airport.
Saya memilih untuk menaiki train jenis HARUKA, yang merupakan keretapi laju, cuma ianya taklah selaju shinkansen. Sebab utamanya adalah kerana train HARUKA ini adalah versi Hello Kitty. Sebenarnya boleh je nak naik local train, harga tiketnya lebih murah, tapi perjalanannya juga ambil masa sedikit lebih lama. Apa-apa pun pilihan masing-masing kan?
Pastikan anda beratur di barisan yang betul, iaitu mesin yang menjual tiket train HARUKA. Kerana terdapat banyak mesin menjual tiket train di sini. Kalau tak pasti, boleh tanya staf di stesen. Atau lebih mudah, beli sahaja dari kaunter secara manual.
Tiket HARUKA dari Kansai-Airport Station ke Tennoji Station, harganya 9100 Yen untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Sebenarnya saya silap beli tiket, yang ini menghala ke Kyoto (laluan sama). Tapi nak buat macam mana dah tersilap. Harga sebenar ke Tennoji Station adalah kurang dari 2000 Yen seorang. Jadi untuk elakkan kesilapan dan kerugian, macam saya tulis di atas tadi, tanya je pada staf atau beratur dan beli tiket secara manual di kaunter.
Gambar menaik di badan train HARUKA versi Hello Kitty.
Pelapik kepala Hello Kitty HARUKA yang comel.
Sampai Jepun terus ambil feel Jepun dengan naik train HARUKA Hello Kitty.
Train melintasi kawasan bandar berdekatan menuju ke Tennoji Station.
Kalau anda buka Google Maps semasa dalam perjalanan di atas train, anda juga boleh melihat pergerakan semasa anda yang bergerak di atas map.
Kami tiba di Tennoji Station selepas lebih kurang 36 minit dari Kansai-Airport Station. Tennoji Station ni merupakan stesen train besar yang menghubungkan beberapa local train lines di sekitar Osaka, Kyoto, dan Nara.
Dari Tennoji Station ni, kami perlu menaiki local train Yamatoji Line untuk menuju ke Nara Station. Tiket train berharga 510 Yen seorang.
Membeli tiket train di mesin tiket yang terdapat di Tennoji Station. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dari Tennoji Station ke Nara Station yang mana terletak berdekatan dengan hotel penginapan kami. Masa yang diambil lebih kurang 35 minit.
Ini adalah hotel penginapan kami, atau sebenarnya lebih kepada 'guesthouse', sama seperti namanya.
Guesthouse Nara Komachi untuk penginapan 1 malam kami di Nara.
Nak masuk bilik tak perlu pakai kad atau kunci, tapi pakai password je.
----------------------------------------------------------------------
Senarai Episod dalam Siri Travelogue Nara - Osaka - Tokyo 2023
Episod 1 : Persiapan sebelum bertolak
Episod 5 : Nara ke Osaka (Bande Hotel Osaka)
Episod 6 : Jalan-jalan di Dotonbori, Osaka
Episod 7 : Cheesecake Halal Uncle Rikuro di Osaka!
Episod 9 : Halal Ramen Naniwaya di Dotonbori, Osaka
Episod 12 : Menaiki Shinkansen dari Osaka ke Tokyo
Episod 13 : Melawat Masjid Terbesar di Tokyo dan Gayat di Shibuya Sky!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment